Kategori: Business

  • Microleap : Menjadi Pelabur P2P

    Microleap : Menjadi Pelabur P2P

    Dah 2 tahun bergelar pelabur di platform Micro-leap. Microleap merupakan platform yang diberi licence oleh Bank Negara Malaysia untuk menjalankan kegiatan P2P atau peer-2-peer. Untuk pengetahuan korang, BNM ada perkenalkan 2 entiti baru iaitu P2P dan juga ECF bagi menggalakkan lagi industri pelabur pelabur kecil di Malaysia

    Microleap : How its work?

    P2P ni ibarat kita bagi ‘hutang’ kepada syarikat yang ingin mendapatkan dana tambahan bagi membesarkan lagi syarikat mereka. Berbeza dengan ECF yang mana kita tawarkan saham dalam syarikat kita, memberi hutang ini lebih pendek jangkanya. Boleh dikatakan short term investmen juga untuk P2P ni

    Posting ini saya nak cerita mengenai Microleap sahaja

    2 jenis side hustle

    Mudah saja sebenarnya dan korang boleh daftar dan tunggu pengesahan dalam waktu yang singkat. Selepas daftar, boleh pilih syarikat mana untuk diberi pinjam dan terus masukkan duit dan tunggu sama ada pelaburan itu diterima atau tidak

    Jika diterima, maka bermulalah perjalanan pelaburan kepada start up korang! Tahniah!

    Sedikit Tips

    Platform ini tak terelak dari risiko. Walaupun dikawal selia oleh Security Commision tapi ada juga syarikat yang tak mampu membayarnya. Tapi risiko itu cukup rendah iaitu antara 1-2% sahaja. Sebab itu saya nasihatkan gunakan duit lebihan saja dan tak lebih dari 50k setahun buat pelaburan disini

    Saya sendiri hanya 10k sahaja

    2 benda yang kena kenal pasti adalah

    • Tahap risiko – cari yang sederhana dan rendah. Jika risiko tinggi maka default rate juga akan tinggi. Korang boleh lihat tahap risiko di setiap syarikat dan tahap risiko ini sudah dikenal pasti oleh pihak platform
    • Pulangan tinggi – cari yang 18% pa bagi maksimumkan pulangan korang. Jika program berlangsung selama 6 bulan maka pulangan yang akan dapat adalah 9%

    Itu saja, jika berminat untuk bermula melakukan pelaburan di P2P korang boleh daftar di pautan ini dan masukkan code refferal saya (232015) untuk menerima kredit percuma RM 10 dari platform

    Selamat berjaya

  • 2 Jenis Side Hustle

    2 Jenis Side Hustle

    Side Hustle adalah usaha yang kita lakukan untuk menjana pendapatan sampingan. Freelance, gig work dan sebagainya adalah contoh Side hustle

    Saya terbaca satu posting menganai 2 orang Mat Saleh ni yang mana mereka membina satu platform AI dengan kos kurang dari 200usd dan dalam masa kurang 5 bulan berjaya menjual perniagaan mereka ini dengan angka 150k usd

    Satu pelaburan yang sangat bagus. Jika dia boleh buat, kita juga mampu

    Ada 2 jenis

    1) Untuk pendapatan berkala

    Yang ni biasa kita jual servicelah. Contoh pandai design website, jadi offer freelance buat website. Let say charge RM1500 untuk 1 website jadi kalau ada 2 client dah dapat RM 3000 sebulan

    Bulan seterusnya ada 3 client dah dapat extra RM4500

    Bulan seterusnya mungkin hanya 1 client sahaja jadi dapat RM1500

    Siapa nak bagi kan? (iklan : wedding hall menarik di Bangi)

    2) Untuk dijual

    Yang ni tricky sikit sebab kena ada ilmu bisnes. Korang pandai buat apps, kena cari orang pandai buat jualan. Pakat dua orang, tubuh syarikat dan kembangkan apps tu hingga ada takers

    Dah ada takers, juallah

    Lepas tu buat lagi

    Gunakan method yang sama dan jika ada takers tanpa berlengah terus sahaja jualnya

    Arristo Coffee

    Nak berkesan mudah je, kena letak timeline. Timeline yang bagus adalah 6-9 bulan sahaja. If lebih kita dah jadi boring dan dah tak bersemangat

    Kongsikan apa side hustle anda

    Kongsikan dengan saya apakah side hustle yang anda tengah buat sekarang. Mana tahu ada peluang yang boleh kita terokai bersama. Kemahiran saya lebih kepada financing, bab operasi saya perlukan partner untuk jalankannya. Good luck!

