Rabu lepas baru saja menghadiri acara sesi “SPEAKER SHARING SESSION” bersama founder dan CEO MR ABSORBER, Tuan Annas di Bangi. Acara ini dihadiri lebih 20 orang ahli bisnes pelbagai latar belakang

.
Actually acara ni dah ke19 saya adakan, modelnya adalah saya invite kawan kawan yang mencapai jualan 3 juta keatas setahun untuk berkongsi pengalaman bisnes dengan kawan kawan yang lain
.
Selain dapat ilmu, peserta yang join juga dapat bernetworking sesama kita
.
Dan Rabu lepas, sesi bersama Mr Absorber
.
Mr Absorber ditubuhkan lebih 10 tahun yang lalu, dengan permulaan hanya menjual sparepart di platform Mudah, dan mempunyai kedai kecil di Seksyen 7 Bangi, kini Mr Absorber sudah menjangkaui lebih 45 outlet di seluruh Malaysia dengan jualan lebih 10 juta setahun. Outlet di Bangi juga dah pindah ke bengkel yang lagi besar dan cantik

Perancangan mereka adalah untuk membuka sehingga 150 outlet lagi di seluruh Malaysia sebelum 2030 ini dan kenapa angka itu dipilih disebabkan permintaan sekarang cukup tinggi dengan jumlah outlet yang ada sekarang. Saya rasa dengan kekuatan team Mr Absorber ada sekarang ni jumlah itu mampu terlaksana!
.
Saya tertarik dengan pertanyaan peserta bagaimana dia uruskan staff yang ramai dan katanya dengan sistem pengurusan yang cekap. Tak tahu, dia masuk kelas untuk belajar dan paling penting adalah bersedia untuk serahkan tanggungjawab kepada team untuk handle

Sesi kali ini juga saya dapati ramai yang ‘1st timer’ join, ada yang buka spa, ada yang ada kilang kayu dan pelbagai latar belakang lagi
.
Sesi seterusnya adalah dengan CEO Sate 7 Pagi, kalau korang berminat nak join, boleh daftar di pautan ini