Semalam melepaskan “gian” join tournment di Kulim. Jarak SP dengan Kulim takdelah jauh sangat jadi ambil peluang ini. Takde preparation sangat selain main online je

​
Masa standing, walaupun NR saya ada kenaikan sikit berbanding yang bulan lepas still berada di rank 16! Memang orang Kedah NR mereka tinggi-tinggi, boleh dikatakan kebanyakan kejohanan di sana memakai rating NR

Game pertama dan kedua no problem. Masuk game ketiga lawan dengan Darwis di meja 3. Pernah lawan dengan dia di MRSM Merbok tempoh hari dan kalah. Kali ni pun kalah. Awal-awal lagi dia kasi pawn tapi menyebabkan structure saya hancur, serang punya serang kena checkmate. Haha

Game keempat dan kelima juga no problem, masuk game keenam kena lawan seeded satu. Alahai awal-awal nampak dia main hitam defend je tapi tersilap step hilang 1 pawn. Bawa ke endgame memang hilang 1 pawn pun bagi effect besar! Keputusan Kalah

Game last menang. Jadi 5 point. Takde rezeki, berada di rank ke16 jugak πŸ™ Agak teruklah kali ni tapi biasalah, memang nak seronok-seronok je join ni πŸ™‚

​
Tahniah kepada penganjur kerana mengadakan kejohanan yang meriah ni. Hampir 200 orang jugaklah yang daftarnya dan bertaraf NR. Walaupun bagi saya pairing tu lambat untuk dikeluarkan bagi setiap round, yang lain saya bagi 5 bintang!
Semoga jumpa lagi di UniKL MSI