Kategori: Contest

  • Peluang Pitching Nescafe Menang RM32,000 – Sertai Sekarang!

    Peluang Pitching Nescafe Menang RM32,000 – Sertai Sekarang!

    Jika anda seorang pelajar universiti yang bersemangat dan penuh idea inovatif, inilah peluang keemasan untuk anda! NESCAFÉ sedang mencari bakat muda untuk menyertai pitching nescafe – NESCAFÉ Youth Entrepreneurs Programme 2025, sebuah pertandingan pitching yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM32,000.

    Jika anda ada idea untuk atasi 2 problem statement ni, jangan lupa ajak kawan kawan untuk sertai!

    • Dapatkan pelanggan baru untuk brand Nescafe
    • Tingkatkan frekuensi orang minum coffee

    Latar Belakang Pertandingan Pitching Nescafe

    NESCAFÉ Youth Entrepreneurs Programme 2025 adalah inisiatif oleh NESCAFÉ untuk menggalakkan pelajar universiti di Malaysia berkongsi idea kreatif mereka dalam memajukan jenama NESCAFÉ. Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam bidang pemasaran dan inovasi, serta memenangi hadiah menarik.

    Syarat Penyertaan

    • Kelayakan: Terbuka kepada pelajar universiti yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Umur perlu 18-29 tahun
    • Penyertaan Berkumpulan: Peserta perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 ahli.
    • Idea Asal: Setiap penyertaan mestilah idea asal peserta yang belum pernah dipertandingkan atau digunakan sebelum ini.Nescafe Global

    Cara Menyertai

    1. Bentuk Kumpulan: Kumpulkan 4-5 rakan sekumpulan dengan latar belakang yang pelbagai.
    2. Daftar & Muat Turun Brief: Setiap ahli kumpulan perlu mendaftar secara individu dan memuat turun dokumen cabaran selepas pendaftaran.
    3. Hantar Video Pitch: Rakam dan hantar video berdurasi 3 hingga 5 minit yang menerangkan idea perniagaan atau strategi kumpulan anda.

    Bagaimana nak buat Goal Setting Company setiap Quarter?

    Hadiah Menarik Menanti Anda

    • Tempat Pertama: RM15,000
    • Tempat Kedua: RM10,000
    • Tempat Ketiga: RM7,000

    Pemenang juga berpeluang untuk membentangkan idea mereka kepada pihak pengurusan NESCAFÉ dan berpotensi untuk merealisasikan idea tersebut dalam kempen sebenar.

    Tarikh Penting

    • Tarikh Tutup Penyertaan: 10 Jun 2025
    • Pitching kepada Nescafe: Oktober 2025

    Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mempamerkan bakat dan kreativiti anda! Sertai NESCAFÉ Youth Entrepreneurs Programme 2025 sekarang dan jadilah sebahagian daripada perubahan dalam dunia kopi bersama NESCAFÉ.

  • Tiket Bas Online kini lebih mudah menggunakan Eticketing.my

    Tiket Bas Online kini lebih mudah menggunakan Eticketing.my

    Eticketing.my adalah platform tempahan tiket bas online yang kian meningkat naik. Sehingga sekarang terdapat banyak platform untuk beli tiket bas online tetapi eticketing antara platform yang dipercayai kerana ‘mesra pengguna’ yang ditekankan

    Secara personal sebelum ini saya memang pengguna tegar platform untuk beli tiket bas online ni, sebut sahaja apa platform memang saya suka explore. Redbus, CatchThatBus dan pelbagai lagi memang saya selalu guna. Sekarang ini sudah beralih kepada eticketing.my

    Bagi anda yang belum download appsnya, ini saya lampirkan cara untuk download dan guna. Disclaimer, saya lebih suka pakai web based :p

    Kepada anda yang selalu menampah tiket bas secara online, bolehlah beralih kepada apps ini untuk memudahkan lagi perjalanan anda. Sila kongsikan dengan saya dibawah pengalaman anda menggunakan platform ini

    Sekarang ini mereka sedang menjalankan contest untuk keyword tiket bas online. Bagi yang berminat untuk sertai contest ini, bolehlah sertainya sebelum tarikh tutupnya. Boleh layari link ini untuk maklumat lanjut

    Syarat Pertandingan

    1. Terbuka kepada semua Blogger yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penulisan
    2. Artikel/posting adalah berkenaan dengan servis website Eticketing.my dengan menggunakan keyword TIKET BAS ONLINE
    3. Perlu meletakkan banner di bawah di dalam post dan backlink website eticketing.my
    4. Satu blog boleh menghantar entry yang lebih dari satu tapi hanya 1 hadiah sahaja untuk setiap blog

    Hadiah lumayan

    Tempat Pertama : RM 500

    15 hadiah saguhati : 2 tiket dewasa ke Bukit Gambang Water Park Setiap Satu


    Jom para blogger kita join seo contest ini dah semarakkan lagi dunia blogger dengan contest contest yang menarik