Blog

  • 1st Help University Chess Tournament 2017

    1st Help University Chess Tournament 2017

    Semakin banyak Uni tempatan yang adakan pertandingan catur di Uni mereka. Terbaik!

    Untuk mendaftar anda boleh layari blog rasmi mereka disini Dah lama tak masuk tournment ni, rasanya kali ni nak main disana lah. jom?

  • Kenapa anda perlu guna Catch That Bus

    Kenapa anda perlu guna Catch That Bus

    Sejak menjadi pengguna tegar bas ni, saya memang mencari alternatif untuk jadikan tiket bas tu murah. Kalau satu perjalanan jimat RM2, 10 perjalanan dah RM20 ye tak? Sebab tu dengan secara tak sengaja saya terjumpa applikasi Catch That Bus!

    Catch That Bus

    Ia merupakan satu applikasi tempahan BAS EXPRESS. Bagi anda yang tak nak ke stesen bas semata-mata untuk beli tiket bas (macam saya) boleh menempah bas, siap boleh pilih seat lagi hanya dihujung jari sahaja. Prosesnya tak lama dan sehingga saya menggunakan applikasi ini hanya terdapat 1 masalah. Tu pun masalah yang apabila saya contact customer support mereka, siap pulangkan balik lagi duit tu πŸ™‚

    Diskaun

    Jika dulu, anda menempah bas express dengan mereka, transaction yang lepas mereka akan berikan kupon RM2 jika anda share di social media anda. Siapa tak nak benda diskaun ni kan? Tapi sekarang, promosi tu dah ditamatkan dan diganti dengan wallet. Apabila anda mendaftar dengan mereka, anda akan diberikan RM10 credit wallet dan anda boleh gunakan untuk pembelian tiket anda. Ada syarat dia, hanya 25% sahaja boleh digunakan untuk setiap transaksi. Oklah, pembelian pertama selepas mendaftar anda jimat RM2.50, pembelian kedua jimat RM1.80!

    Harap mereka boleh tambah features untuk refferal. Oh ya, entry ini bukan entry berbayar ya. Ia entry penulisan dari pelanggan yang berpuas hati πŸ™‚

    Improvement?

    Saya harap sangat ada applikasi yang menghantar barang menggunakan bas ekspress. Bisnes satay ikan saya memang menggunakan bas ekspress untuk menghantar produk saya. Dari Kelantan ke Sungai Petani, satu kotak driver bas cas RM20. Saya rasa jika dibuat secara sistematik, model bisnes ini boleh pergi jauh. Sekarang ni kebanyakan operator bas ‘tak pandai’ buat bisnes, mereka cas terlampau mahal dan end up customer ‘kawtim’ dengan driver dan driverlah yang dapat duit tambahan. Jika operator boleh sediakan perkhidmatan ini dengan lebih murah, sudah pasti mampu bagi source income lebih kepada syarikat

    Pihak CatchThatBus boleh proposed dengan mereka untuk sediakan platform, pasti ramai yang akan menjadi pengguna setia πŸ™‚

    Kesimpulan

    Tak cuba tak tahu. Anda cubalah sendiri perkhidmatan mereka. Available untuk IOS dan juga Android. Pendaftaran pertama RM10 tau dapat. Daftar cepat2 πŸ™‚

  • CEO baru Herbalife – Richard Goudis

    CEO baru Herbalife – Richard Goudis

    November 2016 yang lepas, Micheal O Johnson membuat pengumuman akan menarik diri menjadi CEO Herbalife dan berkuatkuasa 1 Jun 2017, CEO baru Herbalife adalah Richard Goudis. Goudis bukan nama yang baru dalam Herbalife sebab sebelum ini dia menjawat jawatan CFO dan terbaru COO sebelum dilantik menjadi CEO yang baru. Michael O Johnson cukup popular di kalangan pengedar Herbalife kerana sepanjang menjawat jawatan sebagai CEO telah membawa Herbalife sehingga ke 94 buah negara keseluruhannya sehingga kini. Dia yang memberi laluan kepada Goudis kini menjawat jawatan sebagai Executive Chairman

    Herbalife yang sejak 1980 penubuhannya sehingga sekarang mempunyai 3 CEO yang pernah menjawat jawatan ini. Diharap Goudis yang sememangnya orang yang hebat dari segi ‘innovation’ dapat membawa Herbalife lebih jauh dengan misi dan visi yang lebih power.

