Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!
Blog
-

Pelaburan P2P ni Selamat ke?
Jawapan ringkas – selamat
.
Tapi perlu diketahui setiap pelaburan ada risikonya tersendiri. Walaupun di kawal selia oleh Security Commission, ada syarikat yang tak mampu bayar balik dikenakan NPL oleh pihak platform dan duit yang diberikan itu adalah duit kita
.
Sebab itu bagi yang nak berjinak dalam P2P, saya cadangkan untuk invest
- Tak lebih 5000 per company
- Cari yang Low Risk atau Medium Risk
.
Saya sebenarnya amat suka dengan kehadiran P2P ni kerana duit yang dikumpul itu terus syarikat akan dapat guna. Bagi investor yang invest disebabkan untuk misi tertentu terutama yang nak invest bagi ‘prosper’ bidang kewangan SME Malaysia bagi memudahkan dan mempelbagaikan financing oleh SME ni, memanglah P2P adalah paling tepat
.
Bagi pelabur pula, selain dapat pulangan yang tinggi, kita juga dapat mempelbagaikan lagi instrumen pelaburan di tempat yang sah. Melalui P2P, anda bukan sahaja melabur, tetapi juga menyokong pertumbuhan ekonomi SME dan membantu mereka mendapatkan akses pembiayaan yang lebih mudah dan pantas. Ini memberi impak positif kepada ekosistem perniagaan negara.
Jadi, walaupun ada risiko, dengan strategi yang betul dan pemahaman yang mendalam, pelaburan P2P boleh menjadi sebahagian daripada portfolio pelaburan anda yang menguntungkan dan bermanfaat.
Daftar Sekarang
BERMINAT NAK DAFTAR P2P MELALUI MICROLEAP – Daftar disini gunakan referral dibawah bagi dapat RM 10 daripada platform
- Sales Code – Mandy1
- Referral Code – 232015
-

Sesi Networking bersama Mr Absorber Meriah
Rabu lepas baru saja menghadiri acara sesi “SPEAKER SHARING SESSION” bersama founder dan CEO MR ABSORBER, Tuan Annas di Bangi. Acara ini dihadiri lebih 20 orang ahli bisnes pelbagai latar belakang

.
Actually acara ni dah ke19 saya adakan, modelnya adalah saya invite kawan kawan yang mencapai jualan 3 juta keatas setahun untuk berkongsi pengalaman bisnes dengan kawan kawan yang lain
.
Selain dapat ilmu, peserta yang join juga dapat bernetworking sesama kita
.
Dan Rabu lepas, sesi bersama Mr Absorber
.
Mr Absorber ditubuhkan lebih 10 tahun yang lalu, dengan permulaan hanya menjual sparepart di platform Mudah, dan mempunyai kedai kecil di Seksyen 7 Bangi, kini Mr Absorber sudah menjangkaui lebih 45 outlet di seluruh Malaysia dengan jualan lebih 10 juta setahun. Outlet di Bangi juga dah pindah ke bengkel yang lagi besar dan cantik

Perancangan mereka adalah untuk membuka sehingga 150 outlet lagi di seluruh Malaysia sebelum 2030 ini dan kenapa angka itu dipilih disebabkan permintaan sekarang cukup tinggi dengan jumlah outlet yang ada sekarang. Saya rasa dengan kekuatan team Mr Absorber ada sekarang ni jumlah itu mampu terlaksana!
.
Saya tertarik dengan pertanyaan peserta bagaimana dia uruskan staff yang ramai dan katanya dengan sistem pengurusan yang cekap. Tak tahu, dia masuk kelas untuk belajar dan paling penting adalah bersedia untuk serahkan tanggungjawab kepada team untuk handle

Sesi kali ini juga saya dapati ramai yang ‘1st timer’ join, ada yang buka spa, ada yang ada kilang kayu dan pelbagai latar belakang lagi
.
Sesi seterusnya adalah dengan CEO Sate 7 Pagi, kalau korang berminat nak join, boleh daftar di pautan ini
-

Baca Sini Sebelum Sertai Venture Studio
Weekend hari tu saya balik Kelantan. Ada taklimat untuk Venture Studio yang julung kalinya akan diadakan di Kota Bharu
Kalau anda seorang usahawan atau bakal founder yang sedang mencari jalan untuk membina syarikat dengan sokongan penuh dari awal, vs adalah laluan yang patut anda pertimbangkan. Bukan sekadar inkubator atau accelerator biasa, venture studio ialah model baharu yang kini semakin popular di seluruh dunia — dan berita baiknya, venture studio bakal diadakan di Kota Bharu oleh Hasan VC!