  • ADAKAH BETUL DATA DI MYSEJAHTERA KENA JUAL?

    ADAKAH BETUL DATA DI MYSEJAHTERA KENA JUAL?

    Hari ni kita bedah SSM syarikat besar tapi baru yang claim sudah memiliki app MySejahtera

    Cuma ada 2 benda berbeza dalam post ni, yang pertama adalah Pengurusan Data dan yang kedua adalah Pengurusan Syarikat. Kena faham dulu supaya tak buat tuduhan melulu

    1) Pengurusan Data

    Pertama kena faham mengenai cara bagaimana MySejahtera dibangunkan. Apps MySejahtera dibangunkan oleh syarikat local iaitu KPISOFT Sdn Bhd. Sebab mereka tak charge apa apa kepada kerajaan sebab bina atas dasar CSR jadi kerajaan tak keluar satu sen pun dalam pembinaan tu. Cuma data mesti diselia oleh kerajaanYang dibayar hanya kos maps Google dan SMS lebih kurang 10m. Data semua tu masih kuat dalam seliaan kerajaan, tiada kebocoran.

    So yang kata kena jual tu, actually tak betullah. Ada juga yang kata dapat panggilan scammer lebih banyak seminggu dua ni (saya pun sama) dan claim kata dapat no daripada mysejahtera. Entah kenapa korang percaya saya pun tak tahulah, no peribadi kita tu sebenarnya banyak pihak boleh akses. Banklah, join contest apalah so kat situ pun dah leak dah. Kalau betul pun dia dapat no korang kat mysejahtera, takdanya dia nak cakap daripada mysejahtera

    Ok nak lagi mudah macam niSaya sendiri ada 30k no tel hasil buat fb ads. So nak jual no tel ni nampak lebih seksi saya katalah no ni daripada mysejahtera. Orang pun beli dan saya pun happyTapi padahal no tu bukan dari mysejahtera pun, claim je lebih. Dah nama pun scammer korang percaya dah kenapa 😅

    Btw ni contoh tau, saya mmg bukan jenis jual data data ni dan cukup PANTANG dengan transaksi ini

    Ok cukup part data, harap boleh clarifylah

    2) Pengurusan Syarikat

    Yang kecoh dua tiga hari ni adalah berkaitan dengan apabila kerajaan nak ambil alih beli system MySejahtera ni dan tiba tiba company lain yang mohon bukan company yang develop awal awal tadiMySJ Sdn Bhd ni syarikat yang baru ditubuhkan pada 23/9/2020. Dont wory sy dah beli SSM mereka dan tengok list of directors fuhhh orang besar besar semua dalam tu

    + Tan Sri Liew dan Dato Chuah – EcoWorld

    + Tan Sri Shahril – Ex CEO Sapura yang kecoh gaji 200k sehari tu

    + Tan Sri Megat Najmuddin – Chairman Sime Darby Plantation

    + 2 lagi ex KPI Soft company yg asal buat MySejahtera

    Bagi shareholder pulak walaupun company baru 2020 tapi lebih 35 juta shares tau 😅 pemegang terbesar adalah revolusi asia which is own by TS Shahril dan ex KPISOFT tadi. Hasrat Budi pulak owned by Liew dan Chuah dan P2 Asset management yang tak kenal sangat rasanya proxy untuk somebody yang prominent figure jugak

    Pendapat saya?

    Sekali nampak macam strategy backdoor untuk dapat contract kerajaan lah. Ya lah mereka offer nak buat CSR bagi free guna which is kalau nak develop system macam ni kerajaan tiada kepakaran untuk siapkan dalam masa cepat. Then bila kerajaan nak beli melalui perolehan semua system tiba2 bertukar nama itu yang nampak something wrong

    Cuma bagi saya ini strategi bijaklah. Dieorang boleh nampak “kebocoran” system kerajaan dalam perolehan ni which is kalau 200k keatas tak boleh direct nego tapi mereka bagi free so tiada perolehan kerajaan terlibat. Bijakkan. Haha

    Benda ni sensitif sikit sebab mysejahtera tu kita guna selalu so kalau ada begini akan trigger isu safety untuk kita semua

