Santai Networking. Saya memang plan nak balik ke Kelantan uruskan bisnes family. Kami dalam perancangan nak convert futsal kami sedia ada kepada dewan perkahwinan. Bisnes futsal ni nampak tak boleh nak go dia punya revenue, jadi kita kenalah evolve berubah kepada yang mana ada demand tinggi
Kali ni balik agak lama – 5 hari jadi hari terakhir saya disana tiba tiba muncul idea, jomlah jumpa dengan kawan kawan usahawan di Kelantan ni
Saya wasap Abe Cerah, nampak dia ada buka Cafe lawa di Bachok untuk jadi host dan dia pun alu alukan. Apa lagi, terus post di facebook dan alhamdulillah 13 orang usahawan yang akan join
Cuma biasalah, last last minute jadi 19 orang. haha. lain macam orang Kelantan
1. Faridzul Asyraf (Safari Group) 2.Β Asraff JefferyΒ (Hattori Coffee) 3. Mohd Hafiza (Pusat Tuisyen Satelit) 4. Syahmie (Jiwa Tekad) 5. Amin che hassan (abj petshop) 6. Firdaus Hanapi – Emas Hanapi 7. Nadiah Jafri – NGOFEE 8. Amar (IQI) 9. AHMAD FARIS BIN IBRAHIM (FZ Land Sdn Bhd) 10. MOHAMAD FAHMIN BIN IBRAHIM (FZ Land Sdn Bhd) 11. Wan akmal (El Dinari Catering) 12.Β Faizol ShazwanΒ (Fizow Kitchen)
Saya sampai disana jam 8.20pm. Cukup best, vibe sangat positive disini. Pantai kan. Terus ke kaunter untuk order dan tunggu yang lain untuk sampai sama. Hattori Coffee ni memang lain macam
Tak tunggu lama, dalam 8.40pm tu dah kebanyakan hadir. Kami berbual santai sambil menunggu makanan sampai. Dah nama pun Santai Networking jadi kita santai santai ajelah. Plannya nak tunggu makanan siap sampai baru start macam berkenal kenalan, tapi jam dah 9.45pm saya rasa dah lewat jadi kita teruskan ajelah
Saya mulakan majlis dengan brief mengenai acara ini dibuat.
Saya minta yang datang perkenalkan diri dan offer apa yang boleh diberi kepada kawan kawan yang lain. Sometimes kita ada skill yang orang tiada jadi bolehlah kita offer kepada kawan kawan kita
Lebih kurang jam 10.30pm, lengkap semua perkenalkan diri
Sebab cafe pun tutup jam 11pm dan tak mahu ambil masa staff disana, kami tamatkan acara dengan bergambar di bawah. Terima kasih yang datang!
Boleh buat lagi
Saya rasa acara seperti ini boleh dibuat lagi. Kalau di Bangi ni saya buat Speed Networking Session setiap minggu, disana rasanya boleh dibuat 2 kali sebulan atau at least sekali sebulan. Seronok!
Ada satu genre berkaitan bisnes yang saya suka menonton di Netflix. Tak kira sama ada Korea, Jepun, atau Mat Saleh jika berkaitan genre bisnes saya pasti akan tonton. Terbaru adalah Trillion Game
Trillion Game
Kisah ini adaptasi dari manga. Terjual lebih 1.5 juta copies dan ditayangkan di Netflix bermula bulan ini – Oktober. Hujung minggu setelah menyertai AGM Koperasibangi.com otak agak drain memikirkan pelbagai benda saya decide untuk tengok netflix dan cerita Trillion Game ini di cadangkan oleh AI mereka.