    Secara personal, daripada CFO, kepada COO dan sekarang CEO saya rasa dia sememangnya layak dan sangat berharap ‘tempias’nya dapat sampai ke Malaysia πŸ™‚

    WELCOME NEW HERBALIFE CEO!

  • Buka puasa di Restoran Nelayan Gombak

    Buka puasa di Restoran Nelayan Gombak

    Esok puasa tapi hari ni dah berbuka puasa? Hihi! Semalam saya telah ke majlis Pelancaran Berbuka Puasa Sempena Ramadhan 2017 bertempat di Restoran Nelayan Gombak. Biasalah dah nak puasa ni, mestilah restoran-restoran giat nak mempromosikan restoran mereka supaya kekal releven di mata masyarakat. Sebut promosi, mestilah harga pun murah dan kita sebagai penggunalah yang untung, tak gitu?

    Restoran Nelayan Gombak ni sejarah asalnya diberi nama Restoran Nelayan Titiwangsa. Popular jugaklah kerana keunikan restorannya yang ‘terapung’ Tapi pada tahun 2012 telah bertukar alamat ke alamat baru di Gombak. Tu yang sekarang ni nama Restoran Nelayan Gombak. Pengurusan pun dah bertukar tangan untuk memantapkan lagi perkhidmatan.

    Buka puasa di Restoran Nelayan Gombak

    Bagi yang berada di sekitar Gombak (ataupun mana-mana jelah) boleh consider restoran ni untuk dijadikan tempat untuk berbuka puasa. Selain menu yang pelbagai, ada promosi istimewa sempena Ramadhan ni iaitu buffet serendah RM49 sahaja dan separuh harga untuk kanak-kanak dan warga emas.

    ​

    Menu tu ye lah kan memang banyak, tapi yang unik tempat ini adalah kemudahan yang disediakan. Tempatnya memang luas, orang ramai pun takdelah rasa sempit sangat dan kemudahan lain seperti kawasan letak kereta, tandas juga selesa. Recomended!

    Sekitar Majlis Pelancaran Berbuka Puasa di Restoran Nelayan Gombak

    Semalam disebabkan masalah teknikal (hihi) saya sampai agak lewat ke majlis tu. Mungkin orang terakhir kot sampai! Tapi alhamdulillah sempat jugalah merasai kesedapan makanan yang disediakan. Special jugak sebab dah takde yang nak makan, jadi saya jelah yang makan semua tu. hehe. Ini beberapa gambar yang sempat di snap

    ​

    LIVE COOK Gulai Kawah Tanjung memang terbaik. Rasalah kekampungannya tu.

    ​
    Roti Jala Magic ni mulanya ingatkan nama magic sebab warnanya yang warna-warni, tapi rupa-rupanya sebab gunakan tepung Magic Floor.​

    ​

    Satu lagi keunikan Restoran Nelayan Gombak sebab ia mengetengahkan produk-produk IKS untuk dibeli oleh pelanggan. Bolehlah menyokong barangan tempatan ye tak? Kuih raya memang banyak piihan!
    Live performance semalam memang merdulah suara penyanyi tu. Nyanyi lagu Aiman Tino part last tu memang terbaik. hehe.

    ********

    Detail lanjut bolehlah layari fb mereka di pautan ini

    Alamat restoran ini jangan tertukar di Google Maps sebab ia masih tidak update. Alamat yang betul adalah Batu 3/4 Jalan Gombak Utara Kuala Lumpur. Tak jumpa juga boleh hubungi no dibawah

    • 0361858400
    • 0132237228

    Oraite, itu sahaja. Semoga bermanfaat. Dah try makan kat situ, post2 la gambar kat sini ya πŸ™‚

     

  • TUBE dibuka untuk pendaftaran

    TUBE dibuka untuk pendaftaran

    UMUR 18 HINGGA 30 TAHUN YANG MINAT NAK BERNIAGA CUBALAH APPLY UNTK DAPAT GERAN MODAL PERMULAAN MENIAGA SEBANYAK RM 15 RIBU TANPA PERLU BAYAR.