Apa Itu Venture Studio?
Venture studio ialah platform yang melahirkan syarikat baharu dari “idea stage” dengan penglibatan aktif daripada pasukan dalaman studio. Ini bermaksud, jika anda ada idea atau minat membina syarikat, anda boleh menyertai vs untuk:
- Dapat modal permulaan
- Sokongan pembangunan produk (tech, branding, legal)
- Akses kepada pasaran, rangkaian VC dan mentor
- Bimbingan daripada pasukan yang sudah berpengalaman
Berbeza dengan accelerator yang memilih syarikat sedia ada, vs membangunkan syarikat dari kosong dan menjadi rakan kongsi aktif dalam pembinaan dan pelaburan startup tersebut.
Pitching Nescafe – Menang 32k!
Kenapa Anda Patut Sertai?
- Anda tak keseorangan – Anda akan bina startup bersama team profesional dari vs
- Modal permulaan disediakan – Studio akan bantu anda dari segi kewangan, pemasaran, dan teknologi.
- Struktur bisnes lebih kuat – Dengan bimbingan dari hari pertama, anda tak perlu ‘trial & error’ seperti usahawan solo.
- Potensi untuk berkembang cepat – Vs biasanya ada hubungan terus dengan pelabur dan pasaran.
Venture Studio di Kota Bharu – Hasan VC
Berita menarik untuk rakyat Pantai Timur! Hasan VC bakal melancarkan venture studio di Kota Bharu, Kelantan. Fokus utama studio ini ialah membina syarikat dalam bidang teknologi, makanan, logistik dan perniagaan digital. Yang paling menarik, Hasan VC menyediakan sehingga USD 90,000 (~RM420,000) untuk setiap syarikat yang terpilih.
Jika anda seorang founder yang mempunyai idea hebat tetapi perlukan sokongan teknikal dan dana untuk memulakan perjalanan, ini adalah peluang luar biasa untuk anda. Studio ini dijangka menarik bakat tempatan dan mengangkat Kota Bharu sebagai hub startup baharu di Malaysia.
Vs ni menarik sebab ia akan bawa penglibatan bersama pihak corporate yang mana pihak corporate ni lah yang akan jadi pelanggan pertama korang nanti. Jika berminat, boleh isi maklumat kat sini ya
-

Peluang Pitching Nescafe Menang RM32,000 – Sertai Sekarang!
Jika anda seorang pelajar universiti yang bersemangat dan penuh idea inovatif, inilah peluang keemasan untuk anda! NESCAFÉ sedang mencari bakat muda untuk menyertai pitching nescafe – NESCAFÉ Youth Entrepreneurs Programme 2025, sebuah pertandingan pitching yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM32,000.
Jika anda ada idea untuk atasi 2 problem statement ni, jangan lupa ajak kawan kawan untuk sertai!
- Dapatkan pelanggan baru untuk brand Nescafe
- Tingkatkan frekuensi orang minum coffee
Latar Belakang Pertandingan Pitching Nescafe