Adaptasi dari Manga Trillion game
Macam biasalah, lepas 1 episod, 1 episod lagi dan end up 10 episod dihabiskan dalam masa sehari
Rating 8.5/10
Cerita Jepun ni memang susah tak best. Memang cerita mereka buatkan kita hook dan nak tonton dan tonton lagi. Personal rating saya bagi 8.5
Sinopsis
Kisah ini mengisahkan 2 orang sahabat yang mencipta nama menjadi orang terkaya di Jepun dengan menubuhkan syarikat diberi nama Trillion Game. Bermula dari ingin cari investor sehinggalah akhirnya berjaya menjadi kuasa besar bisnes, sememangnya banyak ilmu boleh belajar dari cerita ini
Strategi
Aha moment bagi saya dalam cerita ini episod 1 lagi yang mana apabila mereka ditawarkan dengan jumlah pelaburan yang banyak tapi memerlukan korban 51% saham mereka. Apa mereka buat tidak tolak tapi menggunakan peluang itu untuk mendapat pelaburan yang baru
Tak terfikir jugak, jadi ini mungkin strategi boleh digunakan oleh start up jika ada big company nak acquire dan kita pun belum ready nak serahkan, boleh gunakan tektik ini. Cuma tak bolehlah saya nak cerita habis korang kena tonton sendiri
Plot cerita ni saya sangat suka, lakonan juga sangat ok, pelakon juga berjaya mainkan peranan mereka. Cuma ending je tak berapa best dan tiada ‘kick’ sangat. Bagi saya boleh buat plot twist or jadikan ia ending yang lagi best untuk penonton
Berbaloi
Apa apa pun, memang berbaloi untuk spend 9-10 jam menonton series ini. Selamat menonton!
Tamat sudah program Nak Ubah Hidup 2020 anjuran Richwork Sdn Work yang berlangsung pada minggu lepas. Ini event ke 3 rasanya yang saya hadir ke kelas Dr Azizan ni, dah lama sebenarnya tak join sejak pulang belajar dari UK lagi rasanya tak pernah join, ni baru berkesempatan untuk join
Tiada sebab lain untuk join melainkan nak dapatkan networking
Sebenarnya kalau join program seperti NUH2020 ni, ada 3 benda yang kita akan dapat yang kita tidak tahu dan ramai yang termiss benda ke 3 tu. Apa dia?
1.Ilmu
Ilmu yang Dr Azizan bagi semasa kelas ni memang bagi saya ada yang baru dan banyak yang ada di buku dan youtube. Hujung jari sahaja boleh akses benda tu. Cuma ya lah, kalau kita berguru dengan tiada guru ni, adab dia tiada. Jadi seeloknya kita sertailah kelas kelas seperti NUH2020 dan dapatkan ilmu sebaiknya
Cuma mungkin tiada tempat lain adalah ilmu pengalaman hidup orang lain. Haa itu yang mahal dalam kelas Dr Azizan. Sebab dia sememangnya dah lama dalam bidang ni mengajar orang untuk menjadi kaya dan berjaya, maka ramailah anak muridnya yang berjaya. Jadi perkongsian pengalaman dalam ilmu mereka memang priceless dan tidak ada di tempat lain
Ilmu ini akan pudar kurang dari 12 jam jika kita tidak ulang kaji balik
2.Motivasi
Saya boleh validate memang selepas hadir ke kelas NUH2020 ni memang motivasi naik 200%. Haha, memang kat kelas perniagaan lain yang naik atas kerusi, bersorak gembira tu biasa tapi dalam NUH2020 ada yang lagi luar biasa. Saya sangat suka bahagian bagaimana kita tukar benda negatif menjadi sesuatu yang memberi energy kepada kita
Macampelik kita je duduk. haha. Sakit kaki, jadi ada alasan hehe
SWITCH – Haaa part ni memang meremang bulu roma habislah. Rasanya sangat berkesan untuk dapatkan motivasi kita selalu tinggi. Boleh dibuat semasa bangun 5 pagi nanti. haha
Tapi itulah, setinggi mana motivasinya pun, kurang 18 jam daripada habis event ia akan pudar
3.Networking
Ini adalah benda yang saya cari di mana mana acara perniagaan. Networking. Networking atau kenalan baru dalam bisnes ni sangat penting. Kita bercakap, bertegur sapa dengan peserta dalam kelas tu mungkin dia tu boleh jadi supplier kita, dapat akses terus dengan bos (sebab bos biasa datang event macam ni) atau mungkin bakal client kita yang memang mencari produk atau service seperti kita dan mungkin juga boleh jadi partner kita di kemudian hari
Tun M pun datang, memang terbaik
Saya perasan benda ni yang jarang orang kita grab. Seperti program NUH ni, kita ada lebih kurang 13000 yang boleh menjadi kita punya new networking. Tapi saya perasan, tak ramai yang bersembang dan berkenalan antara satu sama lain. yang ada pun bersembang dengan kawan yang sudah jumpa atau main telefon ketika rehat
Sayang sekali sebab networking yang kita bina akan kekal selama lamanya walaupun event itu sudah habis
Ok, cukup dulu mukaddimah. Haha panjang betul entry ni
TENTANG PROGRAM NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020
Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.
