CEO baru Herbalife – Richard Goudis
November 2016 yang lepas, Micheal O Johnson membuat pengumuman akan menarik diri menjadi CEO Herbalife dan berkuatkuasa 1 Jun 2017, CEO baru Herbalife adalah Richard Goudis. Goudis bukan nama yang baru dalam Herbalife sebab sebelum ini dia menjawat jawatan CFO dan terbaru COO sebelum dilantik menjadi CEO yang baru. Michael O Johnson cukup popular di kalangan pengedar Herbalife kerana sepanjang menjawat jawatan sebagai CEO telah membawa Herbalife sehingga ke 94 buah negara keseluruhannya sehingga kini. Dia yang memberi laluan kepada Goudis kini menjawat jawatan sebagai Executive Chairman
Herbalife yang sejak 1980 penubuhannya sehingga sekarang mempunyai 3 CEO yang pernah menjawat jawatan ini. Diharap Goudis yang sememangnya orang yang hebat dari segi ‘innovation’ dapat membawa Herbalife lebih jauh dengan misi dan visi yang lebih power.
Secara personal, daripada CFO, kepada COO dan sekarang CEO saya rasa dia sememangnya layak dan sangat berharap ‘tempias’nya dapat sampai ke Malaysia 🙂
WELCOME NEW HERBALIFE CEO!