NESCAFÉ Youth Entrepreneurs Programme 2025 adalah inisiatif oleh NESCAFÉ untuk menggalakkan pelajar universiti di Malaysia berkongsi idea kreatif mereka dalam memajukan jenama NESCAFÉ. Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam bidang pemasaran dan inovasi, serta memenangi hadiah menarik.
Syarat Penyertaan
- Kelayakan: Terbuka kepada pelajar universiti yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Umur perlu 18-29 tahun
- Penyertaan Berkumpulan: Peserta perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 ahli.
- Idea Asal: Setiap penyertaan mestilah idea asal peserta yang belum pernah dipertandingkan atau digunakan sebelum ini.Nescafe Global
Cara Menyertai
- Bentuk Kumpulan: Kumpulkan 4-5 rakan sekumpulan dengan latar belakang yang pelbagai.
- Daftar & Muat Turun Brief: Setiap ahli kumpulan perlu mendaftar secara individu dan memuat turun dokumen cabaran selepas pendaftaran.
- Hantar Video Pitch: Rakam dan hantar video berdurasi 3 hingga 5 minit yang menerangkan idea perniagaan atau strategi kumpulan anda.
Bagaimana nak buat Goal Setting Company setiap Quarter?
Hadiah Menarik Menanti Anda
- Tempat Pertama: RM15,000
- Tempat Kedua: RM10,000
- Tempat Ketiga: RM7,000
Pemenang juga berpeluang untuk membentangkan idea mereka kepada pihak pengurusan NESCAFÉ dan berpotensi untuk merealisasikan idea tersebut dalam kempen sebenar.
Tarikh Penting
- Tarikh Tutup Penyertaan: 10 Jun 2025
- Pitching kepada Nescafe: Oktober 2025
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mempamerkan bakat dan kreativiti anda! Sertai NESCAFÉ Youth Entrepreneurs Programme 2025 sekarang dan jadilah sebahagian daripada perubahan dalam dunia kopi bersama NESCAFÉ.
-

Goal Setting Company
Antara benda best boleh dibuat every quarter bersama team adalah goal setting
Antara goal setting every quarter
- Tambah 100 pelanggan baru
- Tingkat AOV (average order value) 10% per customer
- Tingkatkan operasi pengeluaran 15%
- Capai 10k follower baru across social media company
- dan banyak lagilah
Ada banyak kaedah tapi framework bawah ni paling best. Tak semestinya company, apa apa kumpulan pun boleh guna cara yang sama
1 – Brainstorm
Lepas dah kenal pasti apa goal tu, mintak each pasukan keluarkan 10-15 idea untuk capai. Go crazy. Tak perlu fikir kesan ke, kos ke, campak je idea tu dengan tulislah
Masa brainstorm ni jangan skeptikal dan bangkang. Terus tulis kalau ada apa apa terlintas
2 – Prioritize
Kumpul semua idea ni dan sortkan ikut 4 quarter.
- high impact, cheap
- high impact, expensive
- low impact, cheap
- low impact, expensive
Impact tu maksudnya dengan buat benda tu akan lebih dekat dengan goal
Tips nak lulus mudah buat loan
Cheap or expensive pula harga untuk capai goal tu. Ada benda free, ada kena keluarkan kos
3 – Assignment
Daripada 4 quarter ni, terus assign siapa yang kena lead. Lead tau, bukan dia je yang buat. Buat tu sama samalah
High impact, cheap – yang ni kena team player yang lead. Kena focus lebih utk quarter ni dan prioritikan yang ni terlebih dahulu
High impact, expensive – yang ni kena peringkat director or senior management. Kalau company kecik, koranglah bos2 kena lead. Sebab makan kos kan, so kena careful berbelanja
Low impact, cheap – bagi intern yang lead atau junior yang baru masuk. Ini untuk bagi pengalaman dalam menjadi leader kepada dieorang
Low impact, expensive – takyah buat, abaikan terus
4 – Timeline
Ini paling pentinglah. Susun ikut macam gant chart tu 3 bulan. Masukkan aktivti apa nak kena buat dan terus set bila agaknya akan dapat hasil etc
Benda ni tak sampai 2-3 jam pun untuk buat, tapi bagi impact yang tersangatlah padu kepada bisnes korang

Saya ada sediakan template di Canva bagi yang berminat untuk play around dengan Goal Setting ni. Make sure korang kena ada account canva bagi akses dan edit template ini. Boleh dapatkan di pautan ini
-

Apa itu Wahed Invest dan adakah ianya selamat?
Saya mula install Wahed Invest apps ni since 2019. Adalah deposit Rm100 dan tunggu. Tapi rasanya dieorang ada problem pada tahun 2021 yang mengakibatkan kena denda dengan SEC disebabkan ada investment tak dilaporkan, maka saya hold dulu
Baru baru ini dengar Kindred Stories, founder Wahed adalah tetamunya
Apabila dengar tu, baru tahu misi mereka cukup besar dalam dunia Fintech ni. Terus subscribe balik as support
Lagipun mereka sudah diberi licence ECF oleh SC makanya lebih teratur dan sistematik untuk tahun tahun mendatang
Bermula dari Satu Impian
Wahed Invest bermula daripada satu impian yang besar – untuk memberikan akses kepada pelabur Muslim untuk melabur dalam portfolio yang mematuhi prinsip-prinsip syariah secara mudah dan mesra pengguna. Dibangunkan oleh sekelompok pengasas yang hebat, Wahed Invest muncul sebagai jawapan kepada keperluan akan pelaburan yang halal dan beretika.
Wajah-Wajah di Sebalik Wahed Invest

