A&W menjadi bualan hebat netizen dua tiga hari ni sebab mahu ‘sindir’ video viral perbualan songsang daripada Pengarah JKOM dengan anak buahnya. Walaupun sudah dinafikan video itu edit tapi macam biasalah netizen kita kreatif hingga mengaitkan jenama makanan itu dengan mereka berdua
A&W tu Allen and Wright
Bukan Agus and Wahab
Sejarah A&W
1919 Allen meniaga tepi jalan jual root beer untuk dijual kepada askar2 balik dari perang dunia pertama
Wright yang merupakan staff Allen nampak potensi dan ajak bossnya buka restaurant di California
Mereka glamer di US sebab customer bleh minum dalam mug yang disimpan dalam freezer dan disediakan oleh pelayan berpakaian sexy
1950, founder jual syarikat ini. Dikatakan A&W merupakan brand pertama yang berjaya dalam konsep franchising ni
Syarikat ni bertukar milik lebih 5 kali hinggalah sekarang
Zaman kegemilangan mereka pernah capai 2400 outlet seluruh dunia
Di Malaysia
Di Malaysia start pada tahun 1963 oleh Mr n Mrs Liebof. Mula mula susah nak tembusi pasaran tapi setelah mereka ubah menu sesuai dengan orang tempatan, mula digemari anak remaja
Kemudian Eng Food amek alih few decades
Then KUB pulak amek few years
Last 2018 dijual kepada Inter Mark
Sekarang A & W Malaysia fully owned by Intermark (49%) dan Pan Malaysia Corporation (51%)
Pan Malaysia tu syarikat listed, ada few brand jugak FnB under dieorang dan mereka ahli under MUI group yang juga listed di Malaysia
Jadi sekarang kalau nampak A&W dah kembali “ok” disebabkan pengurusan baru. Mereka spend 20 juta untuk expand brand ni dan tengoklah adakah mereka boleh bersaing dengan fast food chain yang lain
Santai Networking. Saya memang plan nak balik ke Kelantan uruskan bisnes family. Kami dalam perancangan nak convert futsal kami sedia ada kepada dewan perkahwinan. Bisnes futsal ni nampak tak boleh nak go dia punya revenue, jadi kita kenalah evolve berubah kepada yang mana ada demand tinggi
Kali ni balik agak lama – 5 hari jadi hari terakhir saya disana tiba tiba muncul idea, jomlah jumpa dengan kawan kawan usahawan di Kelantan ni
Saya wasap Abe Cerah, nampak dia ada buka Cafe lawa di Bachok untuk jadi host dan dia pun alu alukan. Apa lagi, terus post di facebook dan alhamdulillah 13 orang usahawan yang akan join
Cuma biasalah, last last minute jadi 19 orang. haha. lain macam orang Kelantan
1. Faridzul Asyraf (Safari Group) 2. Asraff Jeffery (Hattori Coffee) 3. Mohd Hafiza (Pusat Tuisyen Satelit) 4. Syahmie (Jiwa Tekad) 5. Amin che hassan (abj petshop) 6. Firdaus Hanapi – Emas Hanapi 7. Nadiah Jafri – NGOFEE 8. Amar (IQI) 9. AHMAD FARIS BIN IBRAHIM (FZ Land Sdn Bhd) 10. MOHAMAD FAHMIN BIN IBRAHIM (FZ Land Sdn Bhd) 11. Wan akmal (El Dinari Catering) 12. Faizol Shazwan (Fizow Kitchen)
Saya sampai disana jam 8.20pm. Cukup best, vibe sangat positive disini. Pantai kan. Terus ke kaunter untuk order dan tunggu yang lain untuk sampai sama. Hattori Coffee ni memang lain macam
Tak tunggu lama, dalam 8.40pm tu dah kebanyakan hadir. Kami berbual santai sambil menunggu makanan sampai. Dah nama pun Santai Networking jadi kita santai santai ajelah. Plannya nak tunggu makanan siap sampai baru start macam berkenal kenalan, tapi jam dah 9.45pm saya rasa dah lewat jadi kita teruskan ajelah
Saya mulakan majlis dengan brief mengenai acara ini dibuat.
