Pelaburan p2p tambah lagi 10 ribu
Petang Jumaat ni, dapat wasap dari Mandy, sales agent untuk Microleap mengenai peluang pelaburan p2p return yang agak tinggi dan masa yang singkat iaitu 18% per annum dan juga masa hanya 6 bulan
Saya pun sebenarnya dah lama tak tambah pelaburan p2p, maka saya pun check balance account ada lebih terus top up lagi 10 ribu
Risiko?
Apa apa pelaburan ada risiko, cuma untuk company ini telah dibuat due dilligence oleh pihak berwajib dan mereka rate sebagai MR5
MR5 ini adalah Medium risk. Kenapa saya berani 10 ribu sebab sebelum ini pun company ini sudah memohon permohanan yang sama sebanyak 2 kali dan dah habis bayar pun 2 kali ni. Ini pelaburan p2p yang menarik untuk diinvest
Bagaimana menjadi pelabur di microleap?
Kiranya ini kali ketiga, maka itu membuatkan saya bertambah yakin untuk invest kepada mereka
Jom kita study sikit mengenai company
Ini adalah produk microLEAP + patuh Syariah jangka pendek kami dengan Pembiayaan kontrak sebanyak RM500,000 dan kadar keuntungan tinggi 1.50% sebulan (bersamaan dengan 18% p.a) yang ditawarkan di platform kami.
Ringkasannya company ini memerlukan 500k dan kita sebagai investor diberi pulangan 9% selama 6 bulan
Ingin dimaklumkan kepada semua Pelabur bahawa pembayaran Nota Pelaburan ini adalah berdasarkan kaedah Pembayaran Belon di mana Penerbit akan membuat pembayaran Untung bulanan sahaja dan diikuti dengan pembayaran Prinsipal + Keuntungan pada tarikh pembayaran akhir. Tempoh pembiayaan adalah selama 6 bulan. Sila rujuk penjelasan di bawah mengenai struktur pembayaran balik dari Penerbit.
Jumlah Pembiayaan : RM500,000
Kadar Keuntungan : 1.50% sebulan (bersamaan 18% setahun)
Tenor Pelaburan : 6 bulan
Kaedah Pembayaran : Pembayaran Belon
Jadual Pembayaran Balik:
Bulan 1 – RM7,500 (Keuntungan sahaja)
Bulan 2 – RM7,500 (Keuntungan sahaja)
Bulan 3 – RM7,500 (Keuntungan sahaja)
Bulan 4 – RM7,500 (Keuntungan sahaja)
Bulan 5 – RM7,500 (Keuntungan sahaja)
Bulan 6 – RM507,500 (Prinsipal + Keuntungan)
Ini menunjukkan jadual pembayaran balik dan pelaburan p2p ini memang agak berbaloi untuk dilaburkan!
Ini brief mengenai company
Sejak 2001, STM Technologies telah beroperasi sebagai pengeluar pita pelekat di Malaysia, dengan kilang kami terletak di Shah Alam. Syarikat kami terutamanya berurusan dalam pita pelekat dan bahan pembungkusan, dengan tumpuan pada pembungkusan dan pita berfungsi. Produk kami dibekalkan kepada pelbagai industri, seperti makanan, automotif, elektrik dan elektronik, antara lain. Pelanggan kami terdiri daripada kedua-dua pengguna akhir, seperti kilang, serta pemborong, termasuk dalam sektor perkakasan, alat tulis dan perdagangan bekalan industri.
So, apabila baca ni, jika nampak ada duit extra bolehlah invest kepada mereka. Korang boleh daftar di pautan ini dan masukkan code refferal saya (232015) untuk menerima kredit percuma RM 10 dari platform.
Korang juga boleh komen dibawah jika ada sebarang pertanyaan dan saya akan menjawab dengan seadanya. Boleh juga berkongsi dengan saya jika ada pelaburan menarik di start up korang tahu. Good luck!