    Moving forward

    Cuma kena ingatlah, bagi saya mysejahtera tu apps yang banyak potensi untuk dikembangkan lagi. KKM boleh buat super apps health untuk rakyat Malaysia apabila covid dah slowly jadi sebahagian daripada kita ni. Bayangkan kita boleh collect ubat kat hospital, buat appointment jumla doktor di apps tu je. Boleh jugak buat point utk set mereka yang derma darah bagi some perks. Macam macam lagilah kalau kreatif ni

    Tanya saya pasal data leakage tu, takdenya ingat ke mudah ke nak jual data macam tu je sebab mesti kena lalui few agency. Setakat ada no tel dan claim dari mysejahtera sesiapa pun boleh claim So keep using mysejahtera, pasal syarikat ni bagilah depa satelkan

  • Jenama ItalyMelayu.com

    Jenama ItalyMelayu.com

    Tadi saja godek godek alexa.com sebab dah lama tak godek ranking website. Dulu masa aktof berblog, alexa rank ni memang satu web yang tools utama lah nak tahu prestasi website kita macam mana

    Kejar rank!

    Haaa, bukan saja mobile legend kita kejar rank tau, blog pun kena kejar rank jugak. haha. Saya type I T A L Y M E L A Y U . C O M dan nak check brapa rank sekarang. Tak expect tinggi pun tapiiii

    Woaaa, rank 3 juta??

    Like seriously website ecommerce camtu pun dia rank ya?

    Apa dia italymelayu.com ni?

    Carbonara serendah RM6 sahaja

    Sejarah

    Actually masa PKP baru start last year, cuba bincang dengan partner nak buat bisnes apa untuk kelestarian syarikat. Ya lah, dah PKP dan banyak sektor ditutup, kenalah cari lubuk lain untuk make money dan fikir punya fikir, kita buat BISNES MAKANAN LAH

    So itulah kisah dia bagaimana lahirnya italymelayu.com ni.

    Menu

    Apa yang kami jual di web ini adalah sebagaimana namanya lah. Menu ITALIAN. Dan di Italy makanan apa yang glamer sudah pastilah PASTA. Apa yang kami jual adalah PASTA BERKONSEPKAN CUSTOMIZE. Maksudnya apa, maksudnya korang boleh customize sendiri pasta yang korang nak buat

    Menu yang boleh customized

    PILIH PASTA – Mula mula korang pilih Pasta apa yang korang nak. Ada pilihan Fettuchine dan juga Spaghetti

    PILIH SOS – Then korang bole pilih sos apa yang nak dimakan bersama. Ada dua juga iaitu Bolognese dan juga Carbonara

    PILIH ADD ON – Yang ni untuk sebagai lauklah, Sekarang ni kami hanya buat meatball sahaja. so bolehah pilih nak 2 meatball ke, 3 ke, 4 ke, nak 10 pun boleh. Memang rekod sekarang ni orang beli 10 biji

    PILIH CHEESE – Bagi yang suka cheezy kami juga buat tambahan mozarella cheese extra. Ada Larga dan juga Extra Large

    So itulah dia Italymelayu.com Nanti saya ceritakan lebih details di masa mendatang. Rasa lapar la pula tengok makanan2 semua ni haha

  • Pengalaman pertama kali ke Previu Bisnes Bersama Arissto

    Pada minggu lepas, saya telah menghadirkan diri ke Previu Bisnes Bersama Arissto di dua lokasi berbeza. Pertama di PWTC Kuala Lumpur pada 19 Januari dan yang kedua di Gurney Hotel Penang pada 20 Januari. Kebetulan sebenarnya sebab ya lah, apabila bisnes baru muncul, perlu kita hadam seeloknya sebelum kita buat keputusan untuk melakukan perniagaan ini

    Pagi sampai petang

    Pada 19 Jan yang diadakan di PWTC tu

  • 7 koleksi menu resepi Arissto Coffee

    7 koleksi menu resepi Arissto Coffee

    Mungkin anda tertanya tanya, mudahkan untuk menggunakan Arissto Coffee Machine ini? Jawapan yang saya boleh kongsikan bagi anda adalah tidak susah. Walaupun pengetahuan saya mengenai coffee cukup terhad, hanya menggunakan resepi yang saya google di internet sahaja boleh jadikan coffee daripada Arissto Coffee Machine ini rasa yang sangat sedap

    Saya akan kongsikan Arissto Coffee Recipe kepada anda. Cubalah resepi Arissto Coffee ini pasti hari anda akan jadi lebih bertenaga

    Espresso

    Brew satu kapsul Luna dan anda susah siap! Espresso ini adalah cara penyediaan termudah. Tapi hati hati, jika anda bukan penggemar coffee, saya cadangkan anda cuba resepi lain dahulu sebelum mencuba Espresso by Luna

    Cappuchino

    Brew satu kapsul Amico dan kemudian brew lagi satu kapsul susu. Kapsul susu juga boleh dicampur dengan susu rendah lemak, pastikan anda panaskan dahulu susu rendah lemak itu untuk menaikkan lagi aroma yang dihasilkan oleh Amico.