Muka penat, tapi hati gembira gitu
Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam. Selama 12 tahun (2008 β 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, kami dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka.
Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.
Saya harap usahawan yang masih tiada mentor bolehlah berguru dengan Dr Azizan ni, memang program yang mereka Richwork anjurkan sememangnya memberi impah kepada kita (Ya, saya pun usahawan)
Kepada anda yang mahu menyertai program ini di waktu yang lain, boleh layari website rasmi NUH2020 di pautan ini. Memang recomended!
Sejak menjadi pengguna tegar bas ni, saya memang mencari alternatif untuk jadikan tiket bas tu murah. Kalau satu perjalanan jimat RM2, 10 perjalanan dah RM20 ye tak? Sebab tu dengan secara tak sengaja saya terjumpa applikasi Catch That Bus!
Catch That Bus
Ia merupakan satu applikasi tempahan BAS EXPRESS. Bagi anda yang tak nak ke stesen bas semata-mata untuk beli tiket bas (macam saya) boleh menempah bas, siap boleh pilih seat lagi hanya dihujung jari sahaja. Prosesnya tak lama dan sehingga saya menggunakan applikasi ini hanya terdapat 1 masalah. Tu pun masalah yang apabila saya contact customer support mereka, siap pulangkan balik lagi duit tu π
Diskaun
Jika dulu, anda menempah bas express dengan mereka, transaction yang lepas mereka akan berikan kupon RM2 jika anda share di social media anda. Siapa tak nak benda diskaun ni kan? Tapi sekarang, promosi tu dah ditamatkan dan diganti dengan wallet. Apabila anda mendaftar dengan mereka, anda akan diberikan RM10 credit wallet dan anda boleh gunakan untuk pembelian tiket anda. Ada syarat dia, hanya 25% sahaja boleh digunakan untuk setiap transaksi. Oklah, pembelian pertama selepas mendaftar anda jimat RM2.50, pembelian kedua jimat RM1.80!
Harap mereka boleh tambah features untuk refferal. Oh ya, entry ini bukan entry berbayar ya. Ia entry penulisan dari pelanggan yang berpuas hati π
Improvement?
Saya harap sangat ada applikasi yang menghantar barang menggunakan bas ekspress. Bisnes satay ikan saya memang menggunakan bas ekspress untuk menghantar produk saya. Dari Kelantan ke Sungai Petani, satu kotak driver bas cas RM20. Saya rasa jika dibuat secara sistematik, model bisnes ini boleh pergi jauh. Sekarang ni kebanyakan operator bas ‘tak pandai’ buat bisnes, mereka cas terlampau mahal dan end up customer ‘kawtim’ dengan driver dan driverlah yang dapat duit tambahan. Jika operator boleh sediakan perkhidmatan ini dengan lebih murah, sudah pasti mampu bagi source income lebih kepada syarikat
Pihak CatchThatBus boleh proposed dengan mereka untuk sediakan platform, pasti ramai yang akan menjadi pengguna setia π
Kesimpulan
Tak cuba tak tahu. Anda cubalah sendiri perkhidmatan mereka. Available untuk IOS dan juga Android. Pendaftaran pertama RM10 tau dapat. Daftar cepat2 π
Esok puasa tapi hari ni dah berbuka puasa? Hihi! Semalam saya telah ke majlis Pelancaran Berbuka Puasa Sempena Ramadhan 2017 bertempat di Restoran Nelayan Gombak. Biasalah dah nak puasa ni, mestilah restoran-restoran giat nak mempromosikan restoran mereka supaya kekal releven di mata masyarakat. Sebut promosi, mestilah harga pun murah dan kita sebagai penggunalah yang untung, tak gitu?
