16 perkara UNIK di MAHA 2016
MAHA 2016 berlangsung pada 1 hingga 11 Disember 2016. Jumaat semalam saya sempat terjah ke sana dengan beberapa orang kawan lain. Kebetulan sebenarnya sebab hari Sabtu kena hadiri AGM Chess Malaysia jadi bertolak dari Sungai Petani hari Khamis lagi sempatlah terjah MAHA 2016 pada hari Jumaatnya
Disini saya akan ceritakan 16 perkara UNIK yang ada di MAHA 2016!
1. MAHA besar tempatnya!
Keluasan tapak MAHA 2016 ini tersangatlah besar. Jika anda dah pernah pergi ke MAHA sebelum ni, anda pasti akan nampak saiznya bertambah besar! Mungkin 2017 nanti bertambah besar manalah tahu. Tapi yang tak suka berjalan tu tak perlu risau, ada perkhidmatan tram disediakan dari satu point ke point yang lain.
2. Terlampau banyak jenis makanan
Di bahagian makanan, ada banyak tapak yang sediakan jenis makanan dan di tempat rasmi terdapat lebih 168 jenis makanan. PENGSAN nak try satu-satu. Saya ada try Udang Sanggul, Satay Tulang dan Set Ikan Patin – TERBAIK rasanya. Nak list kat sini memang tak terdaya. Kena pergi sendiri ok
3. Belajar bersawah
Walaupun negara kita antara pengeluar padi yang besar, tapi berapa ramai yang peduli atau ambil tahu prosesnya kan? Bagus pendekatan MOA ni sebab mereka membawa sawah padi ke MAHA! Kita akan belajar cara menanam padi, nak beza jenis beras dan pelbagai lagi berkaitan padi.
4. Ada dugong!
Yang tak pernah tengok dugong (saya antaranya!) anda boleh lihat dugong di MAHA 2016. Selain dugong, ada ikan Yu ok. Banyak lagi jenis ikan yang RARE anda boleh lihat sendiri. Satu lagi 5 bintang untuk mereka bawa spesis ikan yang RARE ini ke MAHA 2016
5. Lawan SADO dengan lembu SADO
Lembu yang seberat 1 tan ni ada beberapa ekor di MAHA 2016. Nama sado kerana badannya memang SADO! Masa saya pergi, lembu ni tengah duduk, mungkin penat sebab berat terlampau kan? Hehe, makan tak ingat dunia tu lah jadinya.
6. NAFAS CUBE
Tarikan baru di MAHA 2016 adalah NAFAS CUBE. Menarik konsepnya kerana mengetengahkan 3 jenis iaitu CUBE, TUBE dan alamak tak ingat nama dia satu lagi tapi dalam khemah. Khemah pun ada katil ok siap ada plug point lagi. Cakap-cakap dengan pegawai kat situ kenapa ada khemah supaya anak-anak bandar ni merasai suasana camping yang dah lama orang lupakan. Dalam satu masa tempat ni boleh muat 56 orang. Menariknya NAFAS CUBE mereka hanya ambil masa bina tempat ni kurang dari 3 bulan! Wow, terbaik juruteranya
7. UPIN IPIN yang tak pernah besar
Tarikan terbesar rasanya adalah kampung Durian Runtuh inilah. Kampung Upin Ipin. Tempat ini berbayar tapi eloklah berbayar sebab berbayar pun penuh orang dalam dewan! Tiketnya RM25 dewasa dan RM10 kanak-kanak. Best sebab konsep AGROTEINMENT yang diterapkan. Kat sini anak-anak (mak bapak pun ye jugak) diberi satu pasu untuk menanam pokok secara praktikal. Konsep animasi yang dibuat juga memang akan menarik minat anak-anak ni untuk tahu lebih detail mengenai penanaman pokok ini. Last sebelum keluar, ada SHOW LIVE Upin Ipin, huh, seronok lah kan saya dengar WOOOOOOO dari kanak-kanak ni apabila Upin Ipin yang real keluar.
Katanya dah 10 tahun sambut hari raya dengan umur 5 tahun. Hehe. Tak besar-besar!
8. Armada jentera
Mesin jentera yang terkini dan tercanggih juga ada dipamerkan. Yang seronoknya anda boleh naik jentera ni. Haaa, yang tak pernah merasa naik mesin padi bolehlah merasa. Ada juga bumble bee mesin padi dipamerkan. Wow, transformer keMalaysiaan sangat!
