Blog

  • 1st Kimma Chess Championship

    Minggu lepas kebetulan ada hal di KL, ambil kesempatan untuk sertai kejohanan catur di sana. 1st Kimma Chess Championship. Penyertaan luar biasa cecah lebih 400 peserta! Dewan juga cukup besar cuma sangat panas dan tidak selesa apabila bermain. Tapi sebab penganjur dan janji akan diadakan acara ini secara tahunan dan akan perbaiki di masa hadapan, kita layankan aje πŸ™‚

    Bermain di seeded 44, ranking terakhir juga di no 44. 4 menang 3 kalah. Jumlah mata 4 point. keputusan penuh di pautan ini

    Agak tak puas hati sebab rasanya boleh lakukan lagi baik. Entahlah, mungkin persediaan tak cukup kot. Harapnya Sabtu nanti di Putrajaya dapat tonjolkan prestasi terbaik!

  • Pengalaman menganjurkan kejohanan catur di Kedah

    Alhamdulillah, berakhir sudah SUNGAI PETANI AGE GROUP CHESS CHAMPIONSHIP semalam. Lebih 90 peserta mengambil bahagian semalam dan segalanya berjalan lancar.

    Ini merupakan kejohanan pertama yang saya anjurkan luar dari negeri Kelantan. Kalau kat Kelantan tu dah biasa sangat dah, tahun ni cuba nak anjurkan di luar pula dan Kedah dijadikan pilihan sebab memang dah tinggal sini ye tak. Kenalah berbakti kepada bumi diduduki. hehe

    Pengalamannya? SUPER BEST!

    Banyak benda baru belajar semalam, nasib baik member2 di Kedah ni semua sporting boleh ‘pejam mata’ dengan kekurangan. hehe. Tak sangka juga dapat dewan MPSPK yang super besar tu, Alhamdulillah semua berjalan lancar

    Ada beberapa perkara yang boleh ditingkatkan untuk penganjuran akan datang

    • Promosi offline. Tak banyak buat promosi oflline sebab desakan masa. 3-10 hari tu ada kursus memang semua promote online je. Sepatut bagi juga surat kepada sekolah tapi tu lah, tak sempat πŸ™‚
    • Pendaftaran. Ingatkan kat Kelantan je jenis tak suka daftar online ni, Kedah pun sama. huhu, Susah nak baiki tabiat orang kita last minute baru nak daftar dan daftar pun ‘ala-kadar’ je dan akibatnya susah kepada penganjur untuk cari balik info sebab urusan NR ni leceh jugak. Tarikh lahir, No Mykin/Kad pengenalan semua tu

    Tu je dulu boleh kongsi. InsyaAllah lepas ni akan ada lagi kejohanan di Sungai Petani. Kita buat bersiri, bagi tiap-tiap bulan ada. haaaa, main chess sampai muntah gitu!

    Terima kasih kepada ibu bapa yang support dan juga player catur Kedah yang datang untuk sertai. Next time datang lagi yaaa πŸ™‚

  • Symbiosis 3.0 Fasa 2 Hari ke2

    Symbiosis 3.0 Fasa 2 Hari ke2

    Banyak betul angka pada tajuk entry πŸ™‚ Alhamdulillah, dah berakhir hari kedua program Symbiosis 3.0 untuk Fasa ke 2 ini. Symbiosis bagi yang tak familiar dengan program ini, merupakan satu program dibawah Malaysian Technologies Development Corporation (MTDC) untuk mencari usahawan supaya mengkomersilkan produk penyelidikan berteknologi daripada pihak Universiti.

    Bunyi macam kompleks tapi simple dia end of programme kami akan menjual produk hasil research Uni tempatan. Of course diberi grant πŸ™‚

    Sejak semalam dah berkampung di Ibis Styles Hotel Cheras sehinggalah 10hb nanti. Ini merupakan fasa kedua program yang mana fasa pertama dulu daripada 200 yang layak dipilih untuk ke fasa sekarang ini. Fasa ini diterajui oleh MTDC Academy. Ada 3 fasa lagi, harap dapatlah saya menempuhi kesemuanya dengan andrenalina yang secukupnya

    Kenapa banyak sangat fasa, inilah merupakan tapisan-tapisan yang ketat untuk penerima grant DUIT RAKYAT. Kalau main bagi je, bangkrupt lah negara ye tak.