Saya minta yang datang perkenalkan diri dan offer apa yang boleh diberi kepada kawan kawan yang lain. Sometimes kita ada skill yang orang tiada jadi bolehlah kita offer kepada kawan kawan kita
Lebih kurang jam 10.30pm, lengkap semua perkenalkan diri
Sebab cafe pun tutup jam 11pm dan tak mahu ambil masa staff disana, kami tamatkan acara dengan bergambar di bawah. Terima kasih yang datang!
Boleh buat lagi
Saya rasa acara seperti ini boleh dibuat lagi. Kalau di Bangi ni saya buat Speed Networking Session setiap minggu, disana rasanya boleh dibuat 2 kali sebulan atau at least sekali sebulan. Seronok!
HNWI atau High Networth Individual ni merupakah golongan ‘kaya’ Di Malaysia ada lebih kurang 85 ribu golongan ini pada tahun 2023 dan dijangkakan 2027 angka ini akan meningkat kepada 160k (lebih kurang 2 kali ganda)
Nak jadi HNWI ni asset cair perlulah 1 juta usd
Menjadi “High Net Worth Individual” (HNWI), yang merujuk kepada seseorang dengan kekayaan bersih yang tinggi, mempunyai beberapa kelebihan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kekayaan juga membawa tanggungjawab dan sejumlah cabaran. Berikut adalah beberapa kelebihan menjadi HNI:
HNWI Kemampuan Kewangan
Mempunyai akses kepada sumber kewangan yang besar, yang membolehkan mereka melabur dalam pelbagai aset seperti saham, hartanah, dan perniagaan. Mereka juga dapat menikmati pelbagai perkhidmatan kewangan eksklusif seperti pengurusan kekayaan, perundingan cukai, dan perbankan peribadi.
HNWI tak risau mengenai duit
Kebebasan Kewangan
Dapat mengejar gaya hidup yang selesa dan mempunyai lebih banyak pilihan dalam membuat keputusan kewangan. Mereka mungkin dapat menyokong projek atau amal yang mereka sokong.
Dengan lebih banyak sumber kewangan, mereka dapat mendiversifikasi pelaburan mereka dan mengurangkan risiko kewangan. Rule duit ni memang lagi banyak duit, lagi kurang risiko
Akses kepada Peluang Pelaburan Eksklusif
Mereka boleh mendapat akses kepada pelaburan swasta, pelaburan ekuiti swasta, dan peluang pelaburan yang tidak tersedia kepada orang biasa. Sometimes jika join MBAN banyak peluang pelaburan yang khas untuk mereka sahaja
Akses kepada Perkhidmatan Eksklusif
Mereka sering kali mempunyai akses kepada perkhidmatan eksklusif seperti perjalanan, seni, budaya, dan kesihatan. Mereka juga boleh menikmati perkhidmatan peribadi yang lebih baik, seperti perundingan perubatan peribadi.
Kemampuan Untuk Mencapai Matlamat Kewangan
Dengan sumber kewangan yang mencukupi, mereka lebih mudah mencapai matlamat kewangan jangka panjang mereka, seperti persaraan awal atau pembiayaan pendidikan anak-anak.
Ok guys, dah tengok kebaikan jadi HNWI ni maka sama sama lah target jadi orang kaya ni. Jangan lupa saya pulak kalau dah tergolong kaya ni, jangan lupa akan asal usul. Good luck!
Ada satu genre berkaitan bisnes yang saya suka menonton di Netflix. Tak kira sama ada Korea, Jepun, atau Mat Saleh jika berkaitan genre bisnes saya pasti akan tonton. Terbaru adalah Trillion Game
Trillion Game
Kisah ini adaptasi dari manga. Terjual lebih 1.5 juta copies dan ditayangkan di Netflix bermula bulan ini – Oktober. Hujung minggu setelah menyertai AGM Koperasibangi.com otak agak drain memikirkan pelbagai benda saya decide untuk tengok netflix dan cerita Trillion Game ini di cadangkan oleh AI mereka.