Siapakah tokoh-tokoh di sebalik Wahed Invest? Salah satu pengasas utama adalah Junaid Wahedna, seorang pakar dalam bidang kewangan dan teknologi. Beliau memiliki visi yang jelas untuk mencipta platform yang tidak hanya inovatif tetapi juga mematuhi prinsip-prinsip syariah. Bersama pasukan yang berbakat dan berpengalaman, Wahed Invest terus berkembang pesat sejak penubuhannya.
Korang kalau belum dengar podcast tu, luangkanlah masa 1.45 minit untuk dengar topik RIBA yang tak ramai nak berbicara mengenainya – tonton disini
Merintis Jalan untuk Fintech Islamic
Wahed Invest bukan hanya sekadar platform pelaburan biasa. Mereka mahu mengubah landskap fintech Islamic di dunia dengan menghadirkan inovasi dan kemudahan kepada pelanggan mereka. Melalui pendekatan teknologi yang canggih, mereka memberikan akses kepada pelabur untuk melabur dengan mudah melalui aplikasi mudah alih atau laman web, menjadikan pelaburan syariah lebih dapat diakses daripada sebelumnya.
Menjurus ke Arah Yang Lebih Baik
Dengan fokus yang kukuh pada kepatuhan syariah dan inovasi teknologi, Wahed Invest terus berusaha untuk membawa pelaburan syariah kepada tahap yang lebih tinggi. Mereka tidak hanya memberikan peluang pelaburan yang berpotensi tinggi, tetapi juga memastikan setiap langkah yang diambil adalah selaras dengan prinsip-prinsip moral dan etika.
Antara platform fintech di Malaysia Jadi, jika korang mencari peluang untuk melabur secara bijak sambil mematuhi prinsip-prinsip syariah, Wahed Invest adalah tempat yang tepat untuk korang! Jangan lupa daftar guna referal code saya ya, korang akan dapat RM10 untuk investment pertama
To claim your free reward make sure you use this referral code when you sign up: MOHMAT19
Download the app https://app.wahedinvest.com/referralSemasa korang deposit RM100 ke dalam account, akan ditolak RM1 untuk charge fpx, tapi guna referal code ni akan dapat RM10 extra dari platform.
-

Kenapa kena OK Minyak Naik June 2024 ini
Topik sensitif hari ni. Saya nak ulas tentang isu panas dijangka beberapa minggu lagi – kenaikan harga minyak. Minyak naik ni memang sensitif. Betul, mungkin ramai yang tak suka bila dengar harga minyak naik. Tapi, tahukah korang kenapa ia perlu dilakukan?
Mari kita mulakan dengan fakta mudah: subsidi minyak. Apa itu subsidi minyak? Ia adalah apabila kerajaan membayar sebahagian daripada kos sebenar minyak, supaya kita dapat beli minyak dengan harga yang lebih murah. Selain subsidi minyak petrol ni, ada beberapa barangan lagi yang kerajaan tanggung subsidi untuk rakyat
Sebenarnya, subsidi ini bukanlah satu perkara yang baik untuk negara kita.
Kenapa?

