Nak Ubah Hidup 2020 #NUH2020
Tamat sudah program Nak Ubah Hidup 2020 anjuran Richwork Sdn Work yang berlangsung pada minggu lepas. Ini event ke 3 rasanya yang saya hadir ke kelas Dr Azizan ni, dah lama sebenarnya tak join sejak pulang belajar dari UK lagi rasanya tak pernah join, ni baru berkesempatan untuk join
Tiada sebab lain untuk join melainkan nak dapatkan networking
Sebenarnya kalau join program seperti NUH2020 ni, ada 3 benda yang kita akan dapat yang kita tidak tahu dan ramai yang termiss benda ke 3 tu. Apa dia?
1.Ilmu
Ilmu yang Dr Azizan bagi semasa kelas ni memang bagi saya ada yang baru dan banyak yang ada di buku dan youtube. Hujung jari sahaja boleh akses benda tu. Cuma ya lah, kalau kita berguru dengan tiada guru ni, adab dia tiada. Jadi seeloknya kita sertailah kelas kelas seperti NUH2020 dan dapatkan ilmu sebaiknya
Cuma mungkin tiada tempat lain adalah ilmu pengalaman hidup orang lain. Haa itu yang mahal dalam kelas Dr Azizan. Sebab dia sememangnya dah lama dalam bidang ni mengajar orang untuk menjadi kaya dan berjaya, maka ramailah anak muridnya yang berjaya. Jadi perkongsian pengalaman dalam ilmu mereka memang priceless dan tidak ada di tempat lain
Ilmu ini akan pudar kurang dari 12 jam jika kita tidak ulang kaji balik
2.Motivasi
Saya boleh validate memang selepas hadir ke kelas NUH2020 ni memang motivasi naik 200%. Haha, memang kat kelas perniagaan lain yang naik atas kerusi, bersorak gembira tu biasa tapi dalam NUH2020 ada yang lagi luar biasa. Saya sangat suka bahagian bagaimana kita tukar benda negatif menjadi sesuatu yang memberi energy kepada kita
SWITCH – Haaa part ni memang meremang bulu roma habislah. Rasanya sangat berkesan untuk dapatkan motivasi kita selalu tinggi. Boleh dibuat semasa bangun 5 pagi nanti. haha
Tapi itulah, setinggi mana motivasinya pun, kurang 18 jam daripada habis event ia akan pudar
3.Networking
Ini adalah benda yang saya cari di mana mana acara perniagaan. Networking. Networking atau kenalan baru dalam bisnes ni sangat penting. Kita bercakap, bertegur sapa dengan peserta dalam kelas tu mungkin dia tu boleh jadi supplier kita, dapat akses terus dengan bos (sebab bos biasa datang event macam ni) atau mungkin bakal client kita yang memang mencari produk atau service seperti kita dan mungkin juga boleh jadi partner kita di kemudian hari
Saya perasan benda ni yang jarang orang kita grab. Seperti program NUH ni, kita ada lebih kurang 13000 yang boleh menjadi kita punya new networking. Tapi saya perasan, tak ramai yang bersembang dan berkenalan antara satu sama lain. yang ada pun bersembang dengan kawan yang sudah jumpa atau main telefon ketika rehat
Sayang sekali sebab networking yang kita bina akan kekal selama lamanya walaupun event itu sudah habis
Ok, cukup dulu mukaddimah. Haha panjang betul entry ni
TENTANG PROGRAM NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020
Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.
Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam. Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, kami dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka.
Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.
Saya harap usahawan yang masih tiada mentor bolehlah berguru dengan Dr Azizan ni, memang program yang mereka Richwork anjurkan sememangnya memberi impah kepada kita (Ya, saya pun usahawan)
Kepada anda yang mahu menyertai program ini di waktu yang lain, boleh layari website rasmi NUH2020 di pautan ini. Memang recomended!
Jumpa lagi di sesi yang akan datang