    Apa yang menarik hari kedua?

    Hari ini ada 5 sesi talk. Talk pertama dari Mr Noor Amal Morad yang bercakap mengenai WHY START YOU OWN BUSINESS. Bunyi macam tajuk-tajuk biasa program keusahawanan tapi sangat best input yang diberi sebab memberi dimensi yang berlainan yang mana akhir program nanti syarikat yang akan dibina adalah berasaskan teknologi. Ia tak sama dengan nature bisnes yang saya ceburi sekarang iaitu trading jadi kenalah bagi tumpuan yang 110%

    Talk kedua disambung oleh MTDC recipient company, Tuan Romli Ishak yang bercakap mengenai perbezaan antara BOSS DAN LEADER. Permulaan tu dah risau tengok penampilan macam jenis yang nak-kena-tahan-mengantuk tapi end up sepanjang talk gelak sakan je! Tuan Romli share journey dia daripada tiada duit kepada menubuhkan syarikat yang bernilai jutaan ringgit. Ada ilmu baru dikongsi – JUAL BELI SYARIKAT. Sebelum ni adalah dengar kisah jual beli syarikat ni tapi penerangan yang Tuan Romly kongsi tadi betul-betul eye opener dan sentap pun ada. Mentaliti orang kita bila mulakan sesuatu perusahaan biarlah ia kekal bersama kita dan orang lain tak boleh nak campur tangan. Sebab tu kebanyakan company tempatan hanya syok sendiri. Saya tak reti nak ulas dalam bentuk penulisan blog ni, memang ilmu yang dapat tu sangat-sangat berbaloi!

    ​

    Talk ketiga dan keempat tadi lebih dekat sebab mereka merupakan syarikat daripada program Symbiosis juga. Tuan Shahiwan dan Normawarni kongsi pengalaman mereka dalam Symbiosis ini, apa yang kami kena expect kena lalui antaranya yang paling kritikal adalah dalam berhadapan dengan team member apabila running company nanti. 58 daripada kami hanya 30 yang akan dipilih untuk ke fasa seterusnya yang mana 10 company akan ditubuhkan. Maknanya setiap company ada 3 orang yang akan handle dan itulah cabaran sebenar perlu berhadapan dengan 3 pemikiran yang berlainan untuk run satu company. Tapi saya yakin, pendedahan awal yang mereka ceritakan tadi kesemua rakan kursus dapat absorb dan kemahiran dalam berorganisasi akan digunakan semaksimum mungkin

    ​

    Sesi malam pula kami bersama dengan Puan Shahana, real expert researcher yang dah berkecimpung dalam dunia multi billion company. Sesi Puan Shahana walaupun tajuknya agak berat iaitu Market Validation tapi rasa keterujaan tu lagi bertambah. Ada ilmu baru yang saya dapat malam ini iaitu mengenai CUSTOMER HOT BUTTON. Produk kita perlu ada dua benda ni untuk menyentuh hot button. Pertama solving pain – contoh jika kita pening terus kita akan ingat penadol. Kedua giving happiness – contoh smartphone dengan adanya smartphone dah banyak kita benda lain seperti jam, kamera dan even laptop kita tak perlukan sebab ia dah selesaikan masalah kita. 2 elemen ini perlu ada dalam produk kita untuk menjadikan produk kita lebih diterima di pasaran sana

    Group KANTAN

    ​

    Saya berada di dalam group Kantan. Oh, kami disini dipecahkan kepada 12 kumpulan. Akhir program nanti setiap kumpulan akan dinilai melalui sesi pitching teknologi yang kami pilih. Menariknya bukan pitching itu sahaja yang dinilai, tapi terdapat pertandingan yang menarik yang mana setiap task diselesaikan akan diberi DUIT. Tapi sayang bukan duit betul. hehe. kan bagus kalau duit betul. haha. Tapi bukan duit betul pun semua group masing-masing tak boleh kalah semua nak menonjol tapi dengan kehebatan CFO group kantan memanipulasi sumber yang ada, rasanya kami di ranking kedua sekarang. haha. Trick dia tak boleh share, nanti lepas habis program baru boleh share. hehe

