Sekali baca macam tentera pulak kan. Apahal pulak saya join tentera speed dating ni. hehe

Sebenarnya TENTRA – Technopreneur Training Academy dan bukan speed dating bertukar pasangan cari jodoh tu, menangis cik bini kat rumah – mentoring speed dating. Ala-ala kita bertukar mentor minta nasihat dan bina jaringan secara speed.

Bertuah betul kan?

Mentor pun bukan calang-calang!

Banyak lagi tapi sebab event pun dah habis kita skip ajelah. haha

Tadi saya dan seorang lagi rakan secompany sempat terjah 4 mentor. Masing-masing punya expertise sendiri dan setiap pandangan mereka tu memang mahal. Sangat berterima kasih kepada TENTRA sebab organise event macam ni. Cuma kat fb semalam ada jugak lah member nak join tapi tak dapat sebab event ni tertutup untuk yang dalam ekosistem MTDC sahaja. Tapi berita baiknya lepas ni akan ada lagi banyak aktiviti seumpama ini di masa hadapan open for public.

Kena selalu check website MTDC

Mentoring Speed Dating ni acara last. Sebelum tu dah ada program lain. Jamuan raya pun ada ok! hehe. Oklah, kita tampal gambar ajelah

selfie dengan BOD MTDC skeping. ada RISK MANAGEMENT terbaik yang share tadi. nak tahu PM tepi. hihi

sekitar Mentoring Speed Dating

Hayatdimanamana pun ada

Sekali lagi terima kasih banyak-banyak kepada organised TENTRA kerana anjurkan acara UNIK macam ni. Memang sangat membantu usahawan baru seperti kami ni. Semoga lain kali boleh lagi join 🙂