    Meniaga apa sahaja,asal buat meniaga.(Bgtau kepada saudara mara,kawan2 tau.mana tahu rezeki mereka)

    *Peringatan Penting*

    1. Pemohon mesti membaca serta memahami konsep pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) sebelum mengemukakan permohonan.

    2. Permohonan dalam talian dibuka mulai *23 Mei 2017 sehingga 15 Jun 2017*. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.

    3. Permohonan boleh dibuat *sekali sahaja*.

    4. Tarikh-tarikh penting (tertakluk kepada pindaan) adalah :-

    -Permohonan dalam Talian – *23 Mei 2017 sehingga 15 Jun 2017*.

    -Sesi Temuduga – *Ogos / September 2017*.

    -Kemasukan Ke Kem (Fasa 1 & 2) *1-21Oktober 2017 (21 Hari)*.

    -Pelaksanaan Perniagaan & Pemantauan (Fasa 3) *Januari 2018 – Disember 2018*.

    5. Sila *pastikan emel* yang digunakan semasa *Pendaftaran ID adalah aktif dan sah*.

    6. Sila lengkapkan semua soalan di setiap Seksyen dengan maklumat yang *tepat dan betul* sebelum menekan butang “Sah dan Hantar”

    7. Sebarang pengemaskinian maklumat *tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang “Sah dan Hantar”*.

    8. Bukti penerimaan permohonan adalah melalui emel yang telah didaftarkan.

    9. Berdasarkan kepada dasar dan prosedur yang diterima pakai, SME Corp. Malaysia berhak untuk meminda, mengganti, membatal atau mengubah mana-mana terma dan syarat permohonan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan penilaian permohonan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dipertimbangkan.
    http://tube.smecorp.gov.my/

  • Isu McDonald ada lemak babi

    Dalam group whatsapps heboh perkara terbaru pengedaran McDonald yang kononnya mempunyai lemak babi. 

    ​

    Berikut merupakan jawapan balas daripada pihak McDonald

    PENJELASAN BERKENAAN ISU KOPI MCDONALD’S YANG DIDAKWA MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR

    19 DISEMBER 2016

    Viral berkenaan dakwaan kopi McDonald’s mengandungi lemak khinzir mula tersebar dalam kalangan netizen di alam maya ini.

    Untuk makluman para pengguna sekalian, isu kopi mengandungi lemak babi sebagaimana yang diviralkan tidak melibatkan McDonald’s Malaysia.

    Selain itu, perlu diketahui juga bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap premis tersebut adalah berbeza mengikut negara.

    Perlu diambil maklum bahawa McDonald’s Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia.

    Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim

    Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

    Unit Hal Ehwal Korporat
    Bahagian Hab Halal
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
    ☎ 03-8892 5000/1

    #YAKINIHALALMALAYSIA
    #AMALKAN 3 S
    #SEMAK_SEBELUM_SEBAR

  • 2 Hari sebelum tarikh akhir permohonan Symbiosis, ini yang anda perlu tahu

    2 Hari sebelum tarikh akhir permohonan Symbiosis, ini yang anda perlu tahu

    2 hari lagi permohonan untuk mengikuti program Symbiosis akan ditutup. Saya dah tulis mengenai program ini di entry sebelumnya (klik sini). Bagi anda yang tak tahu, program ini adalah program di bawah Malaysian Technology Development Corporation yang mana di akhir program peserta dikehendaki untuk mengkomersilkan penyelidikan daripada Uni atau Research Institute dengan dana permulaan sebanyak RM500 000

    Siapa yang layak?

