Alhamdulillah, tahun ini lebih banyak negeri di seluruh Malaysia yang mengadakan Kejohanan Catur sempena Hari Sukan Negara. Jika tahun lepas cuma ada beberapa negeri sahaja, tahun ini ada 5 (mungkin lebih!) pertandingan catur diadakan serentak pada 8 Oktober di seluruh negara. Pahang, Johor, Putrajaya, Melaka dan sudah pasti di Kelantan

Saya menyeru kepada penggiat catur di luar sana gunakan Hari Sukan Negara ini untuk mempromosikan sukan catur supaya lebih dikenali di seluruh Malaysia. Saya tak tahu negeri lain, tapi kalau di Kelantan dana ini tidak diberi begitu sahaja. Alhamdulillah berada di Persatuan Catur Negeri Kelantan kami aktif bekerjasama dengan belia dan sukan negeri untuk mempromosikan sukan catur ini. Mungkin tahun depan, sudah boleh persatuan catur negeri lain meminta dana yang diperuntukkan untuk adakan pertandingan catur di negeri masing-masing seterusnya menjadikan catur antara yang diminati oleh orang ramai!

14469598_1104603802987938_8067496771876764833_n

14462996_1406661552695696_3493896627034843733_n

14523228_1406661779362340_8583156215321161027_n

14502983_1406661749362343_4220222661759083947_n

14492489_1795684380702083_3726704056025912519_n

Kepada anda peminat catur, jom serbu lokasi-lokasi ini diseluruh negara! Jumpa disana!