Kenapa anda perlu guna Catch That Bus

Sejak menjadi pengguna tegar bas ni, saya memang mencari alternatif untuk jadikan tiket bas tu murah. Kalau satu perjalanan jimat RM2, 10 perjalanan dah RM20 ye tak? Sebab tu dengan secara tak sengaja saya terjumpa applikasi Catch That Bus!

Catch That Bus

Ia merupakan satu applikasi tempahan BAS EXPRESS. Bagi anda yang tak nak ke stesen bas semata-mata untuk beli tiket bas (macam saya) boleh menempah bas, siap boleh pilih seat lagi hanya dihujung jari sahaja. Prosesnya tak lama dan sehingga saya menggunakan applikasi ini hanya terdapat 1 masalah. Tu pun masalah yang apabila saya contact customer support mereka, siap pulangkan balik lagi duit tu 🙂

Diskaun

Jika dulu, anda menempah bas express dengan mereka, transaction yang lepas mereka akan berikan kupon RM2 jika anda share di social media anda. Siapa tak nak benda diskaun ni kan? Tapi sekarang, promosi tu dah ditamatkan dan diganti dengan wallet. Apabila anda mendaftar dengan mereka, anda akan diberikan RM10 credit wallet dan anda boleh gunakan untuk pembelian tiket anda. Ada syarat dia, hanya 25% sahaja boleh digunakan untuk setiap transaksi. Oklah, pembelian pertama selepas mendaftar anda jimat RM2.50, pembelian kedua jimat RM1.80!

Harap mereka boleh tambah features untuk refferal. Oh ya, entry ini bukan entry berbayar ya. Ia entry penulisan dari pelanggan yang berpuas hati 🙂

Improvement?

Saya harap sangat ada applikasi yang menghantar barang menggunakan bas ekspress. Bisnes satay ikan saya memang menggunakan bas ekspress untuk menghantar produk saya. Dari Kelantan ke Sungai Petani, satu kotak driver bas cas RM20. Saya rasa jika dibuat secara sistematik, model bisnes ini boleh pergi jauh. Sekarang ni kebanyakan operator bas ‘tak pandai’ buat bisnes, mereka cas terlampau mahal dan end up customer ‘kawtim’ dengan driver dan driverlah yang dapat duit tambahan. Jika operator boleh sediakan perkhidmatan ini dengan lebih murah, sudah pasti mampu bagi source income lebih kepada syarikat

Pihak CatchThatBus boleh proposed dengan mereka untuk sediakan platform, pasti ramai yang akan menjadi pengguna setia 🙂

Kesimpulan

Tak cuba tak tahu. Anda cubalah sendiri perkhidmatan mereka. Available untuk IOS dan juga Android. Pendaftaran pertama RM10 tau dapat. Daftar cepat2 🙂

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.