Blog

  • Tiket Bas Online kini lebih mudah menggunakan Eticketing.my

    Tiket Bas Online kini lebih mudah menggunakan Eticketing.my

    Eticketing.my adalah platform tempahan tiket bas online yang kian meningkat naik. Sehingga sekarang terdapat banyak platform untuk beli tiket bas online tetapi eticketing antara platform yang dipercayai kerana ‘mesra pengguna’ yang ditekankan

    Secara personal sebelum ini saya memang pengguna tegar platform untuk beli tiket bas online ni, sebut sahaja apa platform memang saya suka explore. Redbus, CatchThatBus dan pelbagai lagi memang saya selalu guna. Sekarang ini sudah beralih kepada eticketing.my

    Bagi anda yang belum download appsnya, ini saya lampirkan cara untuk download dan guna. Disclaimer, saya lebih suka pakai web based :p

    Kepada anda yang selalu menampah tiket bas secara online, bolehlah beralih kepada apps ini untuk memudahkan lagi perjalanan anda. Sila kongsikan dengan saya dibawah pengalaman anda menggunakan platform ini

    Sekarang ini mereka sedang menjalankan contest untuk keyword tiket bas online. Bagi yang berminat untuk sertai contest ini, bolehlah sertainya sebelum tarikh tutupnya. Boleh layari link ini untuk maklumat lanjut

    Syarat Pertandingan

    1. Terbuka kepada semua Blogger yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penulisan
    2. Artikel/posting adalah berkenaan dengan servis website Eticketing.my dengan menggunakan keyword TIKET BAS ONLINE
    3. Perlu meletakkan banner di bawah di dalam post dan backlink website eticketing.my
    4. Satu blog boleh menghantar entry yang lebih dari satu tapi hanya 1 hadiah sahaja untuk setiap blog

    Hadiah lumayan

    Tempat Pertama : RM 500

    15 hadiah saguhati : 2 tiket dewasa ke Bukit Gambang Water Park Setiap Satu


    Jom para blogger kita join seo contest ini dah semarakkan lagi dunia blogger dengan contest contest yang menarik

  • Pengalaman pertama kali ke Previu Bisnes Bersama Arissto

    Pada minggu lepas, saya telah menghadirkan diri ke Previu Bisnes Bersama Arissto di dua lokasi berbeza. Pertama di PWTC Kuala Lumpur pada 19 Januari dan yang kedua di Gurney Hotel Penang pada 20 Januari. Kebetulan sebenarnya sebab ya lah, apabila bisnes baru muncul, perlu kita hadam seeloknya sebelum kita buat keputusan untuk melakukan perniagaan ini

    Pagi sampai petang

    Pada 19 Jan yang diadakan di PWTC tu

  • Cara daftar Coffee Ambassador Arissto

    Cara daftar Coffee Ambassador Arissto

    Coffee Ambassador atau CA adalah nama untuk partner dalam Arissto Coffee. Tidak menjanjikan bulan bintang, anda buat anda dapat. Sudah ramai yang telah mendapat manfaat menjadi CA ini. Modal permulaan yang sangat rendah dan komitmen yang cukup minimum serta ‘close sale’ yang cukup mudah menjadikan ramai yang berminat untuk menjadi CA. Saya akan kongsikan cara pendaftaran CA secara atas talian (Tak sampai 10 minit!)

    Langkah 1 : Menjadi pengguna

    Anda perlu menjadi pengguna terlebih dahulu untuk menjadi CA. Ia perniagaan yang ‘fair’ yang mana jika anda tidak gunakan mesin kopi ini, macam mana anda mahu promosikan kebaikan mesin kopi ini kepada kenalan anda. kan?

    Untuk menjadi user, anda boleh klik ke pautan dibawah ini dan saya akan ajar next stepnya. Anda cuma perlu sediakan debit card atau credit card untuk melayakkan anda menyewa RM1 sebulan daripada Arissto

    KLIK SINI

    Langkah 2 : Isi borang permohonan

    Koleksi resepi Arissto Coffee yang sedap

    Setelah anda menjadi user, anda boleh terus memohon untuk menjadi CA. Sila isi details anda. Pastikan maklumat anda diisi dengan betul. Di perenggan terakhir pastikan anda klik ‘i have read term and condition’ dan pastikan username referal anda ada bersama. Jika anda klik butang ini, saya yang akan jadi referral anda. Klik Apply

