ADAKAH BETUL DATA DI MYSEJAHTERA KENA JUAL?
Hari ni kita bedah SSM syarikat besar tapi baru yang claim sudah memiliki app MySejahtera
Cuma ada 2 benda berbeza dalam post ni, yang pertama adalah Pengurusan Data dan yang kedua adalah Pengurusan Syarikat. Kena faham dulu supaya tak buat tuduhan melulu
1) Pengurusan Data

Pertama kena faham mengenai cara bagaimana MySejahtera dibangunkan. Apps MySejahtera dibangunkan oleh syarikat local iaitu KPISOFT Sdn Bhd. Sebab mereka tak charge apa apa kepada kerajaan sebab bina atas dasar CSR jadi kerajaan tak keluar satu sen pun dalam pembinaan tu. Cuma data mesti diselia oleh kerajaanYang dibayar hanya kos maps Google dan SMS lebih kurang 10m. Data semua tu masih kuat dalam seliaan kerajaan, tiada kebocoran.
So yang kata kena jual tu, actually tak betullah. Ada juga yang kata dapat panggilan scammer lebih banyak seminggu dua ni (saya pun sama) dan claim kata dapat no daripada mysejahtera. Entah kenapa korang percaya saya pun tak tahulah, no peribadi kita tu sebenarnya banyak pihak boleh akses. Banklah, join contest apalah so kat situ pun dah leak dah. Kalau betul pun dia dapat no korang kat mysejahtera, takdanya dia nak cakap daripada mysejahtera
Ok nak lagi mudah macam niSaya sendiri ada 30k no tel hasil buat fb ads. So nak jual no tel ni nampak lebih seksi saya katalah no ni daripada mysejahtera. Orang pun beli dan saya pun happyTapi padahal no tu bukan dari mysejahtera pun, claim je lebih. Dah nama pun scammer korang percaya dah kenapa
Btw ni contoh tau, saya mmg bukan jenis jual data data ni dan cukup PANTANG dengan transaksi ini
Ok cukup part data, harap boleh clarifylah
2) Pengurusan Syarikat
Yang kecoh dua tiga hari ni adalah berkaitan dengan apabila kerajaan nak ambil alih beli system MySejahtera ni dan tiba tiba company lain yang mohon bukan company yang develop awal awal tadiMySJ Sdn Bhd ni syarikat yang baru ditubuhkan pada 23/9/2020. Dont wory sy dah beli SSM mereka dan tengok list of directors fuhhh orang besar besar semua dalam tu
+ Tan Sri Liew dan Dato Chuah – EcoWorld
+ Tan Sri Shahril – Ex CEO Sapura yang kecoh gaji 200k sehari tu
+ Tan Sri Megat Najmuddin – Chairman Sime Darby Plantation
+ 2 lagi ex KPI Soft company yg asal buat MySejahtera

Bagi shareholder pulak walaupun company baru 2020 tapi lebih 35 juta shares tau pemegang terbesar adalah revolusi asia which is own by TS Shahril dan ex KPISOFT tadi. Hasrat Budi pulak owned by Liew dan Chuah dan P2 Asset management yang tak kenal sangat rasanya proxy untuk somebody yang prominent figure jugak
Pendapat saya?
Sekali nampak macam strategy backdoor untuk dapat contract kerajaan lah. Ya lah mereka offer nak buat CSR bagi free guna which is kalau nak develop system macam ni kerajaan tiada kepakaran untuk siapkan dalam masa cepat. Then bila kerajaan nak beli melalui perolehan semua system tiba2 bertukar nama itu yang nampak something wrong
Cuma bagi saya ini strategi bijaklah. Dieorang boleh nampak “kebocoran” system kerajaan dalam perolehan ni which is kalau 200k keatas tak boleh direct nego tapi mereka bagi free so tiada perolehan kerajaan terlibat. Bijakkan. Haha
Benda ni sensitif sikit sebab mysejahtera tu kita guna selalu so kalau ada begini akan trigger isu safety untuk kita semua
Moving forward
Cuma kena ingatlah, bagi saya mysejahtera tu apps yang banyak potensi untuk dikembangkan lagi. KKM boleh buat super apps health untuk rakyat Malaysia apabila covid dah slowly jadi sebahagian daripada kita ni. Bayangkan kita boleh collect ubat kat hospital, buat appointment jumla doktor di apps tu je. Boleh jugak buat point utk set mereka yang derma darah bagi some perks. Macam macam lagilah kalau kreatif ni
Tanya saya pasal data leakage tu, takdenya ingat ke mudah ke nak jual data macam tu je sebab mesti kena lalui few agency. Setakat ada no tel dan claim dari mysejahtera sesiapa pun boleh claim So keep using mysejahtera, pasal syarikat ni bagilah depa satelkan