Baca Sini Sebelum Sertai Venture Studio

Weekend hari tu saya balik Kelantan. Ada taklimat untuk Venture Studio yang julung kalinya akan diadakan di Kota Bharu

Kalau anda seorang usahawan atau bakal founder yang sedang mencari jalan untuk membina syarikat dengan sokongan penuh dari awal, vs adalah laluan yang patut anda pertimbangkan. Bukan sekadar inkubator atau accelerator biasa, venture studio ialah model baharu yang kini semakin popular di seluruh dunia — dan berita baiknya, venture studio bakal diadakan di Kota Bharu oleh Hasan VC!

Apa Itu Venture Studio?

Venture studio ialah platform yang melahirkan syarikat baharu dari “idea stage” dengan penglibatan aktif daripada pasukan dalaman studio. Ini bermaksud, jika anda ada idea atau minat membina syarikat, anda boleh menyertai vs untuk:

  • Dapat modal permulaan
  • Sokongan pembangunan produk (tech, branding, legal)
  • Akses kepada pasaran, rangkaian VC dan mentor
  • Bimbingan daripada pasukan yang sudah berpengalaman

Berbeza dengan accelerator yang memilih syarikat sedia ada, vs membangunkan syarikat dari kosong dan menjadi rakan kongsi aktif dalam pembinaan dan pelaburan startup tersebut.

Pitching Nescafe – Menang 32k!

Kenapa Anda Patut Sertai?

  1. Anda tak keseorangan – Anda akan bina startup bersama team profesional dari vs
  2. Modal permulaan disediakan – Studio akan bantu anda dari segi kewangan, pemasaran, dan teknologi.
  3. Struktur bisnes lebih kuat – Dengan bimbingan dari hari pertama, anda tak perlu ‘trial & error’ seperti usahawan solo.
  4. Potensi untuk berkembang cepat – Vs biasanya ada hubungan terus dengan pelabur dan pasaran.

Venture Studio di Kota Bharu – Hasan VC

Berita menarik untuk rakyat Pantai Timur! Hasan VC bakal melancarkan venture studio di Kota Bharu, Kelantan. Fokus utama studio ini ialah membina syarikat dalam bidang teknologi, makanan, logistik dan perniagaan digital. Yang paling menarik, Hasan VC menyediakan sehingga USD 90,000 (~RM420,000) untuk setiap syarikat yang terpilih.

Tambah 10k untuk P2P

Jika anda seorang founder yang mempunyai idea hebat tetapi perlukan sokongan teknikal dan dana untuk memulakan perjalanan, ini adalah peluang luar biasa untuk anda. Studio ini dijangka menarik bakat tempatan dan mengangkat Kota Bharu sebagai hub startup baharu di Malaysia.

Vs ni menarik sebab ia akan bawa penglibatan bersama pihak corporate yang mana pihak corporate ni lah yang akan jadi pelanggan pertama korang nanti. Jika berminat, boleh isi maklumat kat sini ya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top