    Langkah 3 : Tunggu pengesahan email

    Anda akan mendapat no ID anda dalam format MY5Dxxxx dan anda tunggu untuk pengesahan email daripada pihak Arissto. Di email anda akan mendapat link untuk log in beserta usernama dan password

    Langkah 4 : Tanggungjawab Coffee Ambassador Arissto

    Setelah anda berjaya log in, anda perlu menghadirkan diri di kelas preview dan juga kelas khas untuk CA. Kelas ini adalah wajib dan pihak Arissto boleh membatalkan permohonan anda untuk menjadi CA jika anda gagal untuk menghadirkan diri

    Hanya RM 1 sebulan untuk Coffee Machine Arissto

    Kelas wajib selama 8 jam akan diajar cara lebih terperinci untuk menjadi CA yang berjaya. Tahniah, selamat datang ke Arissto!!Klik ruangan ARRISTO Partner

  • 7 koleksi menu resepi Arissto Coffee

    7 koleksi menu resepi Arissto Coffee

    Mungkin anda tertanya tanya, mudahkan untuk menggunakan Arissto Coffee Machine ini? Jawapan yang saya boleh kongsikan bagi anda adalah tidak susah. Walaupun pengetahuan saya mengenai coffee cukup terhad, hanya menggunakan resepi yang saya google di internet sahaja boleh jadikan coffee daripada Arissto Coffee Machine ini rasa yang sangat sedap

    Saya akan kongsikan Arissto Coffee Recipe kepada anda. Cubalah resepi Arissto Coffee ini pasti hari anda akan jadi lebih bertenaga

    Espresso

    Brew satu kapsul Luna dan anda susah siap! Espresso ini adalah cara penyediaan termudah. Tapi hati hati, jika anda bukan penggemar coffee, saya cadangkan anda cuba resepi lain dahulu sebelum mencuba Espresso by Luna

    Cappuchino

    Brew satu kapsul Amico dan kemudian brew lagi satu kapsul susu. Kapsul susu juga boleh dicampur dengan susu rendah lemak, pastikan anda panaskan dahulu susu rendah lemak itu untuk menaikkan lagi aroma yang dihasilkan oleh Amico.

    Tips newbie : boleh campurkan gula perang jika anda suka manis

    Latte

    Brew 2 kapsul susu dan seterusnya brew 1 kapsul Sunrise. Seperti Cappuchino, anda boleh campur susu rendah lemak untuk menggantikan kapsul susu

    Hot Chocolate

    Brew 1 kapsul Choco dan ia tersedia untuk diminum! Kapsul Choco ini selalu habis, jadi kena selalu simpan stok jika anda penggemar Hot Chocolate

    Milk Chocolate

    Brew 1 kapsul Choco dan 1 kapsul susu. Rasanya lebih manis berbanding Hot Chocolate. Jika anda tiada kapsul susu, boleh gunakan susu rendah lemak

    Mocha

    Brew 1 kapsul Passion kemudian brew 1 kapsul Choco. Akhirnya brew 1 kapsul susu. Memang terangkat jika cuba Mocha, sangat sesuai untuk diminum waktu petang yang sejuk

    Iced Coffee

    Brew 1 kapsul Passion kemudian brew 1 kapsul susu. Letakkan ice cube ke dalam campuran tadi untuk kesan yang menyegarkan.

  • Arissto Coffee Machine Cara Murah Nikmati Coffee Premium

    Arissto Coffee Machine Cara Murah Nikmati Coffee Premium

    Terbaru diperkenalkan di Malaysia, Coffee Premium Arissto yang memberi pelbagai kelebihan kepada penggemar coffee. Kelebihan utama adalah pengenalan kadar sewa yang hanya RM1 sebulan. Siapa yang tak mahu kan? Sesiapa sahaja boleh dapatkan Arissto Coffee Machine

    Arissto Coffee Machine

    Menurut website Arissto, Coffee yang dijual mereka adalah diperbuat di Italy yang mana terkenal dengan ‘Ibu Coffee’ Mereka memperkenalkan coffee berlainan seperi di pasaran yang mana kebanyakan adalah dalam bentuk serbuk 3 in 1 atau 5 in 1, mereka pula perkenalkan konsep Sewa Coffee Machine (Arissto Coffee Machine ) dengan harga yang tersangat murah (Hanya RM1) dan sebagai return kita perlu membeli capsule (coffee) daripada mereka