Pertama-tama, subsidi minyak membebankan kerajaan dengan kos yang besar. Wang yang boleh digunakan untuk pembangunan dan kemudahan awam terpaksa digunakan untuk menampung perbelanjaan minyak. Ini bermakna, projek-projek penting yang boleh memberi manfaat kepada rakyat terpaksa ditangguh atau dikurangkan bajetnya.
Kedua, subsidi minyak bukanlah satu sistem yang sistematik. Harga minyak di pasaran global sentiasa berubah-ubah, dan kadang-kadang, ia boleh naik dengan drastik tanpa kita dapat mengawalnya. Ini bermakna, kerajaan terpaksa membayar lebih banyak untuk mengekalkan harga minyak yang rendah di pasaran tempatan.
Selain itu, subsidi minyak juga tidak adil kepada semua pihak. Orang yang mampu mungkin mendapat manfaat daripada harga minyak yang murah, tetapi orang kurang berkemampuan tidak mendapat manfaat yang sebenar. Ini kerana duit yang digunakan untuk subsidi minyak sebenarnya boleh digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan kewangan.
Contoh mudah, Abu pakai BMW, isi minyak RM 200 tiap tiap minggu. Berbanding Ali yang hanya menaiki bas dan tiada kenderaan. Walaupun Abu dan Ali orang Malaysia yang sama, tapi kerajaan belanja lebih kepada Abu, untunglah Abu
Jadi, kenapa kita kena OK dengan kenaikan harga minyak? Sebenarnya, kenaikan harga minyak adalah langkah ke arah kestabilan ekonomi jangka panjang. Negara-negara maju seperti Singapura dan Jepun sudah lama meninggalkan subsidi minyak kerana mereka sedar bahawa ia bukanlah jalan yang terbaik untuk masa depan.
Mungkin kita perlu sedikit kenaikan harga minyak pada mulanya, tetapi dalam jangka panjang, ia akan membantu kita menjadi negara yang lebih kuat dan maju. Jadi, mari kita sokong langkah ini untuk masa depan yang lebih baik!
Mesti kena kecamnya ataupun dilabel Walanon. hehe. Takpelah, kita belajar dari sudut ekonomi dan jadi rakyat yang bijak dengan sokong dasar kebaikan kita semua juga nanti
-

8 Langkah Melabur di Microleap p2p
Melabur di platform p2p seperti Microleap p2p adalah langkah pertama bagi korang yang mahu berjinak dalam dunia pelaburan Start Up. Selain daripada regulated (maknanya duit terjamin) pulangan melabur di p2p seperti Microleap ini juga boleh tahan returnnya
Sebab ramai sangat yang wasap saya tanya bagaimana nak bermula, saya sertakan blog post bagaimana untuk anda bermula melabur di microleap
- Layari Laman Web MicroLEAP p2p:
- Mulakan dengan melawati laman web rasmi MicroLEAP di https://www.microleapasia.com/
- Cipta Akaun:
- Klik pada butang “Daftar” atau “Sign Up” yang mungkin terdapat di laman utama.
- Isi butiran peribadi yang diperlukan seperti nama, alamat e-mel, dan kata laluan.
- Semak dan Sahkan Akaun:
- MicroLEAP mungkin akan menghantar e-mel pengesahan ke alamat e-mel yang anda berikan.
- Log masuk ke akaun e-mel anda dan ikuti pautan atau arahan untuk mengesahkan akaun.
- Isi Maklumat Profil:
- Selepas mendaftar, lengkapkan profil anda dengan butiran peribadi yang diperlukan dan maklumat kewangan seperti pendapatan dan pengalaman pelaburan anda.
- Semak Terma dan Syarat:
- Semak terma dan syarat pelaburan MicroLEAP dengan teliti sebelum meneruskan.
- Pastikan anda memahami risiko dan syarat-syarat pelaburan yang ditetapkan oleh platform.
- Tambah Dana ke Akaun:
- Selepas mendaftar dan memverifikasi akaun, anda perlu menambah dana ke akaun pelaburan anda. MicroLEAP biasanya menyediakan pelbagai cara untuk melakukan ini, seperti pemindahan bank atau kaedah pembayaran elektronik.
- Pilih Pelaburan:
- Setelah akaun anda dibiayai, jelajahi peluang pelaburan yang terdapat di platform.
- Pilih projek atau perniagaan yang anda ingin melabur dan ikuti panduan untuk melengkapkan proses pelaburan.
- Pantau dan Urus Pelaburan:
- Setelah melabur, pantau prestasi pelaburan anda melalui akaun MicroLEAP anda.
- Platform biasanya menyediakan alat dan maklumat yang membolehkan anda mengurus pelaburan anda dengan baik.
Sempena 12.12