    Oklah, dah panjang sangat dah ni membebel, esok hari ketiga pula. Mungkin lusa lah saya sambung menulis lagi. Tu pun jika rajin lah. Hehe. terima kasih yang sudi baca πŸ™‚

    gambar kredit to FB MTDC 

  • Kalendar Catur Malaysia 207

    MCF baru sahaja keluarkan Kalendar Catur Malaysia 2017 untuk memudahkan peminat catur di Malaysia menyusun jadual agar dapat menyertai kejohanan catur di seluruh Malaysia ini.

    ​

    Ada satu kejohanan yang besar bakal berlangsung di Kelantan bulan 3 nanti, nantikan update daripada pihak PCNK ya

  • MCF 1st Meeting (Media Statement)

    MCF 1st Meeting (Media Statement)

    The *Malaysian Chess Federation (MCF)* newly-elected EXCO held its first meeting on Wednesday, 28th December 2016 in Sani Hotel, Kuala Lumpur.

    Prior to the start of the meeting Abdullah Al Amiri (Chairman of the Board for Fujairah Chess & Culture Club, UAE ) paid a courtesy call to the MCF President Datuk Zahidi Zainul Abidin & the MCF EXCO. Abdullah presented a plaque on behalf of Fujairah Chess Club together an invitation to MCF to visit Fujairah,UAE and conduct a friendly competition.

    The MCF EXCO made the following appointments:-
    *Executive Secretary*
    Nik Hishamuddin Nik Mustapha
    *Secretary*:
    Gregory Lau Beng Hock
    *Asst.Secretary*:
    Sophian A.Yusuf
    *Treasurer*: Haslindah Ruslan
    *Development Officer*:
    Syed Iskandar Shah.
    *Players’ Representative*:
    FM Sumant Subramaniam

    The following were tasked to lead the following Committees:-
    *DEVELOPMENT:*
    Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Head)
    Syed Iskandar Shah.

    *FINANCE:*
    YM Tengku Ahmad Badlishah Raja Husin (Head).
    Haslindah Ruslan (Deputy).

    *COMPETITION:*
    Dr. Zaidan Zulkipli (Head).
    Steven Cheong Kok Love (Deputy).

    *SELECTION:*
    Lim Tse Pin (Head).
    Sophian A.Yusuf (Deputy).

    *DISCIPLINE:*
    Muammar Julkarnain(Head).
    Mohd. Firdaus Ismail (Deputy).

    *TECHNICAL:*
    Nik Ahmad Farrouqi Nik Abdul Aziz (Head ).
    Michael Yeap Joo Hock (Deputy ).

    *WOMEN:*
    Zuraihah Wazir (Head).

    The *MCF Secretariat* was also formed to be headed by Nik Hishamuddin Nik Mustapha as *Executive Secretary* which will be based in Kuala Lumpur.

    Datuk Zahidi, the newly-elected MCF President appreciates the trust placed in him and taking cognisance of the aspirations of the chess community in Malaysia, urged all elected and appointed to work together as a cohesive team.

    Datuk Zahidi and his deputy YM Tengku Ahmad Badlishah are in unison in humbly inviting the chess community at large to work together with MCF for the betterment of chess in Malaysia.

    *Correspondence/Queries* can be addressed to MCF Secretariat at: office@malaysiachess.com or, 017-299 4442 (Nik Hishamuddin, Executive Secretary-MCF Secretariat).

    *MCF Secretariat Address:*
    34-2, Persiaran 65C, Pekeliling Business Centre, off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur.

    *Amirul HM*
    012-270 8177
    AmirulHM@malaysiachess.com/
    amirulKLCA@gmail.com
    *Media Relations*
    *MCF 2016-18*
    29 December 2016

  • MFI International Rapid Chess Championship

    Berita baik penggemar catur, satu kejohanan bertaraf FIDE RATED akan berlangsung di Malaysian France Institute, Bangi. Perincian kejohanan seperti dibawah

    Uniknya kejohanan ini peserta ditawarkan pendaftaran atas talian menggunakan APPS AI CHESS. Satu bentuk pengenalan teknologi yang bagus. Jumpa disana!

    pss : ada masa boleh join ni πŸ™‚

  • Catur Blitz Santai KBΒ 

    Catur Blitz Santai KBΒ 

    ​Baru berakhir Blitz santai yang berlangsung di food court stadium KB. Walaupun santai, ada hadiah istimewa disediakan oleh penganjur PCNK iaitu set makan malam di Al-Khatiri Kubang Kerian!