9. Laman Nanas
Nanas adalah antara tanaman yang banyak kita eksport ke luar negara. Saya pernah menonton Majalah 3 dan kagum dengan pengeluarannya. Di MAHA lagi kagum sebab kita boleh dapat info terus daripada yang pakar. Disini ada tempat photo 3D yang anda boleh cuba. Juga ada demo pembuatan kertas daripada nanas dan boleh cuba sendiri membuat benang daripada Nanas! Menarik
10. Taman herba
Banyak sangat jenis herba dan buah yang ada disini. Menariknya mereka menanam semua ni untuk MAHA. Maknanya mereka akan merancang supaya herba dan pokok buah ini masak ketika MAHA 2016 berlangsung. Ada juga tempat rumah madu kelulut siap boleh hisap madu direct lagi
11. Tempat konsert konsep lereng
2 malam akhir ada persembahan konsert diadakan. Ada sponsor 5 biji iPhone 7 lagi. Apa yang menariknya lokasi konsert ini atau namanya D’Lereng adalah pentas utama berada di bawah! Santai boleh ajak keluarga ramai-ramai kerana muzik yang dibawa pun berkonsepkan RHYTHM OF FARMERS.
Sebut pasal muzik, korang dah dengar lagu MAHA 2016? Terbaik, boleh klik play dibawah
12. Jumpa ramai pemimpin negara
Korang nasib baik boleh jumpa ramai pemimpin negara kat MAHA 2016 ni. Di laman padi ada Menteri Besar Kelantan datang untuk merasmikan satu program. Saya terkebetulan dengan menteri MOA sendiri dan sempat sembang-sembang lagi mengenai harapan dia untuk MAHA ni
Bagus katanya kenapa MAHA saban tahun ada perubahan sebab itulah yang dia kata perlu ikut peredaran masa. Contoh bagaimana nak tarik kanak-kanak supaya memandang industri AGRO sebuah industri yang tak bosan mereka kerjasama dengan produksi Upin Ipin. Nak tarik golongan muda, ada tempat yang orang muda akan pergi.
Keep it up!
13. Pameran produk IKS yang terlampau banyak
Ada lebih 300 booth IKS di satu hall dan disana ada 2 hall. Huh, boleh bayangkan betapa banyaknya booth nak kena jalan untuk terjah semua? Memang saya tak sempat terjah semua tapi untuk syarikat yang masuk ke MAHA 2016 untuk branding ni memang satu usaha yang efekrik untuk memperkenalkan produk mereka kepada mass customer
14. Agensi Kerajaan tak memboringkan
Biasanya booth pameran agensi kerajaan ni membosankan kan? Tapi tidak di MAHA! MOA mempunyai 14 (ye kot, hihi) agensi dibawahnya semua tempat tonjolkan keupayaan masing-masing dengan pelbagai aktiviti menarik di booth mereka. Untuk badan yang menyediakan pinjaman dan geran seperti TEKUN mereka bawa usahawan-usahawan mereka yang berjaya. Tertarik dengan ice cream mash mellon. Biasa ice cream kelapa je kan ni tak jumpa lagi di luar sana ni!
15. Main bola di sawah!
Rugi tak bawa baju lebih! Masa di Laman Padi, ada beberapa kumpulan anak muda yang sedang main bola SELUT! waha, rasa nak terjun juga tapi fikir tak bawa baju kena lupakan hajat. hehe.
16. 2017 akan lebih UNIK!
Banyak lagi kalau nak cerita keunikan MAHA 2016 ni tapi untuk MAHA 2017 lagi UNIK! Itulah sebenarnya keunikan MAHA, tiap-tiap tahun ada je perubahan dan perubahan ini kepada yang lagi elok. Harap dapat diteruskan lagi untuk tahun tahun mendatang dan kepada anda yang belum pernah ke MAHA, memang 2017 nanti kena terjah!
KEJAYAAN MAHA 2016
Rasanya MAHA 2016 adalah terbaik dari segi penganjuran antara tahun-tahun sebelumnya. Selain daripada jumlah pengunjung yang cecah jutaan orang, pempamer juga meneruima durian runtuh dengan produk yang diniagakan bertambah laku. Di bawah ada beberapa gambar official daripada pihak MAHA 2016
Koleksi video Timelaps MAHA boleh klik pautan ini