Kalendar kesihatan

September 2014
M T W T F S S
« Jul    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Penyebab kolesterol tinggi

Kolesterol diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Tetapi terlalu banyak kolesterol, ia hanya akan membahayakan kesihatan. Kolesterol dihasilkan semulajadi di dalam badan kita – hati adalah organ tempat ia dihasilkan dan ia juga datang dari pemakanan yang kita ambil. contoh? daging merah dan telur. pieww, pencinta telur kena berhati-hati okeh!

Penyebab kolesterol tinggi

Apabila kolesterol terlalu tinggi, ia akan membahayakan kesihatan terutamanya jantung. Arteri tersumbat? kolesterol tinggi antara puncanya. Jadi, apakah penyebab utama kolesterol di dalam badan manusia boleh menjadi tinggi? Banyak sebenarnya tetapi entry ini hanya akan tulis beberapa yang penting sahaja

1) Diet

No 1 sudah pasti adalah diet. Cara pemakanan yang tidak betul adalah penyebab utama kenapa kolesterol boleh menjadi sangat tinggi. Pengambilan makanan yang mengandungi saturated fat/lemak tepu akan menyebabkan kadar kolesterol dalam badan – zuppp naik dengan tinggi. Contoh yang familiar untuk orang kita – santan! Gantilah kalau boleh untuk menjaga kesihatan terutamanya kadar kolesterol dalam badan dengan mengelakkan pengambilan lemak tepu ini

 

2) Aktiviti seharian

Pernah dengar LDL dan HDL? Term ini sentiasa digunakan oleh para doktor untuk klasifikasikan kolesterol. LDL adalah kolesterol jahat dan HDL adalah kolesterol baik. Kalau aktiviti seharian kita asyik tidur makan tidur makan tidur makan tanpa sebarang exercise, LDL dalam badan akan naik dan HDL automatik akan turun. Bangun dari tidur dan mulakan bersenam okeh!

 

3) Perokok

Merokok ni bukan saja akan buat korang cepat mati, tapi akan mempengaruhi orang berdekatan supaya cepat mati jugak. Ini fakta dan sememangnya orang yang tinggal bersama dengan perkokok jangka hayat mereka pendek dan terdedah dengan banyak penyakit. Kolesterol jahat juga akan naik dengan mendadak apabila seseorang itu merokok. Kenapa tak berhenti kan?

Antara faktor lain adalah umur seseorang dan juga jentina seseorang. Takpelah 2 benda ni dah tak boleh nak ubah, tapi yang kat atas tu memang boleh diubah, jadi ubahlah mana yg patut. selagi boleh, berubahlah untuk dapat kesihatan unggul – kadar kolesterol jadi rendah! selamat berjaya!

You must be logged in to post a comment.

Subscribe sekarang

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Admin

Hubungi penulis website ini di talian 0169640972 atau email di joegrimjow@gmail.com

Sila Like

Tabung