    Tips newbie : boleh campurkan gula perang jika anda suka manis

    Latte

    Brew 2 kapsul susu dan seterusnya brew 1 kapsul Sunrise. Seperti Cappuchino, anda boleh campur susu rendah lemak untuk menggantikan kapsul susu

    Hot Chocolate

    Brew 1 kapsul Choco dan ia tersedia untuk diminum! Kapsul Choco ini selalu habis, jadi kena selalu simpan stok jika anda penggemar Hot Chocolate

    Milk Chocolate

    Brew 1 kapsul Choco dan 1 kapsul susu. Rasanya lebih manis berbanding Hot Chocolate. Jika anda tiada kapsul susu, boleh gunakan susu rendah lemak

    Mocha

    Brew 1 kapsul Passion kemudian brew 1 kapsul Choco. Akhirnya brew 1 kapsul susu. Memang terangkat jika cuba Mocha, sangat sesuai untuk diminum waktu petang yang sejuk

    Iced Coffee

    Brew 1 kapsul Passion kemudian brew 1 kapsul susu. Letakkan ice cube ke dalam campuran tadi untuk kesan yang menyegarkan.

  • Arissto Coffee Machine Cara Murah Nikmati Coffee Premium

    Arissto Coffee Machine Cara Murah Nikmati Coffee Premium

    Terbaru diperkenalkan di Malaysia, Coffee Premium Arissto yang memberi pelbagai kelebihan kepada penggemar coffee. Kelebihan utama adalah pengenalan kadar sewa yang hanya RM1 sebulan. Siapa yang tak mahu kan? Sesiapa sahaja boleh dapatkan Arissto Coffee Machine

    Arissto Coffee Machine

    Menurut website Arissto, Coffee yang dijual mereka adalah diperbuat di Italy yang mana terkenal dengan ‘Ibu Coffee’ Mereka memperkenalkan coffee berlainan seperi di pasaran yang mana kebanyakan adalah dalam bentuk serbuk 3 in 1 atau 5 in 1, mereka pula perkenalkan konsep Sewa Coffee Machine (Arissto Coffee Machine ) dengan harga yang tersangat murah (Hanya RM1) dan sebagai return kita perlu membeli capsule (coffee) daripada mereka

    Cuba Sekarang Arissto Coffee Machine

    Tiada masalah untuk mencuba coffee daripada mereka ini kerana mereka menyediakan program free trial dan jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti anda boleh memulangkan balik coffee maker ini kepada HQ. Lagipun permulaan untuk dapatkan Coffee Maker ini tersangatlah murah, tiada bayaran jika menggunakan kad kredit dan hanya RM 100 jika menggunakan kad debit

    Jika anda mahu mencuba coffee ini sebelum menyewanya di rumah anda, boleh daftar di pautan ini dan anda akan dihubungi oleh pihak mereka

    Daftar sekarang di pautan ini : Free Trial Arissto Coffee

    Sesi trial percuma ini akan dikendalikan oleh Coffee Ambassador dan jangka masa yang akan diambil hanyalah 30 ke 45 minit. Cubalah, tak rugi mencuba 🙂

  • TENTRA MENTORING SPEED DATING

    TENTRA MENTORING SPEED DATING

    Sekali baca macam tentera pulak kan. Apahal pulak saya join tentera speed dating ni. hehe

    Sebenarnya TENTRA – Technopreneur Training Academy dan bukan speed dating bertukar pasangan cari jodoh tu, menangis cik bini kat rumah – mentoring speed dating. Ala-ala kita bertukar mentor minta nasihat dan bina jaringan secara speed.

    Bertuah betul kan?

    Mentor pun bukan calang-calang!

    Banyak lagi tapi sebab event pun dah habis kita skip ajelah. haha

    Tadi saya dan seorang lagi rakan secompany sempat terjah 4 mentor. Masing-masing punya expertise sendiri dan setiap pandangan mereka tu memang mahal. Sangat berterima kasih kepada TENTRA sebab organise event macam ni. Cuma kat fb semalam ada jugak lah member nak join tapi tak dapat sebab event ni tertutup untuk yang dalam ekosistem MTDC sahaja. Tapi berita baiknya lepas ni akan ada lagi banyak aktiviti seumpama ini di masa hadapan open for public.

