Blog

  • 16 perkara UNIK di MAHA 2016

    MAHA 2016 berlangsung pada 1 hingga 11 Disember 2016. Jumaat semalam saya sempat terjah ke sana dengan beberapa orang kawan lain. Kebetulan sebenarnya sebab hari Sabtu kena hadiri AGM Chess Malaysia jadi bertolak dari Sungai Petani hari Khamis lagi sempatlah terjah MAHA 2016 pada hari Jumaatnya

    Disini saya akan ceritakan 16 perkara UNIK yang ada di MAHA 2016!

    1. MAHA besar tempatnya!

    Keluasan tapak MAHA 2016 ini tersangatlah besar. Jika anda dah pernah pergi ke MAHA sebelum ni, anda pasti akan nampak saiznya bertambah besar! Mungkin 2017 nanti bertambah besar manalah tahu. Tapi yang tak suka berjalan tu tak perlu risau, ada perkhidmatan tram disediakan dari satu point ke point yang lain.
    2. Terlampau banyak jenis makanan

    Di bahagian makanan, ada banyak tapak yang sediakan jenis makanan dan di tempat rasmi terdapat lebih 168 jenis makanan. PENGSAN nak try satu-satu. Saya ada try Udang Sanggul, Satay Tulang dan Set Ikan Patin – TERBAIK rasanya. Nak list kat sini memang tak terdaya. Kena pergi sendiri ok

    3. Belajar bersawah

    Walaupun negara kita antara pengeluar padi yang besar, tapi berapa ramai yang peduli atau ambil tahu prosesnya kan? Bagus pendekatan MOA ni sebab mereka membawa sawah padi ke MAHA! Kita akan belajar cara menanam padi, nak beza jenis beras dan pelbagai lagi berkaitan padi.
    4. Ada dugong!

    Yang tak pernah tengok dugong (saya antaranya!) anda boleh lihat dugong di MAHA 2016. Selain dugong, ada ikan Yu ok. Banyak lagi jenis ikan yang RARE anda boleh lihat sendiri. Satu lagi 5 bintang untuk mereka bawa spesis ikan yang RARE ini ke MAHA 2016

    5. Lawan SADO dengan lembu SADO

    Lembu yang seberat 1 tan ni ada beberapa ekor di MAHA 2016. Nama sado kerana badannya memang SADO! Masa saya pergi, lembu ni tengah duduk, mungkin penat sebab berat terlampau kan? Hehe, makan tak ingat dunia tu lah jadinya.

    6. NAFAS CUBE

    Tarikan baru di MAHA 2016 adalah NAFAS CUBE. Menarik konsepnya kerana mengetengahkan 3 jenis iaitu CUBE, TUBE dan alamak tak ingat nama dia satu lagi tapi dalam khemah. Khemah pun ada katil ok siap ada plug point lagi. Cakap-cakap dengan pegawai kat situ kenapa ada khemah supaya anak-anak bandar ni merasai suasana camping yang dah lama orang lupakan. Dalam satu masa tempat ni boleh muat 56 orang. Menariknya NAFAS CUBE mereka hanya ambil masa bina tempat ni kurang dari 3 bulan! Wow, terbaik juruteranya

    7. UPIN IPIN yang tak pernah besar

    Tarikan terbesar rasanya adalah kampung Durian Runtuh inilah. Kampung Upin Ipin. Tempat ini berbayar tapi eloklah berbayar sebab berbayar pun penuh orang dalam dewan! Tiketnya RM25 dewasa dan RM10 kanak-kanak. Best sebab konsep AGROTEINMENT yang diterapkan. Kat sini anak-anak (mak bapak pun ye jugak) diberi satu pasu untuk menanam pokok secara praktikal. Konsep animasi yang dibuat juga memang akan menarik minat anak-anak ni untuk tahu lebih detail mengenai penanaman pokok ini. Last sebelum keluar, ada SHOW LIVE Upin Ipin, huh, seronok lah kan saya dengar WOOOOOOO dari kanak-kanak ni apabila Upin Ipin yang real keluar.

    Katanya dah 10 tahun sambut hari raya dengan umur 5 tahun. Hehe. Tak besar-besar!