Restoran Nelayan Gombak ni sejarah asalnya diberi nama Restoran Nelayan Titiwangsa. Popular jugaklah kerana keunikan restorannya yang ‘terapung’ Tapi pada tahun 2012 telah bertukar alamat ke alamat baru di Gombak. Tu yang sekarang ni nama Restoran Nelayan Gombak. Pengurusan pun dah bertukar tangan untuk memantapkan lagi perkhidmatan.
Buka puasa di Restoran Nelayan Gombak
Bagi yang berada di sekitar Gombak (ataupun mana-mana jelah) boleh consider restoran ni untuk dijadikan tempat untuk berbuka puasa. Selain menu yang pelbagai, ada promosi istimewa sempena Ramadhan ni iaitu buffet serendah RM49 sahaja dan separuh harga untuk kanak-kanak dan warga emas.
β
Menu tu ye lah kan memang banyak, tapi yang unik tempat ini adalah kemudahan yang disediakan. Tempatnya memang luas, orang ramai pun takdelah rasa sempit sangat dan kemudahan lain seperti kawasan letak kereta, tandas juga selesa. Recomended!
Sekitar Majlis Pelancaran Berbuka Puasa di Restoran Nelayan Gombak
Semalam disebabkan masalah teknikal (hihi) saya sampai agak lewat ke majlis tu. Mungkin orang terakhir kot sampai! Tapi alhamdulillah sempat jugalah merasai kesedapan makanan yang disediakan. Special jugak sebab dah takde yang nak makan, jadi saya jelah yang makan semua tu. hehe. Ini beberapa gambar yang sempat di snap
β
LIVE COOK Gulai Kawah Tanjung memang terbaik. Rasalah kekampungannya tu.
β
Roti Jala Magic ni mulanya ingatkan nama magic sebab warnanya yang warna-warni, tapi rupa-rupanya sebab gunakan tepung Magic Floor.β
β
Satu lagi keunikan Restoran Nelayan Gombak sebab ia mengetengahkan produk-produk IKS untuk dibeli oleh pelanggan. Bolehlah menyokong barangan tempatan ye tak? Kuih raya memang banyak piihan!
Live performance semalam memang merdulah suara penyanyi tu. Nyanyi lagu Aiman Tino part last tu memang terbaik. hehe.
********
Detail lanjut bolehlah layari fb mereka di pautan ini
Alamat restoran ini jangan tertukar di Google Maps sebab ia masih tidak update. Alamat yang betul adalah Batu 3/4 Jalan Gombak Utara Kuala Lumpur. Tak jumpa juga boleh hubungi no dibawah
0361858400
0132237228
Oraite, itu sahaja. Semoga bermanfaat. Dah try makan kat situ, post2 la gambar kat sini ya π
Alhamdulillah, berakhir sudah SUNGAI PETANI AGE GROUP CHESS CHAMPIONSHIP semalam. Lebih 90 peserta mengambil bahagian semalam dan segalanya berjalan lancar.
Ini merupakan kejohanan pertama yang saya anjurkan luar dari negeri Kelantan. Kalau kat Kelantan tu dah biasa sangat dah, tahun ni cuba nak anjurkan di luar pula dan Kedah dijadikan pilihan sebab memang dah tinggal sini ye tak. Kenalah berbakti kepada bumi diduduki. hehe
Pengalamannya? SUPER BEST!
Banyak benda baru belajar semalam, nasib baik member2 di Kedah ni semua sporting boleh ‘pejam mata’ dengan kekurangan. hehe. Tak sangka juga dapat dewan MPSPK yang super besar tu, Alhamdulillah semua berjalan lancar
Ada beberapa perkara yang boleh ditingkatkan untuk penganjuran akan datang
Promosi offline. Tak banyak buat promosi oflline sebab desakan masa. 3-10 hari tu ada kursus memang semua promote online je. Sepatut bagi juga surat kepada sekolah tapi tu lah, tak sempat π
Pendaftaran. Ingatkan kat Kelantan je jenis tak suka daftar online ni, Kedah pun sama. huhu, Susah nak baiki tabiat orang kita last minute baru nak daftar dan daftar pun ‘ala-kadar’ je dan akibatnya susah kepada penganjur untuk cari balik info sebab urusan NR ni leceh jugak. Tarikh lahir, No Mykin/Kad pengenalan semua tu
Tu je dulu boleh kongsi. InsyaAllah lepas ni akan ada lagi kejohanan di Sungai Petani. Kita buat bersiri, bagi tiap-tiap bulan ada. haaaa, main chess sampai muntah gitu!