    Cuba Sekarang Arissto Coffee Machine

    Tiada masalah untuk mencuba coffee daripada mereka ini kerana mereka menyediakan program free trial dan jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti anda boleh memulangkan balik coffee maker ini kepada HQ. Lagipun permulaan untuk dapatkan Coffee Maker ini tersangatlah murah, tiada bayaran jika menggunakan kad kredit dan hanya RM 100 jika menggunakan kad debit

    Jika anda mahu mencuba coffee ini sebelum menyewanya di rumah anda, boleh daftar di pautan ini dan anda akan dihubungi oleh pihak mereka

    Daftar sekarang di pautan ini : Free Trial Arissto Coffee

    Sesi trial percuma ini akan dikendalikan oleh Coffee Ambassador dan jangka masa yang akan diambil hanyalah 30 ke 45 minit. Cubalah, tak rugi mencuba 🙂

  • Day 2 Warriors Transformation Challange

    Day 2 Warriors Transformation Challange

    [et_pb_section admin_label=”section”]
    [et_pb_row admin_label=”row”]
    [et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]Hari kedua hari ini!

    Just quick recap about yesterday task

    • Join fb group DONE
    • Download all the support doc/video DONE
    • Visualize me in 6 pack (haha) DONE
    • Buat jadual makan DONE
    • Exercise exercise exercise DONE
    • Install apps lose weight DONE
    • Hantar before picture DONE (Mencabar!)

    Alhamdulillah, manage to do all my to do list. Cuma task yang akhir iaitu hantar before picture tu perghh memang sangat mencabar. Mencabar bukannya nak ambil gambar, tapi mencabar sebab TAK JUMPA NEWSPAPER! Haaaa, serata Sungai Petani cari kedai runcit yang jual news paper, rata-rata cakap

    Mana ada orang baca newspaper dah sekarang ni

    Haha. Memang betul juga apa yang dieorang cakap tu kan. Sebab tu susah nak cari tu. Masa saya tengah cari tu, lalu di sebuah kedai gunting rambut, AHAAA, mesti kat dalam ni ada. Masuk dan tanya kepada barber tu yesss, dia ada newspaper! Minta elok-elok dan dia bagi 🙂

    Gelak tengok gambar sendiri

    Saya minta wife yang ambil gambar untuk saya. Tergelak habis dia masa nak ambil gambar tu. Saya tanya dah kenapa gelak-gelak ni, katanya sebab BADAN U NI MACAM RAKSASA DAH. Bertabahlah wahai diri. Lepas dia ambil gambar tu, saya tengok balik, perghhhh, ITS THAT MEEE??

    Ye lah, selama ni selalu ambil gambar cuba nak sembunyikan betapa membesarnya diri ini, sekarang dah ambil gambar takde lapik lapik dah, memang tergelak besar jugaklah. Tapi deep in my heart, syukur sebab join program ni, at least saya JUJUR DENGAN DIRI SENDIRI dan mahukan perubahan. Heee. Harap ia berkekalan lah kan

    So, today task Day 3, its about doing exercise and jaga makan. Selain tu nak hadam buku buku yang dah didownload semalam tu. Tebal jugak, Harap berjaya baca semua sampai habis

    See you tomorrow![/et_pb_text][/et_pb_column]
    [/et_pb_row]
    [/et_pb_section]

  • Day 1 Warriors Transformation Challenge

    Day 1 Warriors Transformation Challenge

    Kisahnya bermula selepas saya terlihat fb ads yang menayangkan satu challenge untuk turun berat badan / body transformation. Actually, sejak berat cecah angka 90 ni pada tahun lepas, dah beberapa kali usaha untuk nak turunkan ni tak menjadi. Bukan sebab takde ilmu, bukan sebab tak tahu macam mana, cuma TIADA KEKUATAN UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN je. hehe. Sound familiar?

    Sebab tu saya buat keputusan untuk join challenge ni. At least ada support group dan bersama dengan yang lain yang sama sama nak turunkan berat badan.

    So, hari ini merupakan hari pertama, bring it on!

    Macam biasalah, hari pertama adalah hari yang mengujakan. Pagi ni baru dapat join fb group WTC dan bila baca dalam group katanya esok dah boleh cheat day?? haha. Baru nak start esok dah cheat day ni apa hal??