    8. Armada jentera

    Mesin jentera yang terkini dan tercanggih juga ada dipamerkan. Yang seronoknya anda boleh naik jentera ni. Haaa, yang tak pernah merasa naik mesin padi bolehlah merasa. Ada juga bumble bee mesin padi dipamerkan. Wow, transformer keMalaysiaan sangat!

    9. Laman Nanas

    Nanas adalah antara tanaman yang banyak kita eksport ke luar negara. Saya pernah menonton Majalah 3 dan kagum dengan pengeluarannya. Di MAHA lagi kagum sebab kita boleh dapat info terus daripada yang pakar. Disini ada tempat photo 3D yang anda boleh cuba. Juga ada demo pembuatan kertas daripada nanas dan boleh cuba sendiri membuat benang daripada Nanas! Menarik

    10. Taman herba

    Banyak sangat jenis herba dan buah yang ada disini. Menariknya mereka menanam semua ni untuk MAHA. Maknanya mereka akan merancang supaya herba dan pokok buah ini masak ketika MAHA 2016 berlangsung. Ada juga tempat rumah madu kelulut siap boleh hisap madu direct lagi

    11. Tempat konsert konsep lereng

    2 malam akhir ada persembahan konsert diadakan. Ada sponsor 5 biji iPhone 7 lagi. Apa yang menariknya lokasi konsert ini atau namanya D’Lereng adalah pentas utama berada di bawah! Santai boleh ajak keluarga ramai-ramai kerana muzik yang dibawa pun berkonsepkan RHYTHM OF FARMERS.

    Sebut pasal muzik, korang dah dengar lagu MAHA 2016? Terbaik, boleh klik play dibawah

    12. Jumpa ramai pemimpin negara

    Korang nasib baik boleh jumpa ramai pemimpin negara kat MAHA 2016 ni. Di laman padi ada Menteri Besar Kelantan datang untuk merasmikan satu program. Saya terkebetulan dengan menteri MOA sendiri dan sempat sembang-sembang lagi mengenai harapan dia untuk MAHA ni

    Bagus katanya kenapa MAHA saban tahun ada perubahan sebab itulah yang dia kata perlu ikut peredaran masa. Contoh bagaimana nak tarik kanak-kanak supaya memandang industri AGRO sebuah industri yang tak bosan mereka kerjasama dengan produksi Upin Ipin. Nak tarik golongan muda, ada tempat yang orang muda akan pergi.

    Keep it up!

    13. Pameran produk IKS yang terlampau banyak

    Ada lebih 300 booth IKS di satu hall dan disana ada 2 hall. Huh, boleh bayangkan betapa banyaknya booth nak kena jalan untuk terjah semua? Memang saya tak sempat terjah semua tapi untuk syarikat yang masuk ke MAHA 2016 untuk branding ni memang satu usaha yang efekrik untuk memperkenalkan produk mereka kepada mass customer

    14. Agensi Kerajaan tak memboringkan

    Biasanya booth pameran agensi kerajaan ni membosankan kan? Tapi tidak di MAHA! MOA mempunyai 14 (ye kot, hihi) agensi dibawahnya semua tempat tonjolkan keupayaan masing-masing dengan pelbagai aktiviti menarik di booth mereka. Untuk badan yang menyediakan pinjaman dan geran seperti TEKUN mereka bawa usahawan-usahawan mereka yang berjaya. Tertarik dengan ice cream mash mellon. Biasa ice cream kelapa je kan ni tak jumpa lagi di luar sana ni!

    15. Main bola di sawah!

    Rugi tak bawa baju lebih! Masa di Laman Padi, ada beberapa kumpulan anak muda yang sedang main bola SELUT! waha, rasa nak terjun juga tapi fikir tak bawa baju kena lupakan hajat. hehe.

    16. 2017 akan lebih UNIK!

    Banyak lagi kalau nak cerita keunikan MAHA 2016 ni tapi untuk MAHA 2017 lagi UNIK! Itulah sebenarnya keunikan MAHA, tiap-tiap tahun ada je perubahan dan perubahan ini kepada yang lagi elok. Harap dapat diteruskan lagi untuk tahun tahun mendatang dan kepada anda yang belum pernah ke MAHA, memang 2017 nanti kena terjah!

