Symbiosis 3.0 Fasa 2 Hari ke2
Banyak betul angka pada tajuk entry 🙂 Alhamdulillah, dah berakhir hari kedua program Symbiosis 3.0 untuk Fasa ke 2 ini. Symbiosis bagi yang tak familiar dengan program ini, merupakan satu program dibawah Malaysian Technologies Development Corporation (MTDC) untuk mencari usahawan supaya mengkomersilkan produk penyelidikan berteknologi daripada pihak Universiti.
Bunyi macam kompleks tapi simple dia end of programme kami akan menjual produk hasil research Uni tempatan. Of course diberi grant 🙂
Sejak semalam dah berkampung di Ibis Styles Hotel Cheras sehinggalah 10hb nanti. Ini merupakan fasa kedua program yang mana fasa pertama dulu daripada 200 yang layak dipilih untuk ke fasa sekarang ini. Fasa ini diterajui oleh MTDC Academy. Ada 3 fasa lagi, harap dapatlah saya menempuhi kesemuanya dengan andrenalina yang secukupnya
Kenapa banyak sangat fasa, inilah merupakan tapisan-tapisan yang ketat untuk penerima grant DUIT RAKYAT. Kalau main bagi je, bangkrupt lah negara ye tak.
Apa yang menarik hari kedua?
Hari ini ada 5 sesi talk. Talk pertama dari Mr Noor Amal Morad yang bercakap mengenai WHY START YOU OWN BUSINESS. Bunyi macam tajuk-tajuk biasa program keusahawanan tapi sangat best input yang diberi sebab memberi dimensi yang berlainan yang mana akhir program nanti syarikat yang akan dibina adalah berasaskan teknologi. Ia tak sama dengan nature bisnes yang saya ceburi sekarang iaitu trading jadi kenalah bagi tumpuan yang 110%
Talk kedua disambung oleh MTDC recipient company, Tuan Romli Ishak yang bercakap mengenai perbezaan antara BOSS DAN LEADER. Permulaan tu dah risau tengok penampilan macam jenis yang nak-kena-tahan-mengantuk tapi end up sepanjang talk gelak sakan je! Tuan Romli share journey dia daripada tiada duit kepada menubuhkan syarikat yang bernilai jutaan ringgit. Ada ilmu baru dikongsi – JUAL BELI SYARIKAT. Sebelum ni adalah dengar kisah jual beli syarikat ni tapi penerangan yang Tuan Romly kongsi tadi betul-betul eye opener dan sentap pun ada. Mentaliti orang kita bila mulakan sesuatu perusahaan biarlah ia kekal bersama kita dan orang lain tak boleh nak campur tangan. Sebab tu kebanyakan company tempatan hanya syok sendiri. Saya tak reti nak ulas dalam bentuk penulisan blog ni, memang ilmu yang dapat tu sangat-sangat berbaloi!
Talk ketiga dan keempat tadi lebih dekat sebab mereka merupakan syarikat daripada program Symbiosis juga. Tuan Shahiwan dan Normawarni kongsi pengalaman mereka dalam Symbiosis ini, apa yang kami kena expect kena lalui antaranya yang paling kritikal adalah dalam berhadapan dengan team member apabila running company nanti. 58 daripada kami hanya 30 yang akan dipilih untuk ke fasa seterusnya yang mana 10 company akan ditubuhkan. Maknanya setiap company ada 3 orang yang akan handle dan itulah cabaran sebenar perlu berhadapan dengan 3 pemikiran yang berlainan untuk run satu company. Tapi saya yakin, pendedahan awal yang mereka ceritakan tadi kesemua rakan kursus dapat absorb dan kemahiran dalam berorganisasi akan digunakan semaksimum mungkin
Sesi malam pula kami bersama dengan Puan Shahana, real expert researcher yang dah berkecimpung dalam dunia multi billion company. Sesi Puan Shahana walaupun tajuknya agak berat iaitu Market Validation tapi rasa keterujaan tu lagi bertambah. Ada ilmu baru yang saya dapat malam ini iaitu mengenai CUSTOMER HOT BUTTON. Produk kita perlu ada dua benda ni untuk menyentuh hot button. Pertama solving pain – contoh jika kita pening terus kita akan ingat penadol. Kedua giving happiness – contoh smartphone dengan adanya smartphone dah banyak kita benda lain seperti jam, kamera dan even laptop kita tak perlukan sebab ia dah selesaikan masalah kita. 2 elemen ini perlu ada dalam produk kita untuk menjadikan produk kita lebih diterima di pasaran sana
Group KANTAN
​
Saya berada di dalam group Kantan. Oh, kami disini dipecahkan kepada 12 kumpulan. Akhir program nanti setiap kumpulan akan dinilai melalui sesi pitching teknologi yang kami pilih. Menariknya bukan pitching itu sahaja yang dinilai, tapi terdapat pertandingan yang menarik yang mana setiap task diselesaikan akan diberi DUIT. Tapi sayang bukan duit betul. hehe. kan bagus kalau duit betul. haha. Tapi bukan duit betul pun semua group masing-masing tak boleh kalah semua nak menonjol tapi dengan kehebatan CFO group kantan memanipulasi sumber yang ada, rasanya kami di ranking kedua sekarang. haha. Trick dia tak boleh share, nanti lepas habis program baru boleh share. hehe
Oklah, dah panjang sangat dah ni membebel, esok hari ketiga pula. Mungkin lusa lah saya sambung menulis lagi. Tu pun jika rajin lah. Hehe. terima kasih yang sudi baca 🙂
gambar kredit to FB MTDC