    Heee, actually saya start lambat. Orang lain 1 jan hari tu dah start, saya 6 jan baru nak start. Biasalah takpe better late than never ye tak? So hari ni to do list

    • Join fb group DONE
    • Download all the support doc/video
    • Visualize me in 6 pack (haha) DONE
    • Buat jadual makan
    • Exercise exercise exercise
    • Install apps lose weight
    • Hantar before picture

    Haa, itu to do list hari ini. Minta semua doakan saya terus istiqamah. Blog ni pun saya akan aktif menulis journal proses turun berat. Jom kita turun berat sama-sama 🙂

  • TENTRA MENTORING SPEED DATING

    TENTRA MENTORING SPEED DATING

    Sekali baca macam tentera pulak kan. Apahal pulak saya join tentera speed dating ni. hehe

    Sebenarnya TENTRA – Technopreneur Training Academy dan bukan speed dating bertukar pasangan cari jodoh tu, menangis cik bini kat rumah – mentoring speed dating. Ala-ala kita bertukar mentor minta nasihat dan bina jaringan secara speed.

    Bertuah betul kan?

    Mentor pun bukan calang-calang!

    Banyak lagi tapi sebab event pun dah habis kita skip ajelah. haha

    Tadi saya dan seorang lagi rakan secompany sempat terjah 4 mentor. Masing-masing punya expertise sendiri dan setiap pandangan mereka tu memang mahal. Sangat berterima kasih kepada TENTRA sebab organise event macam ni. Cuma kat fb semalam ada jugak lah member nak join tapi tak dapat sebab event ni tertutup untuk yang dalam ekosistem MTDC sahaja. Tapi berita baiknya lepas ni akan ada lagi banyak aktiviti seumpama ini di masa hadapan open for public.

    Kena selalu check website MTDC

    Mentoring Speed Dating ni acara last. Sebelum tu dah ada program lain. Jamuan raya pun ada ok! hehe. Oklah, kita tampal gambar ajelah

    selfie dengan BOD MTDC skeping. ada RISK MANAGEMENT terbaik yang share tadi. nak tahu PM tepi. hihi

    sekitar Mentoring Speed Dating

    Hayatdimanamana pun ada

    Sekali lagi terima kasih banyak-banyak kepada organised TENTRA kerana anjurkan acara UNIK macam ni. Memang sangat membantu usahawan baru seperti kami ni. Semoga lain kali boleh lagi join 🙂

  • PCNK RAYA BLITZ CHESS CHALLENGE

    PCNK RAYA BLITZ CHESS CHALLENGE

    Raya ke3 tempoh hari PCNK ada mengadakan pertandingan catur santai. Acara tahunan ni jelah yang boleh mengumpul pemaian catur Kelantan yang berada di luar Kelantan untuk bersama-sama eratkan ukhwah. Ramai juga yang hadir, 28 orang kesemuanya!

    Dah jarang sangat berlatih ni, memang teruk sangat prestasi kali ni. hehe. alasan je kan. Dapat tempat ke10, jadilah ada hadiah 🙂

    Keputusan rasmi boleh check di chess result

    Boleh juga check kat bawah ni yang diambil dari website PCNK

    Boleh juga lihat gambar yang banyaknya di buletin catur Malaysia

    Semoga lebih ramai dapat join untuk yang seterusnya. Tak dapat join tu insyaAllah kita adakan lagi untuk masa mendatang

  • Orang besar MCF letak jawatan

    Orang besar MCF letak jawatan

    Chess di Malaysia sekali lagi digemparkan dengan orang besar MCF letak jawatan! Siapa? Sebab belum ada kenyataan rasmi daripada MCF, jadi takkan lah saya yang nak sampaikan kat sini ye tak? Walaupun dah heboh surat letak jawatannya di group wasap, kita tunggu jelah pengumuman rasmi daripada MCF

    Pendapat peribadi sayalah, budaya letak jawatan ni tak popular sangat untuk kita. Jadi, bila dah ada orang letak jawatan ni saya sokong. Atas sebab apa tu, biarlah tuan badan sendiri yang tahu kan. Cumanya bagi kita peminat catur semestinya mahukan ORANG TERBAIK yang menggalas tugas membawa sukan catur di Malaysia ke peringkat lebih tinggi

    Manfaatnya kita juga yang akan dapat kan?

    Semoga MCF terus bawa catur Malaysia ke peringkat lebih tinggi!