Kategori: Business

  • Isu McDonald ada lemak babi

    Dalam group whatsapps heboh perkara terbaru pengedaran McDonald yang kononnya mempunyai lemak babi. 

    Berikut merupakan jawapan balas daripada pihak McDonald

    PENJELASAN BERKENAAN ISU KOPI MCDONALD’S YANG DIDAKWA MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR

    19 DISEMBER 2016

    Viral berkenaan dakwaan kopi McDonald’s mengandungi lemak khinzir mula tersebar dalam kalangan netizen di alam maya ini.

    Untuk makluman para pengguna sekalian, isu kopi mengandungi lemak babi sebagaimana yang diviralkan tidak melibatkan McDonald’s Malaysia.

    Selain itu, perlu diketahui juga bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap premis tersebut adalah berbeza mengikut negara.

    Perlu diambil maklum bahawa McDonald’s Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia.

    Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim

    Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

    Unit Hal Ehwal Korporat
    Bahagian Hab Halal
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
    ☎ 03-8892 5000/1

    #YAKINIHALALMALAYSIA
    #AMALKAN 3 S
    #SEMAK_SEBELUM_SEBAR

  • 2 Hari sebelum tarikh akhir permohonan Symbiosis, ini yang anda perlu tahu

    2 Hari sebelum tarikh akhir permohonan Symbiosis, ini yang anda perlu tahu

    2 hari lagi permohonan untuk mengikuti program Symbiosis akan ditutup. Saya dah tulis mengenai program ini di entry sebelumnya (klik sini). Bagi anda yang tak tahu, program ini adalah program di bawah Malaysian Technology Development Corporation yang mana di akhir program peserta dikehendaki untuk mengkomersilkan penyelidikan daripada Uni atau Research Institute dengan dana permulaan sebanyak RM500 000

    Siapa yang layak?

    Best part mengenai program ini, sememangnya mereka mencari graduan muda yang berminat untuk menjadi usahawan. Soalan biasa – saya tiada asas usahawan, company pun tak pernah daftar, boleh ke sertai? Jawapan dia – BOLEH! Selagi anda mematuhi syarat asas (terutama umur) anda layak untuk sertai. Syarat asas mereka tetapkan

    • Rakyat Malaysia
    • Berumur bawah 30 tahun
    • Sekurang-kurangnya diploma dengan CGPA 2.0
    • Sihat tubuh badan dan mental

    Lepas syarat tu, bolehlah apply ya. Kalau tak lepas, boleh bagitau kawan-kawan lain tentang program ini

    Timeline program kali ini

    Nak cakap susah tu takdelah susah sangat nak ikuti program ni. Nak cakap mudah pun, tak juga sebab ia kena melepasi banyak fasa sebelum layak menjadi peserta akhir. Make it short, korang kena apply dulu baru tahu

    1. Sebelum 31 March – pendaftaran dibuka atas talian (link pendaftaran)
    2. 11-13 April – Jika dipilih korang akan dipanggil untuk ditemuduga. Jika yang batch lepas daripada 1000 lebih permohonan, hanya 200 yang dipanggil. Temuduga best sangat, saya dah story di pautan ini (klik sini)
    3. Awal Mei – Daripada 200, hanya 60 akan terpilih untuk ikuti bengkel. Sebelum puasa ok lah tu
    4. Julai-November : Daripada 60 tu hanya 30 yang akan terpilih untuk peringkat akhir selama 4 bulan. 4 bulan ni korang akan dipersiapkan untuk submit CRDF 1 dan menubuhkan company. 30 peserta akan dibahagi kepada 10 syarikat dan setiap syarikat akan memilih 1 teknologi untuk dikomersilkan. Grant sebanyak RM500k boleh dimohon untuk permulaan validasi teknologi

    Serba sedikit timeline untuk batch kali ini, tapi tertakluk kepada perubahan ya tarikh tu.

    Kalau tak dapat, buat rugi masa je

    Bila tengok timeline yang saya tulis kat atas tu, banyak pula tapisan dia ya? Mesti bermain difikiran rugi masa je kalau tak dapat. Pendapat saya yang dah sertai program ini, tak rugi pun. Kenapa, sebab selain daripada percuma dan makan sedap (hehe) korang akan didedahkan dengan pemain industri dan networking yang korang akan dapat tu priceless. Yang faham pasal netWORTHking tu faham lah kan tapi jika anda yang baru-baru nak berjinak dalam keusahawanan boleh jadikan program ini untuk tambah ilmu.

