Minggu lepas kebetulan ada hal di KL, ambil kesempatan untuk sertai kejohanan catur di sana. 1st Kimma Chess Championship. Penyertaan luar biasa cecah lebih 400 peserta! Dewan juga cukup besar cuma sangat panas dan tidak selesa apabila bermain. Tapi sebab penganjur dan janji akan diadakan acara ini secara tahunan dan akan perbaiki di masa hadapan, kita layankan aje 🙂

Bermain di seeded 44, ranking terakhir juga di no 44. 4 menang 3 kalah. Jumlah mata 4 point. keputusan penuh di pautan ini

Agak tak puas hati sebab rasanya boleh lakukan lagi baik. Entahlah, mungkin persediaan tak cukup kot. Harapnya Sabtu nanti di Putrajaya dapat tonjolkan prestasi terbaik!