Bola sepak di Kelantan bakal bertukar wajah apabila Presidennya TSAM meletakkan jawatan sebagai presiden KAFA. Surat perletakan jawatan ada dimuat naik di FBnya seketika lalu

Terima kasih atas khidmat cemerlang TSAM kerana membawa Kelantan seperti sekarang. Tidak dinafikan perjuangan beliau menaikkan nama bola sepak Kelantan patut dipuji cuma untuk setahun dua ni prestasi Kelantan bukan berada di tahap optimum dengan pelbagai masalah yang muncul. 

Mungkin tugas TSAM dalam arena politik menjadikan tidak sefocus dulu dan memberi kesan secara tidak langsung kepada pembangunan bola sepak Kelantan, elok jawatan ini diberi kepada yang boleh memberi focus agar bola sepak Kelantan akan disegani semula

Terima kasih TSAM!