Jamuan Raya PERAKAN Sungai Petani
PERAKAN atau Persatuan Anak Kelantan Perantauan cawangan Sungai Petani mengadakan jamuan raya pada hari Jumaat lepas. Mula-mula terlihat iklan dipost oleh ustaz Aziz di dalam group PsP, terus contact dan alhamdulillah Jumaat lepas sempat join
Walaupun tak banyak, sempat saya sponsor satay ikan (fb.com/satayikanonline) untuk memeriahkan suasana
Paling tak boleh lupa – gulai kawah thorbaik dari pakteh and the geng. Rasa rugi pula tak join gotong royong pagi Jumaat tu, boleh belajar resepi live! Ada hal lain pagi tu, sebab tu takleh join
Acara pula saya tak stay sampai habis, anak meragam. Terpaksa balik awal. Kalau stay mungkin dapat cabutan bertuah kot? Hehe. Sempat layan dikir barat
Apa2 pun, tahniah kepada PERAKAN cawangan SP kerana menganjurkan acara seperti ini. Harap tahun depan ada lagi 🙂