Chess di Malaysia sekali lagi digemparkan dengan orang besar MCF letak jawatan! Siapa? Sebab belum ada kenyataan rasmi daripada MCF, jadi takkan lah saya yang nak sampaikan kat sini ye tak? Walaupun dah heboh surat letak jawatannya di group wasap, kita tunggu jelah pengumuman rasmi daripada MCF

Pendapat peribadi sayalah, budaya letak jawatan ni tak popular sangat untuk kita. Jadi, bila dah ada orang letak jawatan ni saya sokong. Atas sebab apa tu, biarlah tuan badan sendiri yang tahu kan. Cumanya bagi kita peminat catur semestinya mahukan ORANG TERBAIK yang menggalas tugas membawa sukan catur di Malaysia ke peringkat lebih tinggi

Manfaatnya kita juga yang akan dapat kan?

Semoga MCF terus bawa catur Malaysia ke peringkat lebih tinggi!