Adaptasi dari Manga Trillion game
Macam biasalah, lepas 1 episod, 1 episod lagi dan end up 10 episod dihabiskan dalam masa sehari
Rating 8.5/10
Cerita Jepun ni memang susah tak best. Memang cerita mereka buatkan kita hook dan nak tonton dan tonton lagi. Personal rating saya bagi 8.5
Sinopsis
Kisah ini mengisahkan 2 orang sahabat yang mencipta nama menjadi orang terkaya di Jepun dengan menubuhkan syarikat diberi nama Trillion Game. Bermula dari ingin cari investor sehinggalah akhirnya berjaya menjadi kuasa besar bisnes, sememangnya banyak ilmu boleh belajar dari cerita ini
Strategi
Aha moment bagi saya dalam cerita ini episod 1 lagi yang mana apabila mereka ditawarkan dengan jumlah pelaburan yang banyak tapi memerlukan korban 51% saham mereka. Apa mereka buat tidak tolak tapi menggunakan peluang itu untuk mendapat pelaburan yang baru
Tak terfikir jugak, jadi ini mungkin strategi boleh digunakan oleh start up jika ada big company nak acquire dan kita pun belum ready nak serahkan, boleh gunakan tektik ini. Cuma tak bolehlah saya nak cerita habis korang kena tonton sendiri
Plot cerita ni saya sangat suka, lakonan juga sangat ok, pelakon juga berjaya mainkan peranan mereka. Cuma ending je tak berapa best dan tiada ‘kick’ sangat. Bagi saya boleh buat plot twist or jadikan ia ending yang lagi best untuk penonton
Berbaloi
Apa apa pun, memang berbaloi untuk spend 9-10 jam menonton series ini. Selamat menonton!
Petang Jumaat ni, dapat wasap dari Mandy, sales agent untuk Microleap mengenai peluang pelaburan p2p return yang agak tinggi dan masa yang singkat iaitu 18% per annum dan juga masa hanya 6 bulan
Saya pun sebenarnya dah lama tak tambah pelaburan p2p, maka saya pun check balance account ada lebih terus top up lagi 10 ribu
Risiko?
Apa apa pelaburan ada risiko, cuma untuk company ini telah dibuat due dilligence oleh pihak berwajib dan mereka rate sebagai MR5
MR5 ini adalah Medium risk. Kenapa saya berani 10 ribu sebab sebelum ini pun company ini sudah memohon permohanan yang sama sebanyak 2 kali dan dah habis bayar pun 2 kali ni. Ini pelaburan p2p yang menarik untuk diinvest
Kiranya ini kali ketiga, maka itu membuatkan saya bertambah yakin untuk invest kepada mereka
Jom kita study sikit mengenai company
Ini adalah produk microLEAP + patuh Syariah jangka pendek kami dengan Pembiayaan kontrak sebanyak RM500,000 dan kadar keuntungan tinggi 1.50% sebulan (bersamaan dengan 18% p.a) yang ditawarkan di platform kami.
Ringkasannya company ini memerlukan 500k dan kita sebagai investor diberi pulangan 9% selama 6 bulan
Ingin dimaklumkan kepada semua Pelabur bahawa pembayaran Nota Pelaburan ini adalah berdasarkan kaedah Pembayaran Belon di mana Penerbit akan membuat pembayaran Untung bulanan sahaja dan diikuti dengan pembayaran Prinsipal + Keuntungan pada tarikh pembayaran akhir. Tempoh pembiayaan adalah selama 6 bulan. Sila rujuk penjelasan di bawah mengenai struktur pembayaran balik dari Penerbit. Jumlah Pembiayaan : RM500,000 Kadar Keuntungan : 1.50% sebulan (bersamaan 18% setahun) Tenor Pelaburan : 6 bulan Kaedah Pembayaran : Pembayaran Belon Jadual Pembayaran Balik: Bulan 1 – RM7,500 (Keuntungan sahaja) Bulan 2 – RM7,500 (Keuntungan sahaja) Bulan 3 – RM7,500 (Keuntungan sahaja) Bulan 4 – RM7,500 (Keuntungan sahaja) Bulan 5 – RM7,500 (Keuntungan sahaja) Bulan 6 – RM507,500 (Prinsipal + Keuntungan)
Ini menunjukkan jadual pembayaran balik dan pelaburan p2p ini memang agak berbaloi untuk dilaburkan!
Ini brief mengenai company
Sejak 2001, STM Technologies telah beroperasi sebagai pengeluar pita pelekat di Malaysia, dengan kilang kami terletak di Shah Alam. Syarikat kami terutamanya berurusan dalam pita pelekat dan bahan pembungkusan, dengan tumpuan pada pembungkusan dan pita berfungsi. Produk kami dibekalkan kepada pelbagai industri, seperti makanan, automotif, elektrik dan elektronik, antara lain. Pelanggan kami terdiri daripada kedua-dua pengguna akhir, seperti kilang, serta pemborong, termasuk dalam sektor perkakasan, alat tulis dan perdagangan bekalan industri.
So, apabila baca ni, jika nampak ada duit extra bolehlah invest kepada mereka. Korang boleh daftar di pautan ini dan masukkan code refferal saya (232015) untuk menerima kredit percuma RM 10 dari platform.
Korang juga boleh komen dibawah jika ada sebarang pertanyaan dan saya akan menjawab dengan seadanya. Boleh juga berkongsi dengan saya jika ada pelaburan menarik di start up korang tahu. Good luck!
Dah 2 tahun bergelar pelabur di platform Micro-leap. Microleap merupakan platform yang diberi licence oleh Bank Negara Malaysia untuk menjalankan kegiatan P2P atau peer-2-peer. Untuk pengetahuan korang, BNM ada perkenalkan 2 entiti baru iaitu P2P dan juga ECF bagi menggalakkan lagi industri pelabur pelabur kecil di Malaysia
Microleap : How its work?
P2P ni ibarat kita bagi ‘hutang’ kepada syarikat yang ingin mendapatkan dana tambahan bagi membesarkan lagi syarikat mereka. Berbeza dengan ECF yang mana kita tawarkan saham dalam syarikat kita, memberi hutang ini lebih pendek jangkanya. Boleh dikatakan short term investmen juga untuk P2P ni
Posting ini saya nak cerita mengenai Microleap sahaja
Mudah saja sebenarnya dan korang boleh daftar dan tunggu pengesahan dalam waktu yang singkat. Selepas daftar, boleh pilih syarikat mana untuk diberi pinjam dan terus masukkan duit dan tunggu sama ada pelaburan itu diterima atau tidak
Jika diterima, maka bermulalah perjalanan pelaburan kepada start up korang! Tahniah!
Sedikit Tips
Platform ini tak terelak dari risiko. Walaupun dikawal selia oleh Security Commision tapi ada juga syarikat yang tak mampu membayarnya. Tapi risiko itu cukup rendah iaitu antara 1-2% sahaja. Sebab itu saya nasihatkan gunakan duit lebihan saja dan tak lebih dari 50k setahun buat pelaburan disini
Saya sendiri hanya 10k sahaja
2 benda yang kena kenal pasti adalah
Tahap risiko – cari yang sederhana dan rendah. Jika risiko tinggi maka default rate juga akan tinggi. Korang boleh lihat tahap risiko di setiap syarikat dan tahap risiko ini sudah dikenal pasti oleh pihak platform
Pulangan tinggi – cari yang 18% pa bagi maksimumkan pulangan korang. Jika program berlangsung selama 6 bulan maka pulangan yang akan dapat adalah 9%
Itu saja, jika berminat untuk bermula melakukan pelaburan di P2P korang boleh daftar di pautan ini dan masukkan code refferal saya (232015) untuk menerima kredit percuma RM 10 dari platform
Side Hustle adalah usaha yang kita lakukan untuk menjana pendapatan sampingan. Freelance, gig work dan sebagainya adalah contoh Side hustle
Saya terbaca satu posting menganai 2 orang Mat Saleh ni yang mana mereka membina satu platform AI dengan kos kurang dari 200usd dan dalam masa kurang 5 bulan berjaya menjual perniagaan mereka ini dengan angka 150k usd
Satu pelaburan yang sangat bagus. Jika dia boleh buat, kita juga mampu
Ada 2 jenis
1) Untuk pendapatan berkala
Yang ni biasa kita jual servicelah. Contoh pandai design website, jadi offer freelance buat website. Let say charge RM1500 untuk 1 website jadi kalau ada 2 client dah dapat RM 3000 sebulan
Bulan seterusnya ada 3 client dah dapat extra RM4500
Bulan seterusnya mungkin hanya 1 client sahaja jadi dapat RM1500
Yang ni tricky sikit sebab kena ada ilmu bisnes. Korang pandai buat apps, kena cari orang pandai buat jualan. Pakat dua orang, tubuh syarikat dan kembangkan apps tu hingga ada takers
Dah ada takers, juallah
Lepas tu buat lagi
Gunakan method yang sama dan jika ada takers tanpa berlengah terus sahaja jualnya
Nak berkesan mudah je, kena letak timeline. Timeline yang bagus adalah 6-9 bulan sahaja. If lebih kita dah jadi boring dan dah tak bersemangat
Kongsikan apa side hustle anda
Kongsikan dengan saya apakah side hustle yang anda tengah buat sekarang. Mana tahu ada peluang yang boleh kita terokai bersama. Kemahiran saya lebih kepada financing, bab operasi saya perlukan partner untuk jalankannya. Good luck!
Hari ni kita bedah SSM syarikat besar tapi baru yang claim sudah memiliki app MySejahtera
Cuma ada 2 benda berbeza dalam post ni, yang pertama adalah Pengurusan Data dan yang kedua adalah Pengurusan Syarikat. Kena faham dulu supaya tak buat tuduhan melulu
1) Pengurusan Data
Pertama kena faham mengenai cara bagaimana MySejahtera dibangunkan. Apps MySejahtera dibangunkan oleh syarikat local iaitu KPISOFT Sdn Bhd. Sebab mereka tak charge apa apa kepada kerajaan sebab bina atas dasar CSR jadi kerajaan tak keluar satu sen pun dalam pembinaan tu. Cuma data mesti diselia oleh kerajaanYang dibayar hanya kos maps Google dan SMS lebih kurang 10m. Data semua tu masih kuat dalam seliaan kerajaan, tiada kebocoran.
So yang kata kena jual tu, actually tak betullah. Ada juga yang kata dapat panggilan scammer lebih banyak seminggu dua ni (saya pun sama) dan claim kata dapat no daripada mysejahtera. Entah kenapa korang percaya saya pun tak tahulah, no peribadi kita tu sebenarnya banyak pihak boleh akses. Banklah, join contest apalah so kat situ pun dah leak dah. Kalau betul pun dia dapat no korang kat mysejahtera, takdanya dia nak cakap daripada mysejahtera
Ok nak lagi mudah macam niSaya sendiri ada 30k no tel hasil buat fb ads. So nak jual no tel ni nampak lebih seksi saya katalah no ni daripada mysejahtera. Orang pun beli dan saya pun happyTapi padahal no tu bukan dari mysejahtera pun, claim je lebih. Dah nama pun scammer korang percaya dah kenapa
Btw ni contoh tau, saya mmg bukan jenis jual data data ni dan cukup PANTANG dengan transaksi ini
Ok cukup part data, harap boleh clarifylah
2) Pengurusan Syarikat
Yang kecoh dua tiga hari ni adalah berkaitan dengan apabila kerajaan nak ambil alih beli system MySejahtera ni dan tiba tiba company lain yang mohon bukan company yang develop awal awal tadiMySJ Sdn Bhd ni syarikat yang baru ditubuhkan pada 23/9/2020. Dont wory sy dah beli SSM mereka dan tengok list of directors fuhhh orang besar besar semua dalam tu
+ Tan Sri Liew dan Dato Chuah – EcoWorld
+ Tan Sri Shahril – Ex CEO Sapura yang kecoh gaji 200k sehari tu
+ Tan Sri Megat Najmuddin – Chairman Sime Darby Plantation
+ 2 lagi ex KPI Soft company yg asal buat MySejahtera
Bagi shareholder pulak walaupun company baru 2020 tapi lebih 35 juta shares tau pemegang terbesar adalah revolusi asia which is own by TS Shahril dan ex KPISOFT tadi. Hasrat Budi pulak owned by Liew dan Chuah dan P2 Asset management yang tak kenal sangat rasanya proxy untuk somebody yang prominent figure jugak
Pendapat saya?
Sekali nampak macam strategy backdoor untuk dapat contract kerajaan lah. Ya lah mereka offer nak buat CSR bagi free guna which is kalau nak develop system macam ni kerajaan tiada kepakaran untuk siapkan dalam masa cepat. Then bila kerajaan nak beli melalui perolehan semua system tiba2 bertukar nama itu yang nampak something wrong
Cuma bagi saya ini strategi bijaklah. Dieorang boleh nampak “kebocoran” system kerajaan dalam perolehan ni which is kalau 200k keatas tak boleh direct nego tapi mereka bagi free so tiada perolehan kerajaan terlibat. Bijakkan. Haha
Benda ni sensitif sikit sebab mysejahtera tu kita guna selalu so kalau ada begini akan trigger isu safety untuk kita semua
Moving forward
Cuma kena ingatlah, bagi saya mysejahtera tu apps yang banyak potensi untuk dikembangkan lagi. KKM boleh buat super apps health untuk rakyat Malaysia apabila covid dah slowly jadi sebahagian daripada kita ni. Bayangkan kita boleh collect ubat kat hospital, buat appointment jumla doktor di apps tu je. Boleh jugak buat point utk set mereka yang derma darah bagi some perks. Macam macam lagilah kalau kreatif ni
Tanya saya pasal data leakage tu, takdenya ingat ke mudah ke nak jual data macam tu je sebab mesti kena lalui few agency. Setakat ada no tel dan claim dari mysejahtera sesiapa pun boleh claim So keep using mysejahtera, pasal syarikat ni bagilah depa satelkan
Tadi saja godek godek alexa.com sebab dah lama tak godek ranking website. Dulu masa aktof berblog, alexa rank ni memang satu web yang tools utama lah nak tahu prestasi website kita macam mana
Kejar rank!
Haaa, bukan saja mobile legend kita kejar rank tau, blog pun kena kejar rank jugak. haha. Saya type I T A L Y M E L A Y U . C O M dan nak check brapa rank sekarang. Tak expect tinggi pun tapiiii
Woaaa, rank 3 juta??
Like seriously website ecommerce camtu pun dia rank ya?
Actually masa PKP baru start last year, cuba bincang dengan partner nak buat bisnes apa untuk kelestarian syarikat. Ya lah, dah PKP dan banyak sektor ditutup, kenalah cari lubuk lain untuk make money dan fikir punya fikir, kita buat BISNES MAKANAN LAH
So itulah kisah dia bagaimana lahirnya italymelayu.com ni.
Menu
Apa yang kami jual di web ini adalah sebagaimana namanya lah. Menu ITALIAN. Dan di Italy makanan apa yang glamer sudah pastilah PASTA. Apa yang kami jual adalah PASTA BERKONSEPKAN CUSTOMIZE. Maksudnya apa, maksudnya korang boleh customize sendiri pasta yang korang nak buat
Menu yang boleh customized
PILIH PASTA – Mula mula korang pilih Pasta apa yang korang nak. Ada pilihan Fettuchine dan juga Spaghetti
PILIH SOS – Then korang bole pilih sos apa yang nak dimakan bersama. Ada dua juga iaitu Bolognese dan juga Carbonara
PILIH ADD ON – Yang ni untuk sebagai lauklah, Sekarang ni kami hanya buat meatball sahaja. so bolehah pilih nak 2 meatball ke, 3 ke, 4 ke, nak 10 pun boleh. Memang rekod sekarang ni orang beli 10 biji
PILIH CHEESE – Bagi yang suka cheezy kami juga buat tambahan mozarella cheese extra. Ada Larga dan juga Extra Large
So itulah dia Italymelayu.com Nanti saya ceritakan lebih details di masa mendatang. Rasa lapar la pula tengok makanan2 semua ni haha
Tamat sudah program Nak Ubah Hidup 2020 anjuran Richwork Sdn Work yang berlangsung pada minggu lepas. Ini event ke 3 rasanya yang saya hadir ke kelas Dr Azizan ni, dah lama sebenarnya tak join sejak pulang belajar dari UK lagi rasanya tak pernah join, ni baru berkesempatan untuk join
Tiada sebab lain untuk join melainkan nak dapatkan networking
Sebenarnya kalau join program seperti NUH2020 ni, ada 3 benda yang kita akan dapat yang kita tidak tahu dan ramai yang termiss benda ke 3 tu. Apa dia?
1.Ilmu
Ilmu yang Dr Azizan bagi semasa kelas ni memang bagi saya ada yang baru dan banyak yang ada di buku dan youtube. Hujung jari sahaja boleh akses benda tu. Cuma ya lah, kalau kita berguru dengan tiada guru ni, adab dia tiada. Jadi seeloknya kita sertailah kelas kelas seperti NUH2020 dan dapatkan ilmu sebaiknya
Cuma mungkin tiada tempat lain adalah ilmu pengalaman hidup orang lain. Haa itu yang mahal dalam kelas Dr Azizan. Sebab dia sememangnya dah lama dalam bidang ni mengajar orang untuk menjadi kaya dan berjaya, maka ramailah anak muridnya yang berjaya. Jadi perkongsian pengalaman dalam ilmu mereka memang priceless dan tidak ada di tempat lain
Ilmu ini akan pudar kurang dari 12 jam jika kita tidak ulang kaji balik
2.Motivasi
Saya boleh validate memang selepas hadir ke kelas NUH2020 ni memang motivasi naik 200%. Haha, memang kat kelas perniagaan lain yang naik atas kerusi, bersorak gembira tu biasa tapi dalam NUH2020 ada yang lagi luar biasa. Saya sangat suka bahagian bagaimana kita tukar benda negatif menjadi sesuatu yang memberi energy kepada kita
Macampelik kita je duduk. haha. Sakit kaki, jadi ada alasan hehe
SWITCH – Haaa part ni memang meremang bulu roma habislah. Rasanya sangat berkesan untuk dapatkan motivasi kita selalu tinggi. Boleh dibuat semasa bangun 5 pagi nanti. haha
Tapi itulah, setinggi mana motivasinya pun, kurang 18 jam daripada habis event ia akan pudar
3.Networking
Ini adalah benda yang saya cari di mana mana acara perniagaan. Networking. Networking atau kenalan baru dalam bisnes ni sangat penting. Kita bercakap, bertegur sapa dengan peserta dalam kelas tu mungkin dia tu boleh jadi supplier kita, dapat akses terus dengan bos (sebab bos biasa datang event macam ni) atau mungkin bakal client kita yang memang mencari produk atau service seperti kita dan mungkin juga boleh jadi partner kita di kemudian hari
Tun M pun datang, memang terbaik
Saya perasan benda ni yang jarang orang kita grab. Seperti program NUH ni, kita ada lebih kurang 13000 yang boleh menjadi kita punya new networking. Tapi saya perasan, tak ramai yang bersembang dan berkenalan antara satu sama lain. yang ada pun bersembang dengan kawan yang sudah jumpa atau main telefon ketika rehat
Sayang sekali sebab networking yang kita bina akan kekal selama lamanya walaupun event itu sudah habis
Ok, cukup dulu mukaddimah. Haha panjang betul entry ni
TENTANG PROGRAM NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020
Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.
Muka penat, tapi hati gembira gitu
Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam. Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, kami dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka.
Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.
Saya harap usahawan yang masih tiada mentor bolehlah berguru dengan Dr Azizan ni, memang program yang mereka Richwork anjurkan sememangnya memberi impah kepada kita (Ya, saya pun usahawan)
Kepada anda yang mahu menyertai program ini di waktu yang lain, boleh layari website rasmi NUH2020 di pautan ini. Memang recomended!