Berita baik kalau korang belum lagi daftar, sempena 12.12 ini, berpeluang dapat extra RM15 daripada mereka untuk pendaftaran berjaya. Masukkan details ni semasa mendaftar
Referral code : 232015
Sales code : Mandy1
Promo code : 1212Kalau ada apa2 pertanyaan, boleh pm saya di facebook
Selamat berjaya!
- Layari Laman Web MicroLEAP p2p:
-

Bagaimana nak raised fund untuk projek raya
Ramadan kurang 100 hari lagi. Bagi kebanyakan usahawan, Ramadan adalah bulan untuk tambah wang. Banyak projek raya yang cuba diusahakan. Untuk usahawan yang mencari cara untuk mendapatkan dana tambahan, terdapat beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan. Antara cara yang popular termasuk mendapatkan dana dari angel investor, pembiayaan peer-to-peer (P2P), dan pinjaman bank.
Angel Investor
Pertama, angel investor merupakan individu atau kumpulan individu yang menyokong projek perniagaan dengan menyumbangkan modal secara langsung. Kelebihan mendapatkan dana dari angel investor ialah mereka tidak hanya menyediakan kewangan, tetapi juga pengalaman dan rangsangan strategik. Untuk menarik perhatian angel investor, penting untuk mempunyai rancangan perniagaan yang kukuh dan memberikan nilai tambah yang jelas.

Cuma kena hati hati sebab rate dikenakan agak tinggi. Kadang kadang cecah 20-30% maka sebagai usahawan kenalah pandai menilai adakah berbaloi atau tidak untuk mengambil duit dari Angel Investor ini
P2P
Selain itu, pembiayaan peer-to-peer (P2P) menjadi alternatif yang semakin popular. Dalam model ini, individu atau syarikat meminjam atau menyumbangkan wang kepada sesama mereka melalui platform dalam talian. Kelebihan P2P adalah proses yang cepat dan mudah, dengan syarat yang lebih fleksibel berbanding pinjaman bank tradisional. Bagi usahawan yang mungkin memerlukan jumlah kecil dana dengan cepat, P2P boleh menjadi pilihan yang baik.

List P2P di Malaysia berdaftar dengan SC adalah
- Funding Societies Malaysia:
- Laman Web: fundingsocieties.com.my
- QuicKash:
- Laman Web: quickash.com.my
- CapitalBay:
- Laman Web: capitalbay.com.my
- MicroLEAP:
- Laman Web: microleap.com
- Peoplender:
- Laman Web: peoplender.my
- B2B FinPAL:
- Laman Web: finpal.com.my
- Modalku Malaysia:
- Laman Web: modalku.my
- Crowdo:
- Laman Web: crowdo.com
- Kapital Boost:
- Laman Web: kapitalboost.com
- Newcomer:
- Laman Web: newcomer.asia
Pastikan untuk menyelidik dengan teliti tentang syarat-syarat, caj-caj, dan reputasi setiap platform sebelum membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan P2P lending. Pemilihan yang bijak akan membantu memastikan pengalaman yang positif dalam mendapatkan dana melalui platform P2P lending.
Pembiayaan bank
Kedua-dua pilihan di atas diikuti dengan pilihan pinjaman bank. Pinjaman bank adalah cara tradisional untuk mendapatkan dana tambahan, dan meskipun prosesnya mungkin lebih panjang dan melibatkan proses pemeriksaan kredit yang ketat, ia masih menjadi sumber kewangan yang stabil. Bank juga sering menawarkan pelbagai jenis pinjaman, seperti pinjaman perniagaan kecil atau besar, serta pembiayaan untuk pembelian aset perniagaan.
Bank boleh bagi extra credit untuk projek raya anda tapi perlulah rancang untuk apply awal dan tertakluk kepada credit rating syarikat masing masing
Projek Raya
Secara keseluruhannya, memilih di antara dana angel investor, pembiayaan P2P, atau pinjaman bank bergantung kepada keperluan perniagaan individu. Keputusan perlu dibuat berdasarkan keperluan modal, kecepatan yang diperlukan untuk mendapatkan dana, dan keupayaan untuk memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pemberi dana. Dengan merangkul pelbagai sumber dana, usahawan dapat memastikan kelancaran kewangan perniagaan mereka sambil merancang pertumbuhan dan kejayaan jangka panjang.
- Funding Societies Malaysia: