Hadiah untuk Pokemon Master dalam dunia realiti
Nick Johnson merupakan orang pertama di US yang berjaya menangkap kesemua 142 Pokemon yang “bersembunyi” berada di US. Kini tugasnya hanya mencari Pokemon lain yang tidak berada di US Dan memerlukannya merantau ke seluruh dunia untuk mencari yang lain – berita baiknya dah ada syarikat yang akan menaja kesemua kos perbelanjaannya!
Pokemon Go adalah permainan virtual yang memerlukan kita “keluar” mencari seberapa banyak yang mungkin pokemon untuk di buat koleksi – atau bahasa pokemonnya untuk dilatih menjadi yang terhebat. Menjadi perdebatan umum samaada permainan ini memberi kesan baik atau buruk. APA yang pasti Nick Johnson merupakan orang pertama mendapat durian runtuh dengan bermain permainan ini.
Di Malaysia belum ada tarikh yang tetap untuk permainan ini dilancarkan.
Berbalik kepada kisah Nick Johnson, apps tech engineer ini memberitahu bahawa sejak dia bermain permainan ini dia akan sekurang-kurangnya berjalan 8 Batu sehari Dan produktivi kerjanya bertambah. Mungkin ini boleh menjadi rujukan kepada peminat tegar Pokemon Go untuk menjawab komen negatif terhadap permainan ini.
Apa-apa pun, kita tunggulah Pokemon Go dilancarkan di Malaysia, kita tengok adakah permainan ini akan menjadi ketagihan baru Rakyat Malaysia seperti angry bird Dan clash of clan