Nasi Lemak Hakak pencabar Nasi Lemak Anak Dara

Setelah viral Nasi Lemak Anak Dara (sehingga disebut dalam Bajet2017), ramai usahawan cuba ‘meniru’ konsep yang mengetengahkan ‘owner yang comel’ dan juga ‘trademark yang catchy’ dalam perniagaan mereka. Bagi saya, usaha ini sangatlah elok memandangkan cabaran ekonomi yang sangat suram sekarang ini, usahawan perlu memikirkan idea untuk melariskan perniagaan mereka

Terbaru – Nasi Lemak Hakak

Amboi, boleh tahan juga pemilik Nasi Lemak Hakak ini beraksi. Gambar yang dimuat turun pada 22 Oktober (semalam!) telah mendapat reaksi hampir 5000 likes. lebih 1000 komen dari netizen. Di ruangan komen, sudah pasti penuh dengan para jejaka yang sentiasa supportive (kadang2 gatal) yang memberi pelbagai nasihat

Sedikit info Nasi Lemak Hakak

  • Menjual pelbagai jenis nasi lemak ( nasi lemak RM1 pun ada)
  • Beroperasi di Masjid Ar Rahimah KKB
  • Nama facebook owner Miz Ayus Aqillah

Mungkin ada yang tak bersetuju dengan cara melariskan perniagaan dengan ‘menjual muka’ tapi itulah hakikat, manusia lebih tertarik dengan kecantikan dan benda seumpama ini cepat menjadi viral. Kalau tidak, manakan pula agensi modeling wujud di dunia ini ya tak. Anda boleh tak bersetuju tapi kaedah marketing sebegini sememangnya cukup berkesan!

Ada pembaca yang dah cuba Nasi Lemak Hakak ni, bolehlah bagi komen. Sedap, saya pun nak terjah!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.