Terima kasih kepada ibu bapa yang support dan juga player catur Kedah yang datang untuk sertai. Next time datang lagi yaaa π
Banyak betul angka pada tajuk entry π Alhamdulillah, dah berakhir hari kedua program Symbiosis 3.0 untuk Fasa ke 2 ini. Symbiosis bagi yang tak familiar dengan program ini, merupakan satu program dibawah Malaysian Technologies Development Corporation (MTDC) untuk mencari usahawan supaya mengkomersilkan produk penyelidikan berteknologi daripada pihak Universiti.
Bunyi macam kompleks tapi simple dia end of programme kami akan menjual produk hasil research Uni tempatan. Of course diberi grant π
Sejak semalam dah berkampung di Ibis Styles Hotel Cheras sehinggalah 10hb nanti. Ini merupakan fasa kedua program yang mana fasa pertama dulu daripada 200 yang layak dipilih untuk ke fasa sekarang ini. Fasa ini diterajui oleh MTDC Academy. Ada 3 fasa lagi, harap dapatlah saya menempuhi kesemuanya dengan andrenalina yang secukupnya
Kenapa banyak sangat fasa, inilah merupakan tapisan-tapisan yang ketat untuk penerima grant DUIT RAKYAT. Kalau main bagi je, bangkrupt lah negara ye tak.
Apa yang menarik hari kedua?
Hari ini ada 5 sesi talk. Talk pertama dari Mr Noor Amal Morad yang bercakap mengenai WHY START YOU OWN BUSINESS. Bunyi macam tajuk-tajuk biasa program keusahawanan tapi sangat best input yang diberi sebab memberi dimensi yang berlainan yang mana akhir program nanti syarikat yang akan dibina adalah berasaskan teknologi. Ia tak sama dengan nature bisnes yang saya ceburi sekarang iaitu trading jadi kenalah bagi tumpuan yang 110%
Talk kedua disambung oleh MTDC recipient company, Tuan Romli Ishak yang bercakap mengenai perbezaan antara BOSS DAN LEADER. Permulaan tu dah risau tengok penampilan macam jenis yang nak-kena-tahan-mengantuk tapi end up sepanjang talk gelak sakan je! Tuan Romli share journey dia daripada tiada duit kepada menubuhkan syarikat yang bernilai jutaan ringgit. Ada ilmu baru dikongsi – JUAL BELI SYARIKAT. Sebelum ni adalah dengar kisah jual beli syarikat ni tapi penerangan yang Tuan Romly kongsi tadi betul-betul eye opener dan sentap pun ada. Mentaliti orang kita bila mulakan sesuatu perusahaan biarlah ia kekal bersama kita dan orang lain tak boleh nak campur tangan. Sebab tu kebanyakan company tempatan hanya syok sendiri. Saya tak reti nak ulas dalam bentuk penulisan blog ni, memang ilmu yang dapat tu sangat-sangat berbaloi!
