Esok, 11 Februari 2017 mungkin tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pencatur dari seluruh Malaysia. FESTIVAL CATUR PUTRAJAYA 2017, kejohanan catur yang menghimpunkan ribuan peminat catur dari seluruh Malaysia! Sehingga sekarang terdapat 1500 jumlah keseluruhan peserta yang berdaftar. Jika dicampur dengan guru pengiring serta ibu bapa, sememangnya tak menang tangan petugas nanti!

Memang ini merupakan kejohanan catur yang antara teramai diadakan. Rekod masih dipegang oleh Kelantan dengan jumlah lebih 1800 peserta tetapi esok ada satu Malaysian Book Of Records akan dipecahkan. Kita doakan kejayaan mereka

Benchmark Baru Penganjuran Catur!

Penganjuran catur berskala besar cukup jarang diadakan di Malaysia. Tahniah kepada penganjur kerana telah meletakkan kayu ukur yang cukup tinggi untuk penganjur lain di luar sana “meniru” kemudian hari. Apa yang ada di FCP2017?

  • Lebih 200 petugas akan bertugas pada hari kejohanan
  • Pelbagai food truck sebagai juadah kepada para ibu bapa dan pengiring. 16 buah kesemuanya!
  • Jumlah pemenang yang ramai disediakan. Hadiah 1-30 diberi selain hadiah2 lain
  • Hadiah cabutan bertuah yang cukup menarik untuk pemain dan pengunjung!
  • Ibu bapa atau pengunjung boleh “test power” dengan bermain simul bersama FM Ismail Ahmad

Semoga kejohanan ini berjalan dengan lancar pada esok hari, ada kesempatan saya akan buat live update di blog ini.