    Tak join rugi 🙂

    Sempat lagi sebelum tarikh tutup untuk daftar. Daftar di pautan ini ya. Jumpa lagi. Jika rasa entry bermanfaat, kongsilah dengan rakan ya. Link pendaftaran online disini

  • Chess Interstate Tournment Round 1 : Kelantan vs Pahang

    Hari ini akan berlangsungnya Kejohanan Catur Interstate 2016 di Pahang dan untuk pusingan pertama Kelantan akan melawan Pahang!


    Walaupun tugas mudah diramal, dalam chess kejutan itu adalah biasa. Tapi saya yakin Kelantan yang dibarisi pemain terbaiknya setakat ini mampu memberi kemenangan 4-0!
    Gomo Kelate Gomo!

  • Pengedar Herbalife ini akan jumpa Christiano Ronaldo

    Tahniah kepada kak Fawziah kerana terpilih untuk jumpa dengan Christiano Ronaldo. Wow!

    unnamed

    Baru-baru ini Herbalife telah mengadakan promosi Meet And Greet dengan Christiano Ronaldo (ya, pemain bola sepak terkenal tu!) Promosi ini terbuka kepada Supervisor seluruh Asia Pacific (ada 14 buah negara semuanya)

    Berita baiknya, ada pengedar Herbalife dari Malaysia memenanginya! Memang betul-betul bertuah!

    Pengedar Herbalife yang mengenali kak Fawziah tentu mengenali sikap ‘gila-gila’ dia dan sememangnya dia layak untuk mendapat promosi ini. Tahniah diucapkan

    selfie sekeping ya nanti!

  • Nasi Lemak Hakak pencabar Nasi Lemak Anak Dara

    Nasi Lemak Hakak pencabar Nasi Lemak Anak Dara

    Setelah viral Nasi Lemak Anak Dara (sehingga disebut dalam Bajet2017), ramai usahawan cuba ‘meniru’ konsep yang mengetengahkan ‘owner yang comel’ dan juga ‘trademark yang catchy’ dalam perniagaan mereka. Bagi saya, usaha ini sangatlah elok memandangkan cabaran ekonomi yang sangat suram sekarang ini, usahawan perlu memikirkan idea untuk melariskan perniagaan mereka

    Terbaru – Nasi Lemak Hakak

    Amboi, boleh tahan juga pemilik Nasi Lemak Hakak ini beraksi. Gambar yang dimuat turun pada 22 Oktober (semalam!) telah mendapat reaksi hampir 5000 likes. lebih 1000 komen dari netizen. Di ruangan komen, sudah pasti penuh dengan para jejaka yang sentiasa supportive (kadang2 gatal) yang memberi pelbagai nasihat

    Sedikit info Nasi Lemak Hakak

    • Menjual pelbagai jenis nasi lemak ( nasi lemak RM1 pun ada)
    • Beroperasi di Masjid Ar Rahimah KKB
    • Nama facebook owner Miz Ayus Aqillah

    Mungkin ada yang tak bersetuju dengan cara melariskan perniagaan dengan ‘menjual muka’ tapi itulah hakikat, manusia lebih tertarik dengan kecantikan dan benda seumpama ini cepat menjadi viral. Kalau tidak, manakan pula agensi modeling wujud di dunia ini ya tak. Anda boleh tak bersetuju tapi kaedah marketing sebegini sememangnya cukup berkesan!

    Ada pembaca yang dah cuba Nasi Lemak Hakak ni, bolehlah bagi komen. Sedap, saya pun nak terjah!

