Tag: apps

  • Apa itu Wahed Invest dan adakah ianya selamat?

    Apa itu Wahed Invest dan adakah ianya selamat?

    Saya mula install Wahed Invest apps ni since 2019. Adalah deposit Rm100 dan tunggu. Tapi rasanya dieorang ada problem pada tahun 2021 yang mengakibatkan kena denda dengan SEC disebabkan ada investment tak dilaporkan, maka saya hold dulu

    Baru baru ini dengar Kindred Stories, founder Wahed adalah tetamunya

    Apabila dengar tu, baru tahu misi mereka cukup besar dalam dunia Fintech ni. Terus subscribe balik as support

    Lagipun mereka sudah diberi licence ECF oleh SC makanya lebih teratur dan sistematik untuk tahun tahun mendatang

    Bermula dari Satu Impian

    Wahed Invest bermula daripada satu impian yang besar – untuk memberikan akses kepada pelabur Muslim untuk melabur dalam portfolio yang mematuhi prinsip-prinsip syariah secara mudah dan mesra pengguna. Dibangunkan oleh sekelompok pengasas yang hebat, Wahed Invest muncul sebagai jawapan kepada keperluan akan pelaburan yang halal dan beretika.

    Wajah-Wajah di Sebalik Wahed Invest

    Siapakah tokoh-tokoh di sebalik Wahed Invest? Salah satu pengasas utama adalah Junaid Wahedna, seorang pakar dalam bidang kewangan dan teknologi. Beliau memiliki visi yang jelas untuk mencipta platform yang tidak hanya inovatif tetapi juga mematuhi prinsip-prinsip syariah. Bersama pasukan yang berbakat dan berpengalaman, Wahed Invest terus berkembang pesat sejak penubuhannya.

    Korang kalau belum dengar podcast tu, luangkanlah masa 1.45 minit untuk dengar topik RIBA yang tak ramai nak berbicara mengenainya – tonton disini

    Merintis Jalan untuk Fintech Islamic

    Wahed Invest bukan hanya sekadar platform pelaburan biasa. Mereka mahu mengubah landskap fintech Islamic di dunia dengan menghadirkan inovasi dan kemudahan kepada pelanggan mereka. Melalui pendekatan teknologi yang canggih, mereka memberikan akses kepada pelabur untuk melabur dengan mudah melalui aplikasi mudah alih atau laman web, menjadikan pelaburan syariah lebih dapat diakses daripada sebelumnya.

    Jom bedah bisnes

    Menjurus ke Arah Yang Lebih Baik

    Dengan fokus yang kukuh pada kepatuhan syariah dan inovasi teknologi, Wahed Invest terus berusaha untuk membawa pelaburan syariah kepada tahap yang lebih tinggi. Mereka tidak hanya memberikan peluang pelaburan yang berpotensi tinggi, tetapi juga memastikan setiap langkah yang diambil adalah selaras dengan prinsip-prinsip moral dan etika.

    Antara platform fintech di Malaysia

    Jadi, jika korang mencari peluang untuk melabur secara bijak sambil mematuhi prinsip-prinsip syariah, Wahed Invest adalah tempat yang tepat untuk korang! Jangan lupa daftar guna referal code saya ya, korang akan dapat RM10 untuk investment pertama

    To claim your free reward make sure you use this referral code when you sign up: MOHMAT19
    Download the app https://app.wahedinvest.com/referral

    Semasa korang deposit RM100 ke dalam account, akan ditolak RM1 untuk charge fpx, tapi guna referal code ni akan dapat RM10 extra dari platform.

  • ADAKAH BETUL DATA DI MYSEJAHTERA KENA JUAL?

    ADAKAH BETUL DATA DI MYSEJAHTERA KENA JUAL?

    Hari ni kita bedah SSM syarikat besar tapi baru yang claim sudah memiliki app MySejahtera

    Cuma ada 2 benda berbeza dalam post ni, yang pertama adalah Pengurusan Data dan yang kedua adalah Pengurusan Syarikat. Kena faham dulu supaya tak buat tuduhan melulu

    1) Pengurusan Data

    Pertama kena faham mengenai cara bagaimana MySejahtera dibangunkan. Apps MySejahtera dibangunkan oleh syarikat local iaitu KPISOFT Sdn Bhd. Sebab mereka tak charge apa apa kepada kerajaan sebab bina atas dasar CSR jadi kerajaan tak keluar satu sen pun dalam pembinaan tu. Cuma data mesti diselia oleh kerajaanYang dibayar hanya kos maps Google dan SMS lebih kurang 10m. Data semua tu masih kuat dalam seliaan kerajaan, tiada kebocoran.

    So yang kata kena jual tu, actually tak betullah. Ada juga yang kata dapat panggilan scammer lebih banyak seminggu dua ni (saya pun sama) dan claim kata dapat no daripada mysejahtera. Entah kenapa korang percaya saya pun tak tahulah, no peribadi kita tu sebenarnya banyak pihak boleh akses. Banklah, join contest apalah so kat situ pun dah leak dah. Kalau betul pun dia dapat no korang kat mysejahtera, takdanya dia nak cakap daripada mysejahtera

    Ok nak lagi mudah macam niSaya sendiri ada 30k no tel hasil buat fb ads. So nak jual no tel ni nampak lebih seksi saya katalah no ni daripada mysejahtera. Orang pun beli dan saya pun happyTapi padahal no tu bukan dari mysejahtera pun, claim je lebih. Dah nama pun scammer korang percaya dah kenapa 😅

    Btw ni contoh tau, saya mmg bukan jenis jual data data ni dan cukup PANTANG dengan transaksi ini

