Day 1 Warriors Transformation Challenge
Kisahnya bermula selepas saya terlihat fb ads yang menayangkan satu challenge untuk turun berat badan / body transformation. Actually, sejak berat cecah angka 90 ni pada tahun lepas, dah beberapa kali usaha untuk nak turunkan ni tak menjadi. Bukan sebab takde ilmu, bukan sebab tak tahu macam mana, cuma TIADA KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN je. hehe. Sound familiar?
Sebab tu saya buat keputusan untuk join challenge ni. At least ada support group dan bersama dengan yang lain yang sama sama nak turunkan berat badan.
So, hari ini merupakan hari pertama, bring it on!
Macam biasalah, hari pertama adalah hari yang mengujakan. Pagi ni baru dapat join fb group WTC dan bila baca dalam group katanya esok dah boleh cheat day?? haha. Baru nak start esok dah cheat day ni apa hal??
Heee, actually saya start lambat. Orang lain 1 jan hari tu dah start, saya 6 jan baru nak start. Biasalah takpe better late than never ye tak? So hari ni to do list
- Join fb group DONE
- Download all the support doc/video
- Visualize me in 6 pack (haha) DONE
- Buat jadual makan
- Exercise exercise exercise
- Install apps lose weight
- Hantar before picture
Haa, itu to do list hari ini. Minta semua doakan saya terus istiqamah. Blog ni pun saya akan aktif menulis journal proses turun berat. Jom kita turun berat sama-sama 🙂