  • Symbiosis 3.0 dibuka untuk pendaftaran

    Symbiosis 3.0 dibuka untuk pendaftaran

    Berita baik kepada TECHNOPRENEUR diluar sana, Symbiosis 3.0 kini dibuka untuk pendaftaran. Bagi yang tidak arif dengan program ini, ia merupakan satu program dibawah MTDC untuk membangunkan usahawan berteknologi di Malaysia. Usahawan yang dipilih akan mengikuti kursus selama beberapa bulan (dalam website 12 bulan, tertakluk kepada perubahan) dan diakhir kursus usahawan boleh membangunkan perniagaan mereka dengan dana yang diberi

    header

    Ini daripada website mtdc

    MTDC’s Graduate Entrepreneurship Programme or Symbiosis as appropriately dubbed, is aimed to train selected graduates to become technopreneurs. Symbiosis is a comprehensive programme that covers aspects of commercialisation as well as entrepreneurship. At the end of the programme, selected candidates will lead start-up companies to commercialise technologies from the Universities/Research Institutes (Uni/RI) that have been carefully chosen by MTDC.  Symbiosis start-up companies will then be able to apply for MTDC’s fund to operate from any of our Technology Centers and receives nurturing and other value added services just like any other companies within MTDC’s ecosystem.

    Pendaftaran adalah percuma dan tarikh tutup adalah pada 26 Oktober ini. Bolek klik pautan ini untuk pendaftaran dan baca disini untuk segala info

    Sila kongsi kepada yang berminat

  • Cabaran Inovasi Inklusif 2016

    Cabaran Inovasi Inklusif 2016

    Adakah anda mempunyai INOVASI yang boleh MEMBANTU MEMUDAHKAN URUSAN KEHIDUPAN SEHARIAN dan ingin menonjolkannya serta beroleh dana sehingga RM200,000 ???JOM SERTAI CABARAN INOVASI INKLUSIF 2016 !

    KENAPA ANDA PERLU SERTAI CABARAN INOVASI ? 

    1.  Pemenang akan berpeluang untuk membangunkan produk/projek inovasi mereka melalui Program Berimpak Tinggi – Inovasi Inklusif (HIP6) dan BEROLEH DANA sehingga RM200,000.00 !!
    2.  Penyertaan adalah PERCUMA
    3. Berpeluang memenangi HADIAH WANG TUNAI sehingga RM5,000 bagi setiap KATEGORI beserta TROFI dan SIJIL pemenang.

     

    KENAPA KAMI MENGANJURKAN PROGRAM INI ? 

     

    1. Mengenalpasti produk inovasi yang KUALITI TINGGI, MAMPU DIMILIKI, dan boleh diMANFAATkan oleh setiap lapisan masyarakat SELURUH Malaysia.
    2. Memberi PENGIKTIRAFAN kepada produk inovasi dan inovator yang telah diperkenalkan dan dipertandingkan.
    3. MEMBANGUNKAN produk-produk yang BERPOTENSI untuk dimajukan melalui Program Berimpak Tinggi 6 – Inovasi Inklusif di bawah SME’s Master Plan.
    4. Untuk MERAPATKAN jurang akses kepada KEPERLUAN ASAS, PENDIDIKAN, KESIHATAN dan PRODUKTIVITI melalui produk inovasi inklusif.

     

    APAKAH TEMA YANG BOLEH ANDA INOVASIKAN ? 

    1. UTILITI

    • -> Air minuman bersih.
    • -> Masalah bekalan air atau berkaitan.
    • -> Masalah bekalan elektrik atau berkaitan.

    2. KESIHATAN

    • -> Kemudahan ubat ubatan serta perubatan tradisional.
    • -> Peralatan kesihatan dan saringan mampu milik.

    3. PENDIDIKAN

    • -> Kemudahan kepada sumber pendidikan
    • -> Peralatan pelajaran (Alat Bantu Mengajar)

    4. PRODUKTIVITI

    • ->Peralatan pertanian dan perladangan
    • ->Peralatan pekerjaan harian dan jentera
    • ->Baja, benih atau racun mampu milik (organik)

     

    TERBUKA KEPADA : 

    1. ORANG AWAM.
    2. PEKERJA KERAJAAN & SWASTA.
    3. PELAJAR IPTA / IPTS.

     

    BILA BERLANGSUNG cabaran INI ?

    • ZON UTARA | 26-27 OKTOBER | TH Hotel & Convention Centre Alor Setar
    • ZON PANTAI TIMUR | 23-24 NOVEMBER | Yayasan Inovasi Malaysia, Cyberjaya
    • ZON TENGAH / SELATAN | 29-30 NOVEMBER | Yayasan Inovasi Malaysia, Cyberjaya
    • ZON SABAH SARAWAK | 21-22 DISEMBER | TH Hotel & Convention Centre Kota Kinabalu

    .

