Kalendar kesihatan

April 2014
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Mari hancurkan lemak di perut

Lemak di perut atau bahasa yang selalu digunakan ‘spare tyre’ oleh kebanyakan kita sememangnya adalah musuh utama tak kira lelaki atau perempuan. Sangat hodoh bila pakai baju, duduk di atas kerusi, jelas kelihatan beberapa ‘spare tyre’ di perut. Ini mendorong orang untuk mencuba pelbagai cara demi mengurangkan spare tyre masing-masing

Korang berada di entry yang tepat, sebab kali ini saya akan berkongsi cara untuk membuang spare tyre di perut!

 

1) Exercise di Gym

Ada satu kajian dibuat yang mana sesiapa yang menjaga makanan dan amalkan exercise secara kerap akan mengurangkan lemak di perut sebanyak 18% lebih dari yang hanya menjaga makanan semata-mata. Biasalah, nak cepat, kenalah berusaha sikit

 

2) Turun berat, lemak hilang

Dah menjadi satu perkadaran terus apabila seseorang menurunkan berat badan, lemak di setiap anggota badan akan turut hilang. Spare tayar tak terkecuali. Bagi yang ingin turun banyak, contohnya 30-50kg, masalah ‘gelebeh’ pasti wujud. saya cadangkan ambil makanan high protein untuk top up muscle. Lemak dah hilang, kenalah ganti dengan muscle

 

3) Banyakkan fiber, jangan buang kulit epal!

Pengambilan serat atau fiber sememangnya membantu untuk menurunkan berat badan seterusnya akan menghancurkan lemak di perut. Tak ramai yang tahu kulit buah-buahan seperti epal kaya dengan fiber. Masa nak makan, jangan buang kulit, makan sekali dengan kulit. Oh, ini tdak termasuk kulit durian okeh!

 

4) Tingkatkan ilmu, bagi motivasi

Jangan lupa baca beberapa info mengenai bahaya lemak di perut ni. Kena tahu yang banyak lemak di bahagian perut risiko untuk type 2 diabetes, penyakit cardio lain akan slow-slow datang. Pembacaan penting membuang lemak di perut ini mampu memberi motivasi kepada kita, barulah nak jadi cantik dan sihat bukan sekadar untuk elok mata orang memandang sahaja, tetapi lebih kepada kesihatan unggul!

 

Okeh, itu saja. selamat mencuba. Ada lagi tips, nanti saya akan kongsikan

6 comments to Mari hancurkan lemak di perut

You must be logged in to post a comment.

Subscribe sekarang

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Admin

Hubungi penulis website ini di talian 0169640972 atau email di joegrimjow@gmail.com

Sila Like

Tabung