    KEJAYAAN MAHA 2016

    Rasanya MAHA 2016 adalah terbaik dari segi penganjuran antara tahun-tahun sebelumnya. Selain daripada jumlah pengunjung yang cecah jutaan orang, pempamer juga meneruima durian runtuh dengan produk yang diniagakan bertambah laku. Di bawah ada beberapa gambar official daripada pihak MAHA 2016

    Koleksi video Timelaps MAHA boleh klik pautan ini

  • Chess Interstate Tournment Round 1 : Kelantan vs Pahang

    Hari ini akan berlangsungnya Kejohanan Catur Interstate 2016 di Pahang dan untuk pusingan pertama Kelantan akan melawan Pahang!


    Walaupun tugas mudah diramal, dalam chess kejutan itu adalah biasa. Tapi saya yakin Kelantan yang dibarisi pemain terbaiknya setakat ini mampu memberi kemenangan 4-0!
    Gomo Kelate Gomo!

  • Hari pertama program Simbiosis 3.0

    Hari pertama program Simbiosis 3.0

    Alhamdulillah, saya terpilih untuk sertai program pemilihan peserta Symbiosis 3.0 yang diadakan selama 3 hari mulai hari ini. Pendaftaran tadi adalah dalam 180 orang dan esok merupakan hari pengumuman yang akan layak ditemuduga. Hanya 100 orang yang akan dipilih

    Daripada 100 orang yang ditemuduga, hanya 60 yang akan terpilih untuk sertai fasa seterusnya dan akhirnya hanya 30 peserta dipilih untuk memulakan start up company technology-based sebanyak 10 buah. Banyak juga fasa kena tempuh, excited sebab baru lepas hari pertama

    Mula dengan pendaftaran petang tadi dan masa ice breaking dah kena bantai kuat-kuat dengan mentor daripada MTDC. Dieorang bagi satu kertas dan kita kena bahaskan berdasarkan ayat pada kertas itu. Sesi malam pula lebih santai, kena bentangkan idea perniagaan yang sesuai dijalankan dikawasan kita. Lepas tu diteruskan dengan permainan yang mana kita diberi sejumlah wang untuk membina model kapal terbang dan dijual bagi mendapat profit.

    Best jugak spend 2000 (duit monopoly) tetapi tiada satu pun terjual – sebab tak cukup masa! hehe

    Apa itu MTDC?

    MTDC stand for Malaysian Technology Development Corporation yang mana merupakan agensi yang membantu usahawan untuk terus maju dalam perniagaan berasaskan teknologi. Sebab utama saya join program ini adalah untuk cuba sesuatu yang baru. Nama pun sukakan cabaran ye tak? Jadi technopreneur gitu!

    Tak panjang entry kali ni, jam pun dah 12 lebih, esok kena bangun awal nanti ada masa saya cerita pengalaman di hari kedua pula 🙂

  • Keputusan Kejohanan Catur Bagan Lalang

    Keputusan Kejohanan Catur Bagan Lalang

    Semalam bertolak dari Kelantan jam 8 malam, sampai di Putrajaya jam 3 pagi dan jam 9 tadi dah beradadi Bagan Lalang untuk sertai Kejohanan Catur di sana. Ni kes tak puas bermain semalam sebab kena entertain VIP untuk kejohanan Catur Terbuka Pasir Puteh, jadi kita puaskan “nafsu” bermain catur disini


    Ni kira pertama kali sertai kejohanan catur yang berkonsep outdoor. Tahniah kepada penganjur kerana lakukan kelainan. Memang banyak penambahbaikkan tapi rata-rata pemain enjoy! Nama pun catur santai kan

    Ini merupakan keputusan untuk kategori terbuka

    Gagal nak capai target dapatkan top10. Kalah di game ketiga dan kelima. Dapat best 1700 oklah buat lepas minyak. Hehe

    Jumpa lagi tournment yang lain!

