2 Hari sebelum tarikh akhir permohonan Symbiosis, ini yang anda perlu tahu
2 hari lagi permohonan untuk mengikuti program Symbiosis akan ditutup. Saya dah tulis mengenai program ini di entry sebelumnya (klik sini). Bagi anda yang tak tahu, program ini adalah program di bawah Malaysian Technology Development Corporation yang mana di akhir program peserta dikehendaki untuk mengkomersilkan penyelidikan daripada Uni atau Research Institute dengan dana permulaan sebanyak RM500 000
Siapa yang layak?
Best part mengenai program ini, sememangnya mereka mencari graduan muda yang berminat untuk menjadi usahawan. Soalan biasa – saya tiada asas usahawan, company pun tak pernah daftar, boleh ke sertai? Jawapan dia – BOLEH! Selagi anda mematuhi syarat asas (terutama umur) anda layak untuk sertai. Syarat asas mereka tetapkan
- Rakyat Malaysia
- Berumur bawah 30 tahun
- Sekurang-kurangnya diploma dengan CGPA 2.0
- Sihat tubuh badan dan mental
Lepas syarat tu, bolehlah apply ya. Kalau tak lepas, boleh bagitau kawan-kawan lain tentang program ini
Timeline program kali ini
Nak cakap susah tu takdelah susah sangat nak ikuti program ni. Nak cakap mudah pun, tak juga sebab ia kena melepasi banyak fasa sebelum layak menjadi peserta akhir. Make it short, korang kena apply dulu baru tahu
- Sebelum 31 March – pendaftaran dibuka atas talian (link pendaftaran)
- 11-13 April – Jika dipilih korang akan dipanggil untuk ditemuduga. Jika yang batch lepas daripada 1000 lebih permohonan, hanya 200 yang dipanggil. Temuduga best sangat, saya dah story di pautan ini (klik sini)
- Awal Mei – Daripada 200, hanya 60 akan terpilih untuk ikuti bengkel. Sebelum puasa ok lah tu
- Julai-November : Daripada 60 tu hanya 30 yang akan terpilih untuk peringkat akhir selama 4 bulan. 4 bulan ni korang akan dipersiapkan untuk submit CRDF 1 dan menubuhkan company. 30 peserta akan dibahagi kepada 10 syarikat dan setiap syarikat akan memilih 1 teknologi untuk dikomersilkan. Grant sebanyak RM500k boleh dimohon untuk permulaan validasi teknologi
Serba sedikit timeline untuk batch kali ini, tapi tertakluk kepada perubahan ya tarikh tu.
Kalau tak dapat, buat rugi masa je
Bila tengok timeline yang saya tulis kat atas tu, banyak pula tapisan dia ya? Mesti bermain difikiran rugi masa je kalau tak dapat. Pendapat saya yang dah sertai program ini, tak rugi pun. Kenapa, sebab selain daripada percuma dan makan sedap (hehe) korang akan didedahkan dengan pemain industri dan networking yang korang akan dapat tu priceless. Yang faham pasal netWORTHking tu faham lah kan tapi jika anda yang baru-baru nak berjinak dalam keusahawanan boleh jadikan program ini untuk tambah ilmu.
Tak join rugi 🙂
Sempat lagi sebelum tarikh tutup untuk daftar. Daftar di pautan ini ya. Jumpa lagi. Jika rasa entry bermanfaat, kongsilah dengan rakan ya. Link pendaftaran online disini