Lazada buat offer? Ini kemungkinan anda bakal peroleh
Semalam saya dapat banyak whatsapps yang seperti berikut
*Best Deal, Lazada’s Best Selling Samsung Galaxy J7 in RM 49 only. Buy It Now Before Sale Ends. Cash On Delivery Also Available.*
*Visit now* http://bit.ly/LazadaSale1
Baca sekali imbas dah tahu ini adalah scam, jadi saya tak pedulikannya sangat
Tapi hari ini, semakin ramai yang share dan bertanya “betul ke ni betul ke ni” jadi saya cuba klik untuk ketahui lagi lanjut.
Memang tepat jangkaan saya dan memang hebat yang mencipta program ini yang mana anda dikehendaki share di whatsapps untuk meneruskan pembelian. Seperti gambar dibawah
Saya tak meneruskan “siasatan” sebab risau dengan security maklumat saya. Dah la whatsapps menjadi medium utama untuk closed sale, kena hack memang mendapat jadinya!
Mungkin anda rasa bijak, atau curious untuk tahu lebih lanjut dan share di group2 yang anda join makanya mendapatlah nanti! Ini mungkin terjadi kepada anda
1) Mahukan database
Anda rasa anda bijak “alah aku share nak tahu je, selagi aku tak isi maklumat kredit card mana mungkin aku ditipu” anda silap, database anda lagi bernilai dari wang di akaun anda! Mereka hanya inginkan contact dalam phone anda untuk memasarkan produk mereka
2) Teknik marketing baru
Mungkin juga anda “bahan eksperimen” maknanya yang mencipta program ini akan menjual teknik marketing ini (share di whatsapps) untuk boost sale client mereka! Sebagai contoh, saya peniaga, saya pun berminat untuk “memasang” anda perlu share di whatsapps untuk meneruskan pembelian untuk boost produk saya jika teknik ini menjadi! Dan jika anda share, bermakna teknik ini memang berkesan dan saya sanggup bayar puluhan ribu untuk mendapatkannya. Faham?
3) Pelbagai kemungkinan lain
Berhenti percaya dengan benda murah! 2 kemungkinan di atas adalah antara kemungkinan yang anda akan dapat. Berhenti jadi mangsa penipuan, kerana di atas talian, tersilap tekan anda yang merana!