β
Talk ketiga dan keempat tadi lebih dekat sebab mereka merupakan syarikat daripada program Symbiosis juga. Tuan Shahiwan dan Normawarni kongsi pengalaman mereka dalam Symbiosis ini, apa yang kami kena expect kena lalui antaranya yang paling kritikal adalah dalam berhadapan dengan team member apabila running company nanti. 58 daripada kami hanya 30 yang akan dipilih untuk ke fasa seterusnya yang mana 10 company akan ditubuhkan. Maknanya setiap company ada 3 orang yang akan handle dan itulah cabaran sebenar perlu berhadapan dengan 3 pemikiran yang berlainan untuk run satu company. Tapi saya yakin, pendedahan awal yang mereka ceritakan tadi kesemua rakan kursus dapat absorb dan kemahiran dalam berorganisasi akan digunakan semaksimum mungkin
β
Sesi malam pula kami bersama dengan Puan Shahana, real expert researcher yang dah berkecimpung dalam dunia multi billion company. Sesi Puan Shahana walaupun tajuknya agak berat iaitu Market Validation tapi rasa keterujaan tu lagi bertambah. Ada ilmu baru yang saya dapat malam ini iaitu mengenai CUSTOMER HOT BUTTON. Produk kita perlu ada dua benda ni untuk menyentuh hot button. Pertama solving pain – contoh jika kita pening terus kita akan ingat penadol. Kedua giving happiness – contoh smartphone dengan adanya smartphone dah banyak kita benda lain seperti jam, kamera dan even laptop kita tak perlukan sebab ia dah selesaikan masalah kita. 2 elemen ini perlu ada dalam produk kita untuk menjadikan produk kita lebih diterima di pasaran sana
Group KANTAN
β
Saya berada di dalam group Kantan. Oh, kami disini dipecahkan kepada 12 kumpulan. Akhir program nanti setiap kumpulan akan dinilai melalui sesi pitching teknologi yang kami pilih. Menariknya bukan pitching itu sahaja yang dinilai, tapi terdapat pertandingan yang menarik yang mana setiap task diselesaikan akan diberi DUIT. Tapi sayang bukan duit betul. hehe. kan bagus kalau duit betul. haha. Tapi bukan duit betul pun semua group masing-masing tak boleh kalah semua nak menonjol tapi dengan kehebatan CFO group kantan memanipulasi sumber yang ada, rasanya kami di ranking kedua sekarang. haha. Trick dia tak boleh share, nanti lepas habis program baru boleh share. hehe
Oklah, dah panjang sangat dah ni membebel, esok hari ketiga pula. Mungkin lusa lah saya sambung menulis lagi. Tu pun jika rajin lah. Hehe. terima kasih yang sudi baca π
MAHA 2016 berlangsung pada 1 hingga 11 Disember 2016. Jumaat semalam saya sempat terjah ke sana dengan beberapa orang kawan lain. Kebetulan sebenarnya sebab hari Sabtu kena hadiri AGM Chess Malaysia jadi bertolak dari Sungai Petani hari Khamis lagi sempatlah terjah MAHA 2016 pada hari Jumaatnya
Disini saya akan ceritakan 16 perkara UNIK yang ada di MAHA 2016!
1. MAHA besar tempatnya!
Keluasan tapak MAHA 2016 ini tersangatlah besar. Jika anda dah pernah pergi ke MAHA sebelum ni, anda pasti akan nampak saiznya bertambah besar! Mungkin 2017 nanti bertambah besar manalah tahu. Tapi yang tak suka berjalan tu tak perlu risau, ada perkhidmatan tram disediakan dari satu point ke point yang lain. 2. Terlampau banyak jenis makanan
Di bahagian makanan, ada banyak tapak yang sediakan jenis makanan dan di tempat rasmi terdapat lebih 168 jenis makanan. PENGSAN nak try satu-satu. Saya ada try Udang Sanggul, Satay Tulang dan Set Ikan Patin – TERBAIK rasanya. Nak list kat sini memang tak terdaya. Kena pergi sendiri ok
3. Belajar bersawah
Walaupun negara kita antara pengeluar padi yang besar, tapi berapa ramai yang peduli atau ambil tahu prosesnya kan? Bagus pendekatan MOA ni sebab mereka membawa sawah padi ke MAHA! Kita akan belajar cara menanam padi, nak beza jenis beras dan pelbagai lagi berkaitan padi. 4. Ada dugong!
Yang tak pernah tengok dugong (saya antaranya!) anda boleh lihat dugong di MAHA 2016. Selain dugong, ada ikan Yu ok. Banyak lagi jenis ikan yang RARE anda boleh lihat sendiri. Satu lagi 5 bintang untuk mereka bawa spesis ikan yang RARE ini ke MAHA 2016
5. Lawan SADO dengan lembu SADO
Lembu yang seberat 1 tan ni ada beberapa ekor di MAHA 2016. Nama sado kerana badannya memang SADO! Masa saya pergi, lembu ni tengah duduk, mungkin penat sebab berat terlampau kan? Hehe, makan tak ingat dunia tu lah jadinya.
