Microleap : Menjadi Pelabur P2P
Dah 2 tahun bergelar pelabur di platform Micro-leap. Microleap merupakan platform yang diberi licence oleh Bank Negara Malaysia untuk menjalankan kegiatan P2P atau peer-2-peer. Untuk pengetahuan korang, BNM ada perkenalkan 2 entiti baru iaitu P2P dan juga ECF bagi menggalakkan lagi industri pelabur pelabur kecil di Malaysia
Microleap : How its work?
P2P ni ibarat kita bagi ‘hutang’ kepada syarikat yang ingin mendapatkan dana tambahan bagi membesarkan lagi syarikat mereka. Berbeza dengan ECF yang mana kita tawarkan saham dalam syarikat kita, memberi hutang ini lebih pendek jangkanya. Boleh dikatakan short term investmen juga untuk P2P ni
Posting ini saya nak cerita mengenai Microleap sahaja
Mudah saja sebenarnya dan korang boleh daftar dan tunggu pengesahan dalam waktu yang singkat. Selepas daftar, boleh pilih syarikat mana untuk diberi pinjam dan terus masukkan duit dan tunggu sama ada pelaburan itu diterima atau tidak
Jika diterima, maka bermulalah perjalanan pelaburan kepada start up korang! Tahniah!
Sedikit Tips
Platform ini tak terelak dari risiko. Walaupun dikawal selia oleh Security Commision tapi ada juga syarikat yang tak mampu membayarnya. Tapi risiko itu cukup rendah iaitu antara 1-2% sahaja. Sebab itu saya nasihatkan gunakan duit lebihan saja dan tak lebih dari 50k setahun buat pelaburan disini
Saya sendiri hanya 10k sahaja
2 benda yang kena kenal pasti adalah
- Tahap risiko – cari yang sederhana dan rendah. Jika risiko tinggi maka default rate juga akan tinggi. Korang boleh lihat tahap risiko di setiap syarikat dan tahap risiko ini sudah dikenal pasti oleh pihak platform
- Pulangan tinggi – cari yang 18% pa bagi maksimumkan pulangan korang. Jika program berlangsung selama 6 bulan maka pulangan yang akan dapat adalah 9%
Itu saja, jika berminat untuk bermula melakukan pelaburan di P2P korang boleh daftar di pautan ini dan masukkan code refferal saya (232015) untuk menerima kredit percuma RM 10 dari platform
Selamat berjaya