Mungkin anda tertanya tanya, mudahkan untuk menggunakan Arissto Coffee Machine ini? Jawapan yang saya boleh kongsikan bagi anda adalah tidak susah. Walaupun pengetahuan saya mengenai coffee cukup terhad, hanya menggunakan resepi yang saya google di internet sahaja boleh jadikan coffee daripada Arissto Coffee Machine ini rasa yang sangat sedap

Saya akan kongsikan Arissto Coffee Recipe kepada anda. Cubalah resepi Arissto Coffee ini pasti hari anda akan jadi lebih bertenaga

Espresso

Brew satu kapsul Luna dan anda susah siap! Espresso ini adalah cara penyediaan termudah. Tapi hati hati, jika anda bukan penggemar coffee, saya cadangkan anda cuba resepi lain dahulu sebelum mencuba Espresso by Luna

Cappuchino

Brew satu kapsul Amico dan kemudian brew lagi satu kapsul susu. Kapsul susu juga boleh dicampur dengan susu rendah lemak, pastikan anda panaskan dahulu susu rendah lemak itu untuk menaikkan lagi aroma yang dihasilkan oleh Amico.

Tips newbie : boleh campurkan gula perang jika anda suka manis

Latte

Brew 2 kapsul susu dan seterusnya brew 1 kapsul Sunrise. Seperti Cappuchino, anda boleh campur susu rendah lemak untuk menggantikan kapsul susu

Hot Chocolate

Brew 1 kapsul Choco dan ia tersedia untuk diminum! Kapsul Choco ini selalu habis, jadi kena selalu simpan stok jika anda penggemar Hot Chocolate

Milk Chocolate

Brew 1 kapsul Choco dan 1 kapsul susu. Rasanya lebih manis berbanding Hot Chocolate. Jika anda tiada kapsul susu, boleh gunakan susu rendah lemak

Mocha

Brew 1 kapsul Passion kemudian brew 1 kapsul Choco. Akhirnya brew 1 kapsul susu. Memang terangkat jika cuba Mocha, sangat sesuai untuk diminum waktu petang yang sejuk

Iced Coffee

Brew 1 kapsul Passion kemudian brew 1 kapsul susu. Letakkan ice cube ke dalam campuran tadi untuk kesan yang menyegarkan.