Kalendar kesihatan

September 2014
M T W T F S S
« Jul    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Jenis lemak dalam makanan

Vitamin A, D, E dan K sangat memerlukan lemak untuk diserap dalam badan. Sebab tu orang tanya kita perlu ke lemak, jawapannya adalah YA. tapi kena ingat, pengambilan lemak kena dihadkan sebab lebih banyak keburukan berbanding kebaikan lemak boleh bagi kepada badan kita.

Untuk berkenalan dengan lemak, jom kita tengok jenis-jenis lemak yang ada

1) Lemak tepu (saturated fat)

lemak yang boleh membeku pada suhu biasa (suhu bilik). Contoh lemak tepu adalah seperti lemak pada daging, mentega, keju, susu penuh krim dan santan kelapa.

2) Lemak tidak tepu (unsaturated fat)

lemak yang lembut dan mencair pada suhu yang lebih rendah. Terdapat 2 jenis lemak tidak tepu iaitu:

  • Lemak monotidaktepu (monounsaturated fat) seperti di dalam minyak zaitun dan minyak kanola.
  • Lemak politidaktepu (polyunsaturated fat) seperti di dalam minyak jagung, minyak bunga matahari dan minyak kacang soya.

3) Lemak trans (trans fat)

Minyak sayuran yang telah mengalami proses penghidrogenan. Ia banyak terdapat di dalam marjerin yang keras dan minyak sapi sayuran.

4) Kolesterol

Bahan yang hanya terdapat dalam makanan sumber haiwan. Contoh makanan tinggi kolesterol ialah organ dalaman haiwan seperti hati, limpa dan otak serta kuning telur.

pss : takkan nak berkenalan je kan? :p

You must be logged in to post a comment.

Subscribe sekarang

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Admin

Hubungi penulis website ini di talian 0169640972 atau email di joegrimjow@gmail.com

Sila Like

Tabung