2 Jenis Side Hustle
Side Hustle adalah usaha yang kita lakukan untuk menjana pendapatan sampingan. Freelance, gig work dan sebagainya adalah contoh Side hustle
Saya terbaca satu posting menganai 2 orang Mat Saleh ni yang mana mereka membina satu platform AI dengan kos kurang dari 200usd dan dalam masa kurang 5 bulan berjaya menjual perniagaan mereka ini dengan angka 150k usd
Satu pelaburan yang sangat bagus. Jika dia boleh buat, kita juga mampu
Ada 2 jenis
1) Untuk pendapatan berkala
Yang ni biasa kita jual servicelah. Contoh pandai design website, jadi offer freelance buat website. Let say charge RM1500 untuk 1 website jadi kalau ada 2 client dah dapat RM 3000 sebulan
Bulan seterusnya ada 3 client dah dapat extra RM4500
Bulan seterusnya mungkin hanya 1 client sahaja jadi dapat RM1500
Siapa nak bagi kan? (iklan : wedding hall menarik di Bangi)
2) Untuk dijual
Yang ni tricky sikit sebab kena ada ilmu bisnes. Korang pandai buat apps, kena cari orang pandai buat jualan. Pakat dua orang, tubuh syarikat dan kembangkan apps tu hingga ada takers
Dah ada takers, juallah
Lepas tu buat lagi
Gunakan method yang sama dan jika ada takers tanpa berlengah terus sahaja jualnya
Nak berkesan mudah je, kena letak timeline. Timeline yang bagus adalah 6-9 bulan sahaja. If lebih kita dah jadi boring dan dah tak bersemangat
Kongsikan apa side hustle anda
Kongsikan dengan saya apakah side hustle yang anda tengah buat sekarang. Mana tahu ada peluang yang boleh kita terokai bersama. Kemahiran saya lebih kepada financing, bab operasi saya perlukan partner untuk jalankannya. Good luck!