    Best part mengenai program ini, sememangnya mereka mencari graduan muda yang berminat untuk menjadi usahawan. Soalan biasa – saya tiada asas usahawan, company pun tak pernah daftar, boleh ke sertai? Jawapan dia – BOLEH! Selagi anda mematuhi syarat asas (terutama umur) anda layak untuk sertai. Syarat asas mereka tetapkan

    • Rakyat Malaysia
    • Berumur bawah 30 tahun
    • Sekurang-kurangnya diploma dengan CGPA 2.0
    • Sihat tubuh badan dan mental

    Lepas syarat tu, bolehlah apply ya. Kalau tak lepas, boleh bagitau kawan-kawan lain tentang program ini

    Timeline program kali ini

    Nak cakap susah tu takdelah susah sangat nak ikuti program ni. Nak cakap mudah pun, tak juga sebab ia kena melepasi banyak fasa sebelum layak menjadi peserta akhir. Make it short, korang kena apply dulu baru tahu

    1. Sebelum 31 March – pendaftaran dibuka atas talian (link pendaftaran)
    2. 11-13 April – Jika dipilih korang akan dipanggil untuk ditemuduga. Jika yang batch lepas daripada 1000 lebih permohonan, hanya 200 yang dipanggil. Temuduga best sangat, saya dah story di pautan ini (klik sini)
    3. Awal Mei – Daripada 200, hanya 60 akan terpilih untuk ikuti bengkel. Sebelum puasa ok lah tu
    4. Julai-November : Daripada 60 tu hanya 30 yang akan terpilih untuk peringkat akhir selama 4 bulan. 4 bulan ni korang akan dipersiapkan untuk submit CRDF 1 dan menubuhkan company. 30 peserta akan dibahagi kepada 10 syarikat dan setiap syarikat akan memilih 1 teknologi untuk dikomersilkan. Grant sebanyak RM500k boleh dimohon untuk permulaan validasi teknologi

    Serba sedikit timeline untuk batch kali ini, tapi tertakluk kepada perubahan ya tarikh tu.

    Kalau tak dapat, buat rugi masa je

    Bila tengok timeline yang saya tulis kat atas tu, banyak pula tapisan dia ya? Mesti bermain difikiran rugi masa je kalau tak dapat. Pendapat saya yang dah sertai program ini, tak rugi pun. Kenapa, sebab selain daripada percuma dan makan sedap (hehe) korang akan didedahkan dengan pemain industri dan networking yang korang akan dapat tu priceless. Yang faham pasal netWORTHking tu faham lah kan tapi jika anda yang baru-baru nak berjinak dalam keusahawanan boleh jadikan program ini untuk tambah ilmu.

    Tak join rugi πŸ™‚

    Sempat lagi sebelum tarikh tutup untuk daftar. Daftar di pautan ini ya. Jumpa lagi. Jika rasa entry bermanfaat, kongsilah dengan rakan ya. Link pendaftaran online disini

  • BSFF Blitz Chess Challenge

    Alhamdulillah, perbincangan singkat bersama Tuan Zack Stylo membuahkan hasil. Pihak Best Street Food Festival 5.0 memberi kepercayaan kepada saya dan team untuk anjurkan kejohanan catur semasa BSFF berlangsung. Disebabkan faktor masa dan tempat (main di dalam khemah!) maka format terbaik untuk diadakan pertandinganc catur ini adalah BLITZ!

    Perincian seperti di dalam flyers

    Sehingga sekarang baru belas-belas yang berdaftar. Harapnya dapat cukupkan kuota sponsor harapkan menjelang 26 Feb nanti. Yang ingin berdaftar sila whatsapps nama kepada 0169640972.

  • Apa yang anda ada di Festival Catur Putrajaya 2017

    ​

    Esok, 11 Februari 2017 mungkin tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pencatur dari seluruh Malaysia. FESTIVAL CATUR PUTRAJAYA 2017, kejohanan catur yang menghimpunkan ribuan peminat catur dari seluruh Malaysia! Sehingga sekarang terdapat 1500 jumlah keseluruhan peserta yang berdaftar. Jika dicampur dengan guru pengiring serta ibu bapa, sememangnya tak menang tangan petugas nanti!