    2 AGM Malaysia pun turut sertai!

    ​

    Harapnya semoga kejohanan seperti ini dapat diteruskan untuk masa mendatang, sambil main chess sambil berukhwah

    Keputusan seperti dibawah

    ​
    Tahniah kepada FI naserov kerana menjuarai catur santai petang ini

  • Catur di UniKL MSI 2016

    Semalam melepaskan “gian” join tournment di Kulim. Jarak SP dengan Kulim takdelah jauh sangat jadi ambil peluang ini. Takde preparation sangat selain main online je

    ​
    Masa standing, walaupun NR saya ada kenaikan sikit berbanding yang bulan lepas still berada di rank 16! Memang orang Kedah NR mereka tinggi-tinggi, boleh dikatakan kebanyakan kejohanan di sana memakai rating NR

    Game pertama dan kedua no problem. Masuk game ketiga lawan dengan Darwis di meja 3. Pernah lawan dengan dia di MRSM Merbok tempoh hari dan kalah. Kali ni pun kalah. Awal-awal lagi dia kasi pawn tapi menyebabkan structure saya hancur, serang punya serang kena checkmate. Haha

    Game keempat dan kelima juga no problem, masuk game keenam kena lawan seeded satu. Alahai awal-awal nampak dia main hitam defend je tapi tersilap step hilang 1 pawn. Bawa ke endgame memang hilang 1 pawn pun bagi effect besar! Keputusan Kalah

    Game last menang. Jadi 5 point. Takde rezeki, berada di rank ke16 jugak πŸ™ Agak teruklah kali ni tapi biasalah, memang nak seronok-seronok je join ni πŸ™‚

    ​
    Tahniah kepada penganjur kerana mengadakan kejohanan yang meriah ni. Hampir 200 orang jugaklah yang daftarnya dan bertaraf NR. Walaupun bagi saya pairing tu lambat untuk dikeluarkan bagi setiap round, yang lain saya bagi 5 bintang!
    Semoga jumpa lagi di UniKL MSI

  • AGM Chess Malaysia

    Alhamdulillah, Ahad lepas saya bersama 2 lagi perwakilan Kelantan ke AGM Malaysian chess federation (MCF) yang berlangsung di Olimpic Sport Hotel KL. Saya sebagai bendahari Persatuan Catur Kelantan bersama 2 lagi Timbalan PCNK sebagai tanda sokongan kami untuk memilih teraju kepimpinan MCF yang baru

    ​

    Pemilihan kali ini cukup sengit jika dilihat calon yang bertanding. Bagi jawatan Presiden, anak PM kita Dato Nazif melawan CEO RISDA Dato Zahidi. Dua-dua memiliki karisma masing-masing.

    Bagi jawatan Deputy Presiden, anak tokoh catur ternama Malaysia – Daniel Tan melawan Tengku Badli. Tengku Badli mempunyai sejarah pembangunan catur di Kelantan membuatkan kami perwakilan Kelantan mengundi beliau

    Berikut merupakan keputusan pengundian

    Presiden
    YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin

    Timbalan Presiden
    YM Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Husin

    Naib Presiden
    Dr. Zaidan Bin Zulkipli
    IA Lim Tse Pin
    Muammar Julkarnain (Sabah and Sarawak)

    Ahli Jawatankuasa (EXCO)
    Zuraihah Binti Mohd Wazir
    NA Muhammad Firdaus Bin Ismail
    AGM/NA Nik Ahmad Farouqi Bin Nik Abdul Aziz
    NA Yeap Joo Hock
    FA Cheong Kok Love

    Tahniah kepada yang menang. Semenangnya kita mengharapkan agar muka baru dalam MCF ini akan membawa lebih kebaikan kepada pembangunan catur di Malaysia