Peluang Pitching Nescafe Menang RM32,000 – Sertai Sekarang!

Jika anda seorang pelajar universiti yang bersemangat dan penuh idea inovatif, inilah peluang keemasan untuk anda! NESCAFÉ sedang mencari bakat muda untuk menyertai pitching nescafe – NESCAFÉ Youth Entrepreneurs Programme 2025, sebuah pertandingan pitching yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM32,000.

Jika anda ada idea untuk atasi 2 problem statement ni, jangan lupa ajak kawan kawan untuk sertai!

  • Dapatkan pelanggan baru untuk brand Nescafe
  • Tingkatkan frekuensi orang minum coffee

Latar Belakang Pertandingan Pitching Nescafe

NESCAFÉ Youth Entrepreneurs Programme 2025 adalah inisiatif oleh NESCAFÉ untuk menggalakkan pelajar universiti di Malaysia berkongsi idea kreatif mereka dalam memajukan jenama NESCAFÉ. Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam bidang pemasaran dan inovasi, serta memenangi hadiah menarik.

Syarat Penyertaan

  • Kelayakan: Terbuka kepada pelajar universiti yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Umur perlu 18-29 tahun
  • Penyertaan Berkumpulan: Peserta perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 ahli.
  • Idea Asal: Setiap penyertaan mestilah idea asal peserta yang belum pernah dipertandingkan atau digunakan sebelum ini.Nescafe Global

Cara Menyertai

  1. Bentuk Kumpulan: Kumpulkan 4-5 rakan sekumpulan dengan latar belakang yang pelbagai.
  2. Daftar & Muat Turun Brief: Setiap ahli kumpulan perlu mendaftar secara individu dan memuat turun dokumen cabaran selepas pendaftaran.
  3. Hantar Video Pitch: Rakam dan hantar video berdurasi 3 hingga 5 minit yang menerangkan idea perniagaan atau strategi kumpulan anda.

Bagaimana nak buat Goal Setting Company setiap Quarter?

Hadiah Menarik Menanti Anda

  • Tempat Pertama: RM15,000
  • Tempat Kedua: RM10,000
  • Tempat Ketiga: RM7,000

Pemenang juga berpeluang untuk membentangkan idea mereka kepada pihak pengurusan NESCAFÉ dan berpotensi untuk merealisasikan idea tersebut dalam kempen sebenar.

Tarikh Penting

  • Tarikh Tutup Penyertaan: 10 Jun 2025
  • Pitching kepada Nescafe: Oktober 2025

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mempamerkan bakat dan kreativiti anda! Sertai NESCAFÉ Youth Entrepreneurs Programme 2025 sekarang dan jadilah sebahagian daripada perubahan dalam dunia kopi bersama NESCAFÉ.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top