6. NAFAS CUBE
Tarikan baru di MAHA 2016 adalah NAFAS CUBE. Menarik konsepnya kerana mengetengahkan 3 jenis iaitu CUBE, TUBE dan alamak tak ingat nama dia satu lagi tapi dalam khemah. Khemah pun ada katil ok siap ada plug point lagi. Cakap-cakap dengan pegawai kat situ kenapa ada khemah supaya anak-anak bandar ni merasai suasana camping yang dah lama orang lupakan. Dalam satu masa tempat ni boleh muat 56 orang. Menariknya NAFAS CUBE mereka hanya ambil masa bina tempat ni kurang dari 3 bulan! Wow, terbaik juruteranya
7. UPIN IPIN yang tak pernah besar
Tarikan terbesar rasanya adalah kampung Durian Runtuh inilah. Kampung Upin Ipin. Tempat ini berbayar tapi eloklah berbayar sebab berbayar pun penuh orang dalam dewan! Tiketnya RM25 dewasa dan RM10 kanak-kanak. Best sebab konsep AGROTEINMENT yang diterapkan. Kat sini anak-anak (mak bapak pun ye jugak) diberi satu pasu untuk menanam pokok secara praktikal. Konsep animasi yang dibuat juga memang akan menarik minat anak-anak ni untuk tahu lebih detail mengenai penanaman pokok ini. Last sebelum keluar, ada SHOW LIVE Upin Ipin, huh, seronok lah kan saya dengar WOOOOOOO dari kanak-kanak ni apabila Upin Ipin yang real keluar.
Katanya dah 10 tahun sambut hari raya dengan umur 5 tahun. Hehe. Tak besar-besar!
8. Armada jentera
Mesin jentera yang terkini dan tercanggih juga ada dipamerkan. Yang seronoknya anda boleh naik jentera ni. Haaa, yang tak pernah merasa naik mesin padi bolehlah merasa. Ada juga bumble bee mesin padi dipamerkan. Wow, transformer keMalaysiaan sangat!
9. Laman Nanas
Nanas adalah antara tanaman yang banyak kita eksport ke luar negara. Saya pernah menonton Majalah 3 dan kagum dengan pengeluarannya. Di MAHA lagi kagum sebab kita boleh dapat info terus daripada yang pakar. Disini ada tempat photo 3D yang anda boleh cuba. Juga ada demo pembuatan kertas daripada nanas dan boleh cuba sendiri membuat benang daripada Nanas! Menarik
10. Taman herba
Banyak sangat jenis herba dan buah yang ada disini. Menariknya mereka menanam semua ni untuk MAHA. Maknanya mereka akan merancang supaya herba dan pokok buah ini masak ketika MAHA 2016 berlangsung. Ada juga tempat rumah madu kelulut siap boleh hisap madu direct lagi
11. Tempat konsert konsep lereng
2 malam akhir ada persembahan konsert diadakan. Ada sponsor 5 biji iPhone 7 lagi. Apa yang menariknya lokasi konsert ini atau namanya DβLereng adalah pentas utama berada di bawah! Santai boleh ajak keluarga ramai-ramai kerana muzik yang dibawa pun berkonsepkan RHYTHM OF FARMERS.
Sebut pasal muzik, korang dah dengar lagu MAHA 2016? Terbaik, boleh klik play dibawah
12. Jumpa ramai pemimpin negara
Korang nasib baik boleh jumpa ramai pemimpin negara kat MAHA 2016 ni. Di laman padi ada Menteri Besar Kelantan datang untuk merasmikan satu program. Saya terkebetulan dengan menteri MOA sendiri dan sempat sembang-sembang lagi mengenai harapan dia untuk MAHA ni
Bagus katanya kenapa MAHA saban tahun ada perubahan sebab itulah yang dia kata perlu ikut peredaran masa. Contoh bagaimana nak tarik kanak-kanak supaya memandang industri AGRO sebuah industri yang tak bosan mereka kerjasama dengan produksi Upin Ipin. Nak tarik golongan muda, ada tempat yang orang muda akan pergi.