    Ok cukup part data, harap boleh clarifylah

    2) Pengurusan Syarikat

    Yang kecoh dua tiga hari ni adalah berkaitan dengan apabila kerajaan nak ambil alih beli system MySejahtera ni dan tiba tiba company lain yang mohon bukan company yang develop awal awal tadiMySJ Sdn Bhd ni syarikat yang baru ditubuhkan pada 23/9/2020. Dont wory sy dah beli SSM mereka dan tengok list of directors fuhhh orang besar besar semua dalam tu

    + Tan Sri Liew dan Dato Chuah – EcoWorld

    + Tan Sri Shahril – Ex CEO Sapura yang kecoh gaji 200k sehari tu

    + Tan Sri Megat Najmuddin – Chairman Sime Darby Plantation

    + 2 lagi ex KPI Soft company yg asal buat MySejahtera

    Bagi shareholder pulak walaupun company baru 2020 tapi lebih 35 juta shares tau 😅 pemegang terbesar adalah revolusi asia which is own by TS Shahril dan ex KPISOFT tadi. Hasrat Budi pulak owned by Liew dan Chuah dan P2 Asset management yang tak kenal sangat rasanya proxy untuk somebody yang prominent figure jugak

    Pendapat saya?

    Sekali nampak macam strategy backdoor untuk dapat contract kerajaan lah. Ya lah mereka offer nak buat CSR bagi free guna which is kalau nak develop system macam ni kerajaan tiada kepakaran untuk siapkan dalam masa cepat. Then bila kerajaan nak beli melalui perolehan semua system tiba2 bertukar nama itu yang nampak something wrong

    Cuma bagi saya ini strategi bijaklah. Dieorang boleh nampak “kebocoran” system kerajaan dalam perolehan ni which is kalau 200k keatas tak boleh direct nego tapi mereka bagi free so tiada perolehan kerajaan terlibat. Bijakkan. Haha

    Benda ni sensitif sikit sebab mysejahtera tu kita guna selalu so kalau ada begini akan trigger isu safety untuk kita semua

    Moving forward

    Cuma kena ingatlah, bagi saya mysejahtera tu apps yang banyak potensi untuk dikembangkan lagi. KKM boleh buat super apps health untuk rakyat Malaysia apabila covid dah slowly jadi sebahagian daripada kita ni. Bayangkan kita boleh collect ubat kat hospital, buat appointment jumla doktor di apps tu je. Boleh jugak buat point utk set mereka yang derma darah bagi some perks. Macam macam lagilah kalau kreatif ni

    Tanya saya pasal data leakage tu, takdenya ingat ke mudah ke nak jual data macam tu je sebab mesti kena lalui few agency. Setakat ada no tel dan claim dari mysejahtera sesiapa pun boleh claim So keep using mysejahtera, pasal syarikat ni bagilah depa satelkan

  • Kenapa anda perlu guna Catch That Bus

    Kenapa anda perlu guna Catch That Bus

    Sejak menjadi pengguna tegar bas ni, saya memang mencari alternatif untuk jadikan tiket bas tu murah. Kalau satu perjalanan jimat RM2, 10 perjalanan dah RM20 ye tak? Sebab tu dengan secara tak sengaja saya terjumpa applikasi Catch That Bus!

    Catch That Bus

    Ia merupakan satu applikasi tempahan BAS EXPRESS. Bagi anda yang tak nak ke stesen bas semata-mata untuk beli tiket bas (macam saya) boleh menempah bas, siap boleh pilih seat lagi hanya dihujung jari sahaja. Prosesnya tak lama dan sehingga saya menggunakan applikasi ini hanya terdapat 1 masalah. Tu pun masalah yang apabila saya contact customer support mereka, siap pulangkan balik lagi duit tu 🙂

    Diskaun

    Jika dulu, anda menempah bas express dengan mereka, transaction yang lepas mereka akan berikan kupon RM2 jika anda share di social media anda. Siapa tak nak benda diskaun ni kan? Tapi sekarang, promosi tu dah ditamatkan dan diganti dengan wallet. Apabila anda mendaftar dengan mereka, anda akan diberikan RM10 credit wallet dan anda boleh gunakan untuk pembelian tiket anda. Ada syarat dia, hanya 25% sahaja boleh digunakan untuk setiap transaksi. Oklah, pembelian pertama selepas mendaftar anda jimat RM2.50, pembelian kedua jimat RM1.80!

    Harap mereka boleh tambah features untuk refferal. Oh ya, entry ini bukan entry berbayar ya. Ia entry penulisan dari pelanggan yang berpuas hati 🙂

    Improvement?

    Saya harap sangat ada applikasi yang menghantar barang menggunakan bas ekspress. Bisnes satay ikan saya memang menggunakan bas ekspress untuk menghantar produk saya. Dari Kelantan ke Sungai Petani, satu kotak driver bas cas RM20. Saya rasa jika dibuat secara sistematik, model bisnes ini boleh pergi jauh. Sekarang ni kebanyakan operator bas ‘tak pandai’ buat bisnes, mereka cas terlampau mahal dan end up customer ‘kawtim’ dengan driver dan driverlah yang dapat duit tambahan. Jika operator boleh sediakan perkhidmatan ini dengan lebih murah, sudah pasti mampu bagi source income lebih kepada syarikat

    Pihak CatchThatBus boleh proposed dengan mereka untuk sediakan platform, pasti ramai yang akan menjadi pengguna setia 🙂

    Kesimpulan

    Tak cuba tak tahu. Anda cubalah sendiri perkhidmatan mereka. Available untuk IOS dan juga Android. Pendaftaran pertama RM10 tau dapat. Daftar cepat2 🙂