    DAFTAR SEGERA SEBELUM TARIKH TUTUP PENYERTAAN BAGI SETIAP SETIAP ZON!!!

    .

    Pendaftaran sepenuhnya secara ONLINE. Layari cabaraninovasi2016.innomap.my untuk pendaftaran dan info lanjut!

  • Kejohanan Catur HSN 2016 Peringkat Negeri Kelantan

    [et_pb_section transparent_background=”off” allow_player_pause=”off” inner_shadow=”off” parallax=”off” parallax_method=”on” padding_mobile=”off” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”off” custom_width_px=”1080px” custom_width_percent=”80%” make_equal=”off” use_custom_gutter=”off” fullwidth=”off” specialty=”off” admin_label=”section” disabled=”off”][et_pb_row make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”off” custom_width_px=”1080px” custom_width_percent=”80%” use_custom_gutter=”off” gutter_width=”3″ padding_mobile=”off” allow_player_pause=”off” parallax=”off” parallax_method=”on” make_equal=”off” column_padding_mobile=”on” parallax_1=”off” parallax_method_1=”on” parallax_2=”off” parallax_method_2=”on” parallax_3=”off” parallax_method_3=”on” parallax_4=”off” parallax_method_4=”on”][et_pb_column type=”4_4″ parallax=”off” parallax_method=”on” column_padding_mobile=”on”][et_pb_text background_layout=”light” text_orientation=”left”]

    Hari Sukan Negara 2016 akan disambut di seluruh Negara pada 8 Oktober 2016 ini. Seperti tahun lepas, PCNK dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan akan mengadakan Kejohanan Catur HSN 2016 Peringkat Negeri Kelantan pada tarikh tersebut

    [/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row make_fullwidth="off" use_custom_width="off" width_unit="off" custom_width_px="1080px" custom_width_percent="80%" use_custom_gutter="off" gutter_width="3" padding_mobile="off" allow_player_pause="off" parallax="off" parallax_method="on" make_equal="off" column_padding_mobile="on" parallax_1="off" parallax_method_1="on" parallax_2="off" parallax_method_2="on" parallax_3="off" parallax_method_3="on" parallax_4="off" parallax_method_4="on"][et_pb_column type="2_3" parallax="off" parallax_method="on" column_padding_mobile="on"][et_pb_image src="https://faridzulasyraf.com/wp-content/uploads/2016/09/hsn-chess.png" show_in_lightbox="off" url_new_window="off" use_overlay="off" animation="top" sticky="off" align="left" force_fullwidth="off" always_center_on_mobile="on"][/et_pb_image][/et_pb_column][et_pb_column type="1_3" parallax="off" parallax_method="on" column_padding_mobile="on"][et_pb_button button_url="https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdxu735fU8EIiuR15y6lSVWPytSUr-1LdrPrqU2uJ5-yNTodQ/viewform?c=0&w=1" url_new_window="on" button_text="DAFTAR SINI" button_alignment="center" background_layout="light"][/et_pb_button][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row make_fullwidth="off" use_custom_width="off" width_unit="off" custom_width_px="1080px" custom_width_percent="80%" use_custom_gutter="off" gutter_width="3" padding_mobile="off" allow_player_pause="off" parallax="off" parallax_method="on" make_equal="off" column_padding_mobile="on" parallax_1="off" parallax_method_1="on" parallax_2="off" parallax_method_2="on" parallax_3="off" parallax_method_3="on" parallax_4="off" parallax_method_4="on"][et_pb_column type="4_4" parallax="off" parallax_method="on" column_padding_mobile="on"][et_pb_text background_layout="light" text_orientation="left"]

    Sebanyak 6 hadiah khas ditawarkan dengan jumlah keseluruhan pemenang adalah seramai 40 orang! Jom sama-sama memeriahkan acara ini yang diadakan setahun sekali sahaja ini. Maklumat lanjut boleh hubungi En Faridzul 0169640972