Keep it up!
13. Pameran produk IKS yang terlampau banyak
Ada lebih 300 booth IKS di satu hall dan disana ada 2 hall. Huh, boleh bayangkan betapa banyaknya booth nak kena jalan untuk terjah semua? Memang saya tak sempat terjah semua tapi untuk syarikat yang masuk ke MAHA 2016 untuk branding ni memang satu usaha yang efekrik untuk memperkenalkan produk mereka kepada mass customer
14. Agensi Kerajaan tak memboringkan
Biasanya booth pameran agensi kerajaan ni membosankan kan? Tapi tidak di MAHA! MOA mempunyai 14 (ye kot, hihi) agensi dibawahnya semua tempat tonjolkan keupayaan masing-masing dengan pelbagai aktiviti menarik di booth mereka. Untuk badan yang menyediakan pinjaman dan geran seperti TEKUN mereka bawa usahawan-usahawan mereka yang berjaya. Tertarik dengan ice cream mash mellon. Biasa ice cream kelapa je kan ni tak jumpa lagi di luar sana ni!
15. Main bola di sawah!
Rugi tak bawa baju lebih! Masa di Laman Padi, ada beberapa kumpulan anak muda yang sedang main bola SELUT! waha, rasa nak terjun juga tapi fikir tak bawa baju kena lupakan hajat. hehe.
16. 2017 akan lebih UNIK!
Banyak lagi kalau nak cerita keunikan MAHA 2016 ni tapi untuk MAHA 2017 lagi UNIK! Itulah sebenarnya keunikan MAHA, tiap-tiap tahun ada je perubahan dan perubahan ini kepada yang lagi elok. Harap dapat diteruskan lagi untuk tahun tahun mendatang dan kepada anda yang belum pernah ke MAHA, memang 2017 nanti kena terjah!
KEJAYAAN MAHA 2016
Rasanya MAHA 2016 adalah terbaik dari segi penganjuran antara tahun-tahun sebelumnya. Selain daripada jumlah pengunjung yang cecah jutaan orang, pempamer juga meneruima durian runtuh dengan produk yang diniagakan bertambah laku. Di bawah ada beberapa gambar official daripada pihak MAHA 2016
Alhamdulillah, saya terpilih untuk sertai program pemilihan peserta Symbiosis 3.0 yang diadakan selama 3 hari mulai hari ini. Pendaftaran tadi adalah dalam 180 orang dan esok merupakan hari pengumuman yang akan layak ditemuduga. Hanya 100 orang yang akan dipilih
Daripada 100 orang yang ditemuduga, hanya 60 yang akan terpilih untuk sertai fasa seterusnya dan akhirnya hanya 30 peserta dipilih untuk memulakan start up company technology-based sebanyak 10 buah. Banyak juga fasa kena tempuh, excited sebab baru lepas hari pertama
Mula dengan pendaftaran petang tadi dan masa ice breaking dah kena bantai kuat-kuat dengan mentor daripada MTDC. Dieorang bagi satu kertas dan kita kena bahaskan berdasarkan ayat pada kertas itu. Sesi malam pula lebih santai, kena bentangkan idea perniagaan yang sesuai dijalankan dikawasan kita. Lepas tu diteruskan dengan permainan yang mana kita diberi sejumlah wang untuk membina model kapal terbang dan dijual bagi mendapat profit.
Best jugak spend 2000 (duit monopoly) tetapi tiada satu pun terjual – sebab tak cukup masa! hehe
Apa itu MTDC?
MTDC stand for Malaysian Technology Development Corporation yang mana merupakan agensi yang membantu usahawan untuk terus maju dalam perniagaan berasaskan teknologi. Sebab utama saya join program ini adalah untuk cuba sesuatu yang baru. Nama pun sukakan cabaran ye tak? Jadi technopreneur gitu!
Tak panjang entry kali ni, jam pun dah 12 lebih, esok kena bangun awal nanti ada masa saya cerita pengalaman di hari kedua pula π