    Kena selalu check website MTDC

    Mentoring Speed Dating ni acara last. Sebelum tu dah ada program lain. Jamuan raya pun ada ok! hehe. Oklah, kita tampal gambar ajelah

    selfie dengan BOD MTDC skeping. ada RISK MANAGEMENT terbaik yang share tadi. nak tahu PM tepi. hihi

    sekitar Mentoring Speed Dating

    Hayatdimanamana pun ada

    Sekali lagi terima kasih banyak-banyak kepada organised TENTRA kerana anjurkan acara UNIK macam ni. Memang sangat membantu usahawan baru seperti kami ni. Semoga lain kali boleh lagi join 🙂

  • CEO baru Herbalife – Richard Goudis

    CEO baru Herbalife – Richard Goudis

    November 2016 yang lepas, Micheal O Johnson membuat pengumuman akan menarik diri menjadi CEO Herbalife dan berkuatkuasa 1 Jun 2017, CEO baru Herbalife adalah Richard Goudis. Goudis bukan nama yang baru dalam Herbalife sebab sebelum ini dia menjawat jawatan CFO dan terbaru COO sebelum dilantik menjadi CEO yang baru. Michael O Johnson cukup popular di kalangan pengedar Herbalife kerana sepanjang menjawat jawatan sebagai CEO telah membawa Herbalife sehingga ke 94 buah negara keseluruhannya sehingga kini. Dia yang memberi laluan kepada Goudis kini menjawat jawatan sebagai Executive Chairman

    Herbalife yang sejak 1980 penubuhannya sehingga sekarang mempunyai 3 CEO yang pernah menjawat jawatan ini. Diharap Goudis yang sememangnya orang yang hebat dari segi ‘innovation’ dapat membawa Herbalife lebih jauh dengan misi dan visi yang lebih power.

    Secara personal, daripada CFO, kepada COO dan sekarang CEO saya rasa dia sememangnya layak dan sangat berharap ‘tempias’nya dapat sampai ke Malaysia 🙂

    WELCOME NEW HERBALIFE CEO!

  • TUBE dibuka untuk pendaftaran

    TUBE dibuka untuk pendaftaran

    UMUR 18 HINGGA 30 TAHUN YANG MINAT NAK BERNIAGA CUBALAH APPLY UNTK DAPAT GERAN MODAL PERMULAAN MENIAGA SEBANYAK RM 15 RIBU TANPA PERLU BAYAR.

    Meniaga apa sahaja,asal buat meniaga.(Bgtau kepada saudara mara,kawan2 tau.mana tahu rezeki mereka)

    *Peringatan Penting*

    1. Pemohon mesti membaca serta memahami konsep pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) sebelum mengemukakan permohonan.

    2. Permohonan dalam talian dibuka mulai *23 Mei 2017 sehingga 15 Jun 2017*. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.

    3. Permohonan boleh dibuat *sekali sahaja*.

    4. Tarikh-tarikh penting (tertakluk kepada pindaan) adalah :-

    -Permohonan dalam Talian – *23 Mei 2017 sehingga 15 Jun 2017*.

    -Sesi Temuduga – *Ogos / September 2017*.

    -Kemasukan Ke Kem (Fasa 1 & 2) *1-21Oktober 2017 (21 Hari)*.

    -Pelaksanaan Perniagaan & Pemantauan (Fasa 3) *Januari 2018 – Disember 2018*.

    5. Sila *pastikan emel* yang digunakan semasa *Pendaftaran ID adalah aktif dan sah*.

    6. Sila lengkapkan semua soalan di setiap Seksyen dengan maklumat yang *tepat dan betul* sebelum menekan butang “Sah dan Hantar”

    7. Sebarang pengemaskinian maklumat *tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang “Sah dan Hantar”*.

    8. Bukti penerimaan permohonan adalah melalui emel yang telah didaftarkan.

    9. Berdasarkan kepada dasar dan prosedur yang diterima pakai, SME Corp. Malaysia berhak untuk meminda, mengganti, membatal atau mengubah mana-mana terma dan syarat permohonan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan penilaian permohonan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dipertimbangkan.
    http://tube.smecorp.gov.my/