    Memang ini merupakan kejohanan catur yang antara teramai diadakan. Rekod masih dipegang oleh Kelantan dengan jumlah lebih 1800 peserta tetapi esok ada satu Malaysian Book Of Records akan dipecahkan. Kita doakan kejayaan mereka

    Benchmark Baru Penganjuran Catur!

    Penganjuran catur berskala besar cukup jarang diadakan di Malaysia. Tahniah kepada penganjur kerana telah meletakkan kayu ukur yang cukup tinggi untuk penganjur lain di luar sana “meniru” kemudian hari. Apa yang ada di FCP2017?

    • Lebih 200 petugas akan bertugas pada hari kejohanan
    • Pelbagai food truck sebagai juadah kepada para ibu bapa dan pengiring. 16 buah kesemuanya!
    • Jumlah pemenang yang ramai disediakan. Hadiah 1-30 diberi selain hadiah2 lain
    • Hadiah cabutan bertuah yang cukup menarik untuk pemain dan pengunjung!
    • Ibu bapa atau pengunjung boleh “test power” dengan bermain simul bersama FM Ismail Ahmad

    Semoga kejohanan ini berjalan dengan lancar pada esok hari, ada kesempatan saya akan buat live update di blog ini.

  • Kejohanan catur hadiah lebih RM100 ribu

    Terkejut juga apabila terima wassap group dari kawan catur mengenai satu event yang akan diadakan di Putrajaya pada bulan Mac ini.Β Terkejut sebab hadiah terkumpul disediakan adalah berjumlah RM100 000. Ya, ada 6 angka disitu! Rasanya ini adalah kejohanan yang menyediakan hadiah paling tinggi di Malaysia sehingga sekarang (setahu saya lah!) Penang Open dan Johor Open pun tak segah itu hadiahnya. Sangat bagus tapi ada benda yang harus diperhalusi

    CLASH

    Pertamanya adalah dari segi tarikh. Tarikh yang penganjur promosikan adalah pada 17 hingga 21 Mac yang mana tarikh itu bertembung dengan kejohanan national age group. NAG ini acara tahunan dan boleh dikatakan acara yang ditunggu-tunggu oleh pelajar sekolah kita yang mana pemenang bakal mendapat merit untuk mewakili Malaysia ke kejohanan peringkat dunia. Walaupun hadiah kebiasaannya adalah Medal, tetapi setiap tahun ratusan penyertaan diterima. Jika penganjur stick dengan tarikh yang clash dengan NAG, saya yakin ramai akan beralih untuk sertai kejohanan di Putrajaya nanti. Siapa yang tak mahu jadi sebahagian daripada kejohanan pertama yang sediakan hadiah sehingga 6 angka!

    PERANAN MCF

    Walaupun AJK MCF adalah muka-muka baru, tapi yang ‘control’ adalah muka sama. Rasa terkilan sangat bagaimana MCF selaku badan tertinggi catur di Malaysia tangani masalah ini. Sehingga sekarang, MCF hanya membenarkan penganjur untuk meneruskan acara dengan LIMITKAN HAD UMUR kepada 21 tahun. Sudah pasti ramai yang tidak berpuas hati sudah nampak terang lagi bersuluh sebab limit umur dibuat adalah untuk meramaikan NAG nanti.

    Sepatutnya MCF terus batalkan/haramkan kejohanan itu dan minta penganjur pinda pada tarikh lain. Alasan penganjur kejohanan ratusan ribu ini katanya dah book PICC sangat tidak meyakinkan, macam tak boleh nak anjak terus dah. Rasanya penganjur pun ambil mudah tentang tarikh disebabkan MCF tidak FIRM dengan keputusannya. Selaku badan tertinggi yang punyai hak mutlak, boleh saja untuk jarakkan kejohanan besar supaya tidak clash. Sayang sekali sebab sukan catur yang kian popular kini terpalit dengan isu sebegini

    Apa-apa pun, kita tunggu drama CLASH OF CHESS EVENT ini. Harapnya ada penyelesaian terbaik dapat dibuat….