Terkejut juga apabila terima wassap group dari kawan catur mengenai satu event yang akan diadakan di Putrajaya pada bulan Mac ini. Terkejut sebab hadiah terkumpul disediakan adalah berjumlah RM100 000. Ya, ada 6 angka disitu! Rasanya ini adalah kejohanan yang menyediakan hadiah paling tinggi di Malaysia sehingga sekarang (setahu saya lah!) Penang Open dan Johor Open pun tak segah itu hadiahnya. Sangat bagus tapi ada benda yang harus diperhalusi

CLASH

Pertamanya adalah dari segi tarikh. Tarikh yang penganjur promosikan adalah pada 17 hingga 21 Mac yang mana tarikh itu bertembung dengan kejohanan national age group. NAG ini acara tahunan dan boleh dikatakan acara yang ditunggu-tunggu oleh pelajar sekolah kita yang mana pemenang bakal mendapat merit untuk mewakili Malaysia ke kejohanan peringkat dunia. Walaupun hadiah kebiasaannya adalah Medal, tetapi setiap tahun ratusan penyertaan diterima. Jika penganjur stick dengan tarikh yang clash dengan NAG, saya yakin ramai akan beralih untuk sertai kejohanan di Putrajaya nanti. Siapa yang tak mahu jadi sebahagian daripada kejohanan pertama yang sediakan hadiah sehingga 6 angka!

PERANAN MCF

Walaupun AJK MCF adalah muka-muka baru, tapi yang ‘control’ adalah muka sama. Rasa terkilan sangat bagaimana MCF selaku badan tertinggi catur di Malaysia tangani masalah ini. Sehingga sekarang, MCF hanya membenarkan penganjur untuk meneruskan acara dengan LIMITKAN HAD UMUR kepada 21 tahun. Sudah pasti ramai yang tidak berpuas hati sudah nampak terang lagi bersuluh sebab limit umur dibuat adalah untuk meramaikan NAG nanti.

Sepatutnya MCF terus batalkan/haramkan kejohanan itu dan minta penganjur pinda pada tarikh lain. Alasan penganjur kejohanan ratusan ribu ini katanya dah book PICC sangat tidak meyakinkan, macam tak boleh nak anjak terus dah. Rasanya penganjur pun ambil mudah tentang tarikh disebabkan MCF tidak FIRM dengan keputusannya. Selaku badan tertinggi yang punyai hak mutlak, boleh saja untuk jarakkan kejohanan besar supaya tidak clash. Sayang sekali sebab sukan catur yang kian popular kini terpalit dengan isu sebegini

Apa-apa pun, kita tunggu drama CLASH OF CHESS EVENT ini. Harapnya ada penyelesaian terbaik dapat dibuat….