Alhamdulillah, berakhir sudah SUNGAI PETANI AGE GROUP CHESS CHAMPIONSHIP semalam. Lebih 90 peserta mengambil bahagian semalam dan segalanya berjalan lancar.

Ini merupakan kejohanan pertama yang saya anjurkan luar dari negeri Kelantan. Kalau kat Kelantan tu dah biasa sangat dah, tahun ni cuba nak anjurkan di luar pula dan Kedah dijadikan pilihan sebab memang dah tinggal sini ye tak. Kenalah berbakti kepada bumi diduduki. hehe

Pengalamannya? SUPER BEST!

Banyak benda baru belajar semalam, nasib baik member2 di Kedah ni semua sporting boleh ‘pejam mata’ dengan kekurangan. hehe. Tak sangka juga dapat dewan MPSPK yang super besar tu, Alhamdulillah semua berjalan lancar

Ada beberapa perkara yang boleh ditingkatkan untuk penganjuran akan datang

  • Promosi offline. Tak banyak buat promosi oflline sebab desakan masa. 3-10 hari tu ada kursus memang semua promote online je. Sepatut bagi juga surat kepada sekolah tapi tu lah, tak sempat 🙂
  • Pendaftaran. Ingatkan kat Kelantan je jenis tak suka daftar online ni, Kedah pun sama. huhu, Susah nak baiki tabiat orang kita last minute baru nak daftar dan daftar pun ‘ala-kadar’ je dan akibatnya susah kepada penganjur untuk cari balik info sebab urusan NR ni leceh jugak. Tarikh lahir, No Mykin/Kad pengenalan semua tu

Tu je dulu boleh kongsi. InsyaAllah lepas ni akan ada lagi kejohanan di Sungai Petani. Kita buat bersiri, bagi tiap-tiap bulan ada. haaaa, main chess sampai muntah gitu!

Terima kasih kepada ibu bapa yang support dan juga player catur Kedah yang datang untuk sertai. Next time datang lagi yaaa 🙂