Alhamdulillah, Ahad lepas saya bersama 2 lagi perwakilan Kelantan ke AGM Malaysian chess federation (MCF) yang berlangsung di Olimpic Sport Hotel KL. Saya sebagai bendahari Persatuan Catur Kelantan bersama 2 lagi Timbalan PCNK sebagai tanda sokongan kami untuk memilih teraju kepimpinan MCF yang baru

​

Pemilihan kali ini cukup sengit jika dilihat calon yang bertanding. Bagi jawatan Presiden, anak PM kita Dato Nazif melawan CEO RISDA Dato Zahidi. Dua-dua memiliki karisma masing-masing.

Bagi jawatan Deputy Presiden, anak tokoh catur ternama Malaysia – Daniel Tan melawan Tengku Badli. Tengku Badli mempunyai sejarah pembangunan catur di Kelantan membuatkan kami perwakilan Kelantan mengundi beliau

Berikut merupakan keputusan pengundian

Presiden
YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin

Timbalan Presiden
YM Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Husin

Naib Presiden
Dr. Zaidan Bin Zulkipli
IA Lim Tse Pin
Muammar Julkarnain (Sabah and Sarawak)

Ahli Jawatankuasa (EXCO)
Zuraihah Binti Mohd Wazir
NA Muhammad Firdaus Bin Ismail
AGM/NA Nik Ahmad Farouqi Bin Nik Abdul Aziz
NA Yeap Joo Hock
FA Cheong Kok Love

Tahniah kepada yang menang. Semenangnya kita mengharapkan agar muka baru dalam MCF ini akan membawa lebih kebaikan kepada pembangunan catur di Malaysia