Tag: review

  • Trillion Game Cerita Bisnes Start Up Kena Tonton

    Trillion Game Cerita Bisnes Start Up Kena Tonton

    Ada satu genre berkaitan bisnes yang saya suka menonton di Netflix. Tak kira sama ada Korea, Jepun, atau Mat Saleh jika berkaitan genre bisnes saya pasti akan tonton. Terbaru adalah Trillion Game

    Trillion Game

    Kisah ini adaptasi dari manga. Terjual lebih 1.5 juta copies dan ditayangkan di Netflix bermula bulan ini – Oktober. Hujung minggu setelah menyertai AGM Koperasibangi.com otak agak drain memikirkan pelbagai benda saya decide untuk tengok netflix dan cerita Trillion Game ini di cadangkan oleh AI mereka.

    Adaptasi dari Manga Trillion game

    Macam biasalah, lepas 1 episod, 1 episod lagi dan end up 10 episod dihabiskan dalam masa sehari

    Rating 8.5/10

    Cerita Jepun ni memang susah tak best. Memang cerita mereka buatkan kita hook dan nak tonton dan tonton lagi. Personal rating saya bagi 8.5

    Sinopsis

    Kisah ini mengisahkan 2 orang sahabat yang mencipta nama menjadi orang terkaya di Jepun dengan menubuhkan syarikat diberi nama Trillion Game. Bermula dari ingin cari investor sehinggalah akhirnya berjaya menjadi kuasa besar bisnes, sememangnya banyak ilmu boleh belajar dari cerita ini

    Strategi

    Aha moment bagi saya dalam cerita ini episod 1 lagi yang mana apabila mereka ditawarkan dengan jumlah pelaburan yang banyak tapi memerlukan korban 51% saham mereka. Apa mereka buat tidak tolak tapi menggunakan peluang itu untuk mendapat pelaburan yang baru

    Baru tambah 10 ribu lagi di P2P

    Tak terfikir jugak, jadi ini mungkin strategi boleh digunakan oleh start up jika ada big company nak acquire dan kita pun belum ready nak serahkan, boleh gunakan tektik ini. Cuma tak bolehlah saya nak cerita habis korang kena tonton sendiri

    Plot cerita ni saya sangat suka, lakonan juga sangat ok, pelakon juga berjaya mainkan peranan mereka. Cuma ending je tak berapa best dan tiada ‘kick’ sangat. Bagi saya boleh buat plot twist or jadikan ia ending yang lagi best untuk penonton

    Berbaloi

    Apa apa pun, memang berbaloi untuk spend 9-10 jam menonton series ini. Selamat menonton!

  • Arissto Coffee Machine Cara Murah Nikmati Coffee Premium

    Arissto Coffee Machine Cara Murah Nikmati Coffee Premium

    Terbaru diperkenalkan di Malaysia, Coffee Premium Arissto yang memberi pelbagai kelebihan kepada penggemar coffee. Kelebihan utama adalah pengenalan kadar sewa yang hanya RM1 sebulan. Siapa yang tak mahu kan? Sesiapa sahaja boleh dapatkan Arissto Coffee Machine

    Arissto Coffee Machine

    Menurut website Arissto, Coffee yang dijual mereka adalah diperbuat di Italy yang mana terkenal dengan ‘Ibu Coffee’ Mereka memperkenalkan coffee berlainan seperi di pasaran yang mana kebanyakan adalah dalam bentuk serbuk 3 in 1 atau 5 in 1, mereka pula perkenalkan konsep Sewa Coffee Machine (Arissto Coffee Machine ) dengan harga yang tersangat murah (Hanya RM1) dan sebagai return kita perlu membeli capsule (coffee) daripada mereka

    Cuba Sekarang Arissto Coffee Machine

    Tiada masalah untuk mencuba coffee daripada mereka ini kerana mereka menyediakan program free trial dan jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti anda boleh memulangkan balik coffee maker ini kepada HQ. Lagipun permulaan untuk dapatkan Coffee Maker ini tersangatlah murah, tiada bayaran jika menggunakan kad kredit dan hanya RM 100 jika menggunakan kad debit

    Jika anda mahu mencuba coffee ini sebelum menyewanya di rumah anda, boleh daftar di pautan ini dan anda akan dihubungi oleh pihak mereka

    Daftar sekarang di pautan ini : Free Trial Arissto Coffee

    Sesi trial percuma ini akan dikendalikan oleh Coffee Ambassador dan jangka masa yang akan diambil hanyalah 30 ke 45 minit. Cubalah, tak rugi mencuba 🙂

  • Kenapa anda perlu guna Catch That Bus

    Kenapa anda perlu guna Catch That Bus

    Sejak menjadi pengguna tegar bas ni, saya memang mencari alternatif untuk jadikan tiket bas tu murah. Kalau satu perjalanan jimat RM2, 10 perjalanan dah RM20 ye tak? Sebab tu dengan secara tak sengaja saya terjumpa applikasi Catch That Bus!

    Catch That Bus

    Ia merupakan satu applikasi tempahan BAS EXPRESS. Bagi anda yang tak nak ke stesen bas semata-mata untuk beli tiket bas (macam saya) boleh menempah bas, siap boleh pilih seat lagi hanya dihujung jari sahaja. Prosesnya tak lama dan sehingga saya menggunakan applikasi ini hanya terdapat 1 masalah. Tu pun masalah yang apabila saya contact customer support mereka, siap pulangkan balik lagi duit tu 🙂

    Diskaun

    Jika dulu, anda menempah bas express dengan mereka, transaction yang lepas mereka akan berikan kupon RM2 jika anda share di social media anda. Siapa tak nak benda diskaun ni kan? Tapi sekarang, promosi tu dah ditamatkan dan diganti dengan wallet. Apabila anda mendaftar dengan mereka, anda akan diberikan RM10 credit wallet dan anda boleh gunakan untuk pembelian tiket anda. Ada syarat dia, hanya 25% sahaja boleh digunakan untuk setiap transaksi. Oklah, pembelian pertama selepas mendaftar anda jimat RM2.50, pembelian kedua jimat RM1.80!

    Harap mereka boleh tambah features untuk refferal. Oh ya, entry ini bukan entry berbayar ya. Ia entry penulisan dari pelanggan yang berpuas hati 🙂

    Improvement?

    Saya harap sangat ada applikasi yang menghantar barang menggunakan bas ekspress. Bisnes satay ikan saya memang menggunakan bas ekspress untuk menghantar produk saya. Dari Kelantan ke Sungai Petani, satu kotak driver bas cas RM20. Saya rasa jika dibuat secara sistematik, model bisnes ini boleh pergi jauh. Sekarang ni kebanyakan operator bas ‘tak pandai’ buat bisnes, mereka cas terlampau mahal dan end up customer ‘kawtim’ dengan driver dan driverlah yang dapat duit tambahan. Jika operator boleh sediakan perkhidmatan ini dengan lebih murah, sudah pasti mampu bagi source income lebih kepada syarikat

    Pihak CatchThatBus boleh proposed dengan mereka untuk sediakan platform, pasti ramai yang akan menjadi pengguna setia 🙂

    Kesimpulan

    Tak cuba tak tahu. Anda cubalah sendiri perkhidmatan mereka. Available untuk IOS dan juga Android. Pendaftaran pertama RM10 tau dapat. Daftar cepat2 🙂