    [/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

  • Kejohanan Catur SK Temangan 2016

    [et_pb_section transparent_background=”off” allow_player_pause=”off” inner_shadow=”off” parallax=”off” parallax_method=”on” padding_mobile=”off” make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”off” custom_width_px=”1080px” custom_width_percent=”80%” make_equal=”off” use_custom_gutter=”off” fullwidth=”off” specialty=”off” admin_label=”section” disabled=”off”][et_pb_row make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”off” custom_width_px=”1080px” custom_width_percent=”80%” use_custom_gutter=”off” gutter_width=”3″ padding_mobile=”off” allow_player_pause=”off” parallax=”off” parallax_method=”on” make_equal=”off” column_padding_mobile=”on” parallax_1=”off” parallax_method_1=”on” parallax_2=”off” parallax_method_2=”on” parallax_3=”off” parallax_method_3=”on” parallax_4=”off” parallax_method_4=”on” admin_label=”row” disabled=”off”][et_pb_column type=”4_4″ disabled=”off” parallax=”off” parallax_method=”on” column_padding_mobile=”on”][et_pb_text background_layout=”light” text_orientation=”left” admin_label=”Text” use_border_color=”off” border_style=”solid” disabled=”off”]

    Pada 30 September 2016 ini, Pihak Sekolah Kebangsaan Temangan dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kelantan akan mengadakan Kejohanan Catur SK Temangan 2016. 2 kategori akan dipertandingkan iaitu Sekolah Menangah dan Sekolah Rendah.

    sk temangan chess

    [/et_pb_text][et_pb_countdown_timer date_time="09/30/2016 08:00" background_layout="dark" use_background_color="on" background_color="#7ebec5"][/et_pb_countdown_timer][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row make_fullwidth="off" use_custom_width="off" width_unit="off" custom_width_px="1080px" custom_width_percent="80%" use_custom_gutter="off" gutter_width="3" padding_mobile="off" allow_player_pause="off" parallax="off" parallax_method="on" make_equal="off" column_padding_mobile="on" parallax_1="off" parallax_method_1="on" parallax_2="off" parallax_method_2="on" parallax_3="off" parallax_method_3="on" parallax_4="off" parallax_method_4="on"][et_pb_column type="1_2" parallax="off" parallax_method="on" column_padding_mobile="on"][et_pb_image src="https://faridzulasyraf.com/wp-content/uploads/2016/09/sk-temangan.png" show_in_lightbox="off" url_new_window="off" use_overlay="off" animation="left" sticky="off" align="left" force_fullwidth="off" always_center_on_mobile="on"][/et_pb_image][/et_pb_column][et_pb_column type="1_2" parallax="off" parallax_method="on" column_padding_mobile="on"][et_pb_text background_layout="light" text_orientation="left"]

     

     

     

     

     

     

    Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di pautan ini (LINK) Jika terdapat sebarang pertanyaa, anda boleh menghubungi En Faridzul 0169640972

    [/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][et_pb_row make_fullwidth=”off” use_custom_width=”off” width_unit=”off” custom_width_px=”1080px” custom_width_percent=”80%” use_custom_gutter=”off” gutter_width=”3″ padding_mobile=”off” allow_player_pause=”off” parallax=”off” parallax_method=”on” make_equal=”off” column_padding_mobile=”on” parallax_1=”off” parallax_method_1=”on” parallax_2=”off” parallax_method_2=”on” parallax_3=”off” parallax_method_3=”on” parallax_4=”off” parallax_method_4=”on” admin_label=”row” disabled=”off”][et_pb_column type=”4_4″ disabled=”off” parallax=”off” parallax_method=”on” column_padding_mobile=”on”][et_pb_text background_layout=”light” text_orientation=”left” admin_label=”Text” use_border_color=”off” border_style=”solid” disabled=”off”]

     

    [/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

  • Senarai harga terbaru Herbalife 16 Ogos 2016

    Senarai harga terbaru Herbalife 16 Ogos 2016

    Bagi anda yang belum tahu, harga Herbalife telah turun lebih 10%

    jANGAN TERKEJUT sebab walaupun banyak barang sekarang naik, harga Herbalife boleh turun pula 🙂

    herbalife2

    Bagi peminat shake, inilah masa yang ditunggu-tunggu! Jom borong shake sekarang!

    selamat membeli dan SHOPPING!