Blog

  • Jawapan sentap dari Syeikh untuk si penanya jika ada yang tak solat

    Jawapan sentap dari Syeikh untuk si penanya jika ada yang tak solat

    Ada seorang bertanya kepada seorang Syeikh perihal dosa kepada orang yang tidak menunaikan solat dari Syeikh ini dan memang jawapan yang diberikan cukup sentap!

    Berapa ramai kalangan kita yang lebih suka menjadi “tok hakim” daripada menjadi yang mengajak kearah kebaikan.

  • Doktor ini cakap orang Kelantan bijak sebab makan budu

    Doktor ini cakap orang Kelantan bijak sebab makan budu

    Kelantan adalah sebuah negeri yang unik. Rakyat Kelantan pula lagilah unik. Jika raya, pasti jalan jam menunjukkan betapa ramainya rakyat Kelantan yang berada di luar negeri. Saya sendiri pernah mengalami 16 jam perjalanan dari KL ke KB dek kerana kesesakan lalulintas masa raya!

    Dari segi kepandaian atau kecerdikan, majoriti rakyatnya cerdik pandai. Ini dapat dibuktikan dengan ramai orang Kelantan yang mendapat jawatan besar tak kira di sektor swasta mahupun kerajaan. Perniagaan memang boleh lihat sendiri tokoh-tokoh terkenal kebanyakkannya berasal dari negeri Kelantan

    Entry ini bukanlah mahu mengankat bakul orang Kelantan, cuma untuk kita berfikir – kenapa ramai orang Kelantan bijak-bijak?

    Doktor ini cakap, sebab budu!

    Mungkin alasan ini nampak “funny” tapi melalui status ini kita boleh tambah ilmu baru – penghadaman berkait rapat dengan IQ yang tinggi!

  • Kejohanan Terbuka Catur Merdeka 2016

    Kejohanan Terbuka Catur Merdeka 2016

    Satu kejohanan catur yang sangat menarik dari segi hadiahnya (yuran kecil hadiah besar) akan diadakan pada 28 ogos ini. Cuma berita buruknya tiada kategori Open ditawarkan. Tak mengapalah, 31 Ogos nanti banyak tournment open diadakan, tunggu pilih je 🙂

    Detail seperti dibawah

    13921108_10154359005134235_7887177573225882431_n

    Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi no di dalam flyers. Share untuk kemajuan catur di Malaysia. Semoga lebih banyak sponsor seperti Yayasan Pendidikan Cheras ni menyumbang untuk pembangunan catur di Malaysia

  • BLITZ Merdeka USIM 2016

    BLITZ Merdeka USIM 2016

    Ini dia peluang anda untuk beradu minda dengan barisan profesor serta ahli akademik universiti-universiti awam Malaysia! TYM akan dianjurkan bersempena Sukan Staf Universiti (SUKUM) peringkat kebangsaan di USIM, Nilai.

    13906865_727781734028391_4942926255867145425_n
    Keterengan lanjut boleh hubungi no di flyers

  • Kejohanan Catur Terbuka Langkawi 2016

    Kejohanan Catur Terbuka Langkawi 2016

    Berikut merupakan flyers untuk kejohanan catur di Langkawi

  • Rompin International Chess 2016 

    Rompin International Chess 2016 

    Awal bulan October mungkin merupakan tarikh yang menghimpunkan acara kejohanan Catur yang menyediakan hadiah yang besar-besar diadakan. Selain Langkawi, kejohanan di Rompin ini juga menawarkan hadiah yang lumayan

    Save the date :)​

  • Ini Cara CEO balas apabila staff salah sebut “bun”

    Ini Cara CEO balas apabila staff salah sebut “bun”

    Dunia sempadan ni, kalau digunakan dengan POSITIF, sebarkan hal yang POSITIF, kesannya mampu buatkan ramai tersenyum. Jika negatif, maka kesannya juga negatif. Terutama si pencari kesalahan, ada benda tak kena pasti ada cerita untuk ditulis seterusnya menjadi viral!

    Ini kisah situasi “negatif” yang bila diolah jalan ceritanya menjadi suatu pengalaman yang berharga.

    Seorang pelanggan yang datang ke Marry Brown menghadapi kesulitan untuk buat tempahan disebabkan perbezaan dialek

    Status yang ditulis ini menjadi viral sehingga lebih 4000 share dan mendapat perhatian daripada CEO Marry Brown sendiri!

    Tahniah kepada penulis status, disebabkan olahan ceritanya walaupun menghadapi kesukaran dalam mengambil tempahan tapi diolah menjadi jenaka telah mengankat PR pekerja yang mengambil tempahan itu. Hasilnya, pekerja itu sendiri mendapat pengiktirafan daripada CEO Marry Brown !

    Dato’ Joshua menulis di fbnya

    TERENGGANURIAN AND I’M PROUD
    Conversation between our Marrybrown Paka cashier with customer went viral with more than 4500 shares in few days. Marrybrown goal is to train and create job opportunities for the locals especially students and mothers. To pay bills for their study and family.

    Her name is Najihah bt Hassan. I have personally call her to thank you for deliver polite Marrybrown Way of servant attitute and repeat customer’s order. We send her the appreciation certificate for her passionate service and a RayaBao from me.

    Maintain your root — everything else is secondary.

    Kita tak tahu tulisan kita yang mana mampu menjadi viral. Elakkan menulis sesuatu yang negatif. Banyakkan menulis yang positif 🙂

  • Pengasas Mydin kembali ke rahmatullah

    Pengasas Mydin kembali ke rahmatullah

    Dunia perniagaan di Malaysia akan merasa kehilangan yang cukup besar setelah pengasas Dan pengerusi Mydin Mohamed Holdings, Mydin Mohamed telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi, 1 Ogos 2016


    Beliau yang sememangnya antara tokoh perniagaan yang besar di Malaysia banyak memberi sumbangan kepada peniaga kecil dalam program TUKAR dan KR1M
    Daripada menjual alatan permainan di kedai kecil di Kota Bharu pada tahun 1957 kini Mydin Holdings merupakan nama yang cukup gah dibawah inspirasi arwah

    Sama-sama sedekahkah Al-fatihah kepada arwah, semoga rohnya tenang disana

  • MRSM Merbok Chess Challenge 2016

    MRSM Merbok Chess Challenge 2016

    Saya memang pantang kalau ada chess tournment. Tambah2 lagi Dekat dengan kawasan rumah, memang akan pergi untuk sertai. 30hb sebenarnya banyak Kejohanan Catur diadakan, rancangan asal nak sertai yang di dungun tapi tak cukup orang (sebab main team) join ajelah yang ada berdekatan

    Asalkan boleh tolak buah chess dah ok!

    Pagi tadi ke MRSM Merbok, lokasi pertandingan. Agak lewat sampai tapi dapat bermain permainan pertama tanpa disadvantage masa. Berada kat seeded no4, memang hari ni tak betul sikit mainnya 🙁

    Game pertama draw
    Game kedua draw lagi!
    Game ketiga menang
    Game keempat kalah!
    Game kelima menang

    Game keempat frust jugaklah kalah, position dah advantage, masuk endgame jadi hancur. Terpaksa menerima kekalahan. Elok je lepas game kelima, rehat terpaksa bergegas ambil isteri untuk masuk butik dan datang semula habiskan dua game terakhir. Dua game terakhir menang

    Rasa kena banyak improve lagi terutama endgame. Haishh dari dulu lagi tak satel masalah endgame ni, mungkin kena pergi bertapa kot, bersara tak main chess… Oppsss, tak boleh tak boleh!

    Tahniah kepada penganjur, memang terbaik terutama masa tak lari banyak. Next tima boleh adakan lagi 🙂

  • Cara terbaik memahami istilah pemasaran

    Sesuatu perniagaan akan “bungkus” jika pemasaran tidak dijalankan. Pemasaran atau Marketing sangat penting untuk membolehkan kelangsungan sesuatu perniagaan terus wujud

    Banyak istilah berkaitan pemasaran, mungkin situasi jumpa gadis “hot” ini boleh lebih memberi kefahaman kepada kita 🙂

    Via 9gag.com

    Dah faham?