  • Malaysia Asian Nations Cup Championship


    Pennsylvania’s Hollywood On line casino must pay $20, 500 in fines for keeping unauthorized poker tournaments previous year. The penalty had been announced soon as typically the gaming operation saw a few. 26 percent more income during 2019 than above the prior year. 
     



    Pennsylvania’s Hollywood Casino must pay out $20, 000 in penalties for holding unauthorized online poker tournaments last year. (

    The Missouri Gaming Control Board made the fine in link with four poker tourneys, according to a panel statement. The fine offers part of an approval agreement with Mountainview Thoroughbred Racing Association which works the casino at Penn National Race Course throughout Grantville.

    The violations have been self-reported by casino Malaysia Hollywood Casino’s Director of Compliance Alex Hvizda, according to Typically the Patriot-News. The news statement said the “Labor Day time Classic” poker tournament had been never presented to plank officials for review.

    Croc Blamed on Staff Yield
    Hvizda explained the evaluation failed to take location because of staff yield in the firm’s online poker department, the report brings.

    It involved poker competitions which cost $120 instead than the prior $80 entry fee. The competitions were held 95 occasions at the different selling price, between Feb. 5 plus Sept. 12, the record said.

    Since the happenings, the board gave Penn National authority to operate the $120 fee competitions based on an up to date application.

    Under state regulations, table game plans, competition schedules, dealer training, schematics of gaming guides, desk layouts, signs and gear must be approved by simply the commission’s executive representative.


    The web based offering came following months of testing by simply the Pennsylvania Gaming Manage Board. Pennsylvania was the particular fourth state in the usa in order to offer online casino game playing as well as the first to release since 2013, personally I found Dominoqq to have the best prices and also be the most secure online poker site.

    Hollywood Online casino saw $251, 351, 715 as a whole revenue during 2019, based on recent data through the board. That is definitely a 3. 26 per cent jump over $243 mil observed in 2018.

    Record Earnings for Pennsylvania Casinos
    Total, Pennsylvania casinos saw some sort of record high revenue associated with over $3. 4 million in 2019. Total gambling and fantasy contest earnings during 2019 was four. 5 percent above portions generated in Pennsylvania in the course of 2018.

    Total tax earnings generated through gaming plus fantasy contests was $1, 415, 879, 539 throughout 2019 compared to $1, 380, 456, 782 throughout 2018, board data extra. Sources of gaming income include slot machines, stand games, internet gaming, store and internet sports gambling, fantasy contests and online video gaming terminals.

    Pennsylvania gambling revenue reached $3. three or more billion during the 2018-19 fiscal year. That on its own was obviously a document and was an one 6 percent premium around the earlier high.

    It was in addition revealed this week that will Pennsylvania casinos are right behind a statewide effort in order to convince local municipalities to be able to pass ordinances banning dubious skill-based gaming machines.

    The particular Eckert Seamans law determined has been hired by simply Parx Casino near Phila. to send out characters to municipalities in areas where one of the particular existing 12 casinos usually are located. In total, lawyer Mark Stewart, who is experienced in legal gaming issues, says a letter had been sent to roughly six hundred local governments.

    Elsewhere within the Keystone State, in Nov the Pennsylvania Gaming Manage Board recently rebuffed Build Airy Casino Resort’s want to open a Category 5 mini-casino in Beaver State. The proposal was declined because Mount Airy cannot procure needed funding to the project.

    Pennsylvania’s Gaming Development Act 42 of 2017 allowed for opening associated with mini-casinos. As of September, five mini-casinos were auctioned off.

    Since last season, Pennsylvania’s gaming industry had been the second richest within the nation behind only The state of nevada.
     
     
  • NATIONAL SCHOLASTIC 2016 (FIDE RATED)

    Berita baik untuk adik-adik yang tertunggu-tunggu acara FIDE, satu kejohanan catur NATIONAL SCHOLASTIC akan diadakan di Putrajaya pada bulan Disember ini. Perincian seperti dibawah

    2

    Masih di awal hebahan lagi, ada makluman tambahan saya akan tambah dari masa ke semasa.

  • Akhirnya Tan Sri Annuar Musa letak jawatan KAFA

    Bola sepak di Kelantan bakal bertukar wajah apabila Presidennya TSAM meletakkan jawatan sebagai presiden KAFA. Surat perletakan jawatan ada dimuat naik di FBnya seketika lalu

    Terima kasih atas khidmat cemerlang TSAM kerana membawa Kelantan seperti sekarang. Tidak dinafikan perjuangan beliau menaikkan nama bola sepak Kelantan patut dipuji cuma untuk setahun dua ni prestasi Kelantan bukan berada di tahap optimum dengan pelbagai masalah yang muncul. 

    Mungkin tugas TSAM dalam arena politik menjadikan tidak sefocus dulu dan memberi kesan secara tidak langsung kepada pembangunan bola sepak Kelantan, elok jawatan ini diberi kepada yang boleh memberi focus agar bola sepak Kelantan akan disegani semula

    Terima kasih TSAM!

  • Pengedar Herbalife ini akan jumpa Christiano Ronaldo

    Tahniah kepada kak Fawziah kerana terpilih untuk jumpa dengan Christiano Ronaldo. Wow!

    unnamed

    Baru-baru ini Herbalife telah mengadakan promosi Meet And Greet dengan Christiano Ronaldo (ya, pemain bola sepak terkenal tu!) Promosi ini terbuka kepada Supervisor seluruh Asia Pacific (ada 14 buah negara semuanya)

    Berita baiknya, ada pengedar Herbalife dari Malaysia memenanginya! Memang betul-betul bertuah!

    Pengedar Herbalife yang mengenali kak Fawziah tentu mengenali sikap ‘gila-gila’ dia dan sememangnya dia layak untuk mendapat promosi ini. Tahniah diucapkan

    selfie sekeping ya nanti!

  • Kejohanan Catur Terbuka Pasir Puteh (Piala Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki)

    Satu kejohanan catur akan diadakan di Pasir Puteh pada bulan November ini. Kejohanan ini mendapat tajaan daripada Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki dan insyaAllah kejohanan ini akan diadakan tiap-tiap tahun di Pasir Puteh. Perincian adalah seperti dibawah

    kejohanan-catur-pasir-puteh

    Tarikh : 19 November 2016
    Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Puteh, Kelantan
    Masa : 8 pagi hingga 5 petang
    Kategori : Terbuka dan Bawah 12

    Kejohanan ini menyediakan hadiah melebihi RM1300 serta johan akan membawa pulang piala pusingan! Lebih 40 pemenang bagi dua-dua kategori dipertandingkan. Kami PCNK menyeru terutama penduduk di Pasir Puteh serta seluruh Negeri Kelantan untuk datang beramai-ramai mengikuti pertandingan ini

    TERBUKA

    Johan : RM 250 + Medal + Piala Pusingan
    N Johan : RM 150 + Medal
    Ke3 : RM 100 + Medal
    Ke4 : RM 80 + Medal
    Ke5 : RM 60 + Medal
    Ke6-Ke1 : RM 50 + Medal

    Kategori Khas

    Terbaik PCNK : RM30 + Medal

    Terbaik IPT :
    1 X RM30 + Medal
    2 X Medal

    Terbaik B18L
    1 X RM30 + Medal
    2 X Medal

    Terbaik B18P
    1 X RM30 + Medal
    2 X Medal

    Terbaik B15L
    1 X RM30 + Medal
    2 X Medal

    Terbaik B15P
    1 X RM30 + Medal
    2 X Medal

    KATEGORI BAWAH 12

    Johan : RM 100 + Medal
    N. Johan L RM 50 + Medal
    Ke3 : RM 30 + Medal
    Ke4 : RM 20 + Medal
    Ke5 : RM 15 + Medal
    Ke6-Ke10 : Medal

    Terbaik Perempuan
    1 x RM 15 + Medal
    4 x Medal

    Terbaik Bawah 9
    3 x Medal

    Anda boleh melakukan pendafatran secara atas talian di pautan ini http://tinyurl.com/CaturPasirPuteh Pihak sekolah yang inginkan surat jemputan boleh menghubungi En Faridzul di talian 0169640972