Tag: chess

  • 1st Help University Chess Tournament 2017

    1st Help University Chess Tournament 2017

    Semakin banyak Uni tempatan yang adakan pertandingan catur di Uni mereka. Terbaik!

    Untuk mendaftar anda boleh layari blog rasmi mereka disini Dah lama tak masuk tournment ni, rasanya kali ni nak main disana lah. jom?

  • Pengalaman menganjurkan kejohanan catur di Kedah

    Alhamdulillah, berakhir sudah SUNGAI PETANI AGE GROUP CHESS CHAMPIONSHIP semalam. Lebih 90 peserta mengambil bahagian semalam dan segalanya berjalan lancar.

    Ini merupakan kejohanan pertama yang saya anjurkan luar dari negeri Kelantan. Kalau kat Kelantan tu dah biasa sangat dah, tahun ni cuba nak anjurkan di luar pula dan Kedah dijadikan pilihan sebab memang dah tinggal sini ye tak. Kenalah berbakti kepada bumi diduduki. hehe

    Pengalamannya? SUPER BEST!

    Banyak benda baru belajar semalam, nasib baik member2 di Kedah ni semua sporting boleh ‘pejam mata’ dengan kekurangan. hehe. Tak sangka juga dapat dewan MPSPK yang super besar tu, Alhamdulillah semua berjalan lancar

    Ada beberapa perkara yang boleh ditingkatkan untuk penganjuran akan datang

    • Promosi offline. Tak banyak buat promosi oflline sebab desakan masa. 3-10 hari tu ada kursus memang semua promote online je. Sepatut bagi juga surat kepada sekolah tapi tu lah, tak sempat 🙂
    • Pendaftaran. Ingatkan kat Kelantan je jenis tak suka daftar online ni, Kedah pun sama. huhu, Susah nak baiki tabiat orang kita last minute baru nak daftar dan daftar pun ‘ala-kadar’ je dan akibatnya susah kepada penganjur untuk cari balik info sebab urusan NR ni leceh jugak. Tarikh lahir, No Mykin/Kad pengenalan semua tu

    Tu je dulu boleh kongsi. InsyaAllah lepas ni akan ada lagi kejohanan di Sungai Petani. Kita buat bersiri, bagi tiap-tiap bulan ada. haaaa, main chess sampai muntah gitu!

    Terima kasih kepada ibu bapa yang support dan juga player catur Kedah yang datang untuk sertai. Next time datang lagi yaaa 🙂

  • NATIONAL SCHOLASTIC 2016 (FIDE RATED)

    Berita baik untuk adik-adik yang tertunggu-tunggu acara FIDE, satu kejohanan catur NATIONAL SCHOLASTIC akan diadakan di Putrajaya pada bulan Disember ini. Perincian seperti dibawah

    2

    Masih di awal hebahan lagi, ada makluman tambahan saya akan tambah dari masa ke semasa.

  • Alexandra Botez mungkin akan jadikan anda minat bermain catur

    Alexandra Botez mungkin akan jadikan anda minat bermain catur

    Viral beberapa hari ini dengan gambar seorang gadis yang cantik. Dia dimaksudkan adalah Alexandra Botez

    Sekali tengok, haish susah ni nak lawan kalau berdepan

    alexandra botez

    Tapi hakikatnya, jika anda mempunyai rating 2000 kebawah, memang susah untuk lawan dengan dia. Kecantikan rupanya setanding dengan cantik rating yang dia miliki. 2092! 2013 dia juga mendapat title WFM! Jadi, harap nak tackle dengan ajak lawan chess mungkin bukan idea yang bagus 🙂

     

  • Rompin International Chess 2016 

    Rompin International Chess 2016 

    Awal bulan October mungkin merupakan tarikh yang menghimpunkan acara kejohanan Catur yang menyediakan hadiah yang besar-besar diadakan. Selain Langkawi, kejohanan di Rompin ini juga menawarkan hadiah yang lumayan

    Save the date :)​

  • MRSM Merbok Chess Challenge 2016

    MRSM Merbok Chess Challenge 2016

    Saya memang pantang kalau ada chess tournment. Tambah2 lagi Dekat dengan kawasan rumah, memang akan pergi untuk sertai. 30hb sebenarnya banyak Kejohanan Catur diadakan, rancangan asal nak sertai yang di dungun tapi tak cukup orang (sebab main team) join ajelah yang ada berdekatan

    Asalkan boleh tolak buah chess dah ok!

    Pagi tadi ke MRSM Merbok, lokasi pertandingan. Agak lewat sampai tapi dapat bermain permainan pertama tanpa disadvantage masa. Berada kat seeded no4, memang hari ni tak betul sikit mainnya 🙁

    Game pertama draw
    Game kedua draw lagi!
    Game ketiga menang
    Game keempat kalah!
    Game kelima menang

    Game keempat frust jugaklah kalah, position dah advantage, masuk endgame jadi hancur. Terpaksa menerima kekalahan. Elok je lepas game kelima, rehat terpaksa bergegas ambil isteri untuk masuk butik dan datang semula habiskan dua game terakhir. Dua game terakhir menang

    Rasa kena banyak improve lagi terutama endgame. Haishh dari dulu lagi tak satel masalah endgame ni, mungkin kena pergi bertapa kot, bersara tak main chess… Oppsss, tak boleh tak boleh!

    Tahniah kepada penganjur, memang terbaik terutama masa tak lari